AMMAR BIN YASIR (56SH-37H)
عَمَّارِ بْنِ
يَاسِرٍ
Antara
sahabat awal masuk islam, iaitu di era Nabi saw bersama sahabat sering berjumpa
di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam—ketika itu, bilangan orang islam lebih
kurang 30 orang lebih sahaja.
Ibunya bernama SUMAYYAH BINTI AL-KHAYYAT dan
bapanya YASIR BIN ‘AMIR; kedua-duanya mati dibunuh kerana pertahankan aqidah.
Bapanya,
YASIR berasal dari YAMAN dan berpindah ke Mekah. Dia menjadi hamba kepada ABU
HUZAIFAH BIN AL-MUGHIRAH. Dia pun kahwinkan YASIR dengan hamba perempuannya
bernama SUMAYYAH. Dengan itu, Ammar dilahirkan di Mekah.
Ulama
khilaf; ada kata, dia antara terlibat hijrah ke Habsyah, dan ada pula kata, dia
tidak terlibat. Namun yang pasti, dia terlibat hijrah ke Madinah.
Dia
terlibat dengan semua perang bersama dengan Nabi, serta terlibat perang
menentang orang murtad selepas wafat nabi. Semasa dalam perang Yamamah, telinga
dipotong.
Pada era
Umar, dia dilantik menjadi Gabenor di Kufah, kemudian dia digugurkan jawatan.
Antara
ucapan nabi kepadanya:
صبرا ال ياسر فإن موعدكم الجنة
“Sabarlah keluar Yasir, kerana janji kamu adalah syurga”
Hadis lain:
عَنْ
عِكْرِمَةَ، قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ وَلِابْنِهِ عَلِيٍّ: انْطَلِقَا إِلَى
أَبِي سَعِيدٍ فَاسْمَعَا مِنْ حَدِيثِهِ، فَانْطَلَقْنَا فَإِذَا هُوَ فِي
حَائِطٍ يُصْلِحُهُ، فَأَخَذَ رِدَاءَهُ فَاحْتَبَى، ثُمَّ أَنْشَأَ يُحَدِّثُنَا
حَتَّى أَتَى ذِكْرُ بِنَاءِ المَسْجِدِ، فَقَالَ: كُنَّا نَحْمِلُ لَبِنَةً
لَبِنَةً وَعَمَّارٌ لَبِنَتَيْنِ لَبِنَتَيْنِ، فَرَآهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَنْفُضُ التُّرَابَ عَنْهُ، وَيَقُولُ: «وَيْحَ عَمَّارٍ،
تَقْتُلُهُ الفِئَةُ البَاغِيَةُ، يَدْعُوهُمْ إِلَى الجَنَّةِ، وَيَدْعُونَهُ
إِلَى النَّارِ» قَالَ: يَقُولُ عَمَّارٌ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الفِتَنِ-
البخاري, 447
daripada 'Ikrimah; Ibnu 'Abbas berkata kepadaku dan kepada Ali, anaknya:
"Pergilah kamu berdua menemui Abu Sa'id dan dengarlah hadis darinya!"
Maka kami pun berangkat. Dan kami dapati dia sedang membetulkan dinding
miliknya, ia mengambil kain selendangnya dan duduk ihtiba`.
Kemudian ia mulai berbicara hingga menyebutkan tentang pembangunan
masjid. Dia berkata: "Masing-masing kami membawa bata satu persatu,
sedangkan 'Ammar membawa dua bata dua bata sekaligus.
Saat Nabi saw melihatnya, baginda berkata sambil meniup debu yang ada
padanya: "Kasihan 'Ammar, dia akan dibunuh oleh golongan durjana. Dia
mengajak mereka ke syurga sedangkan mereka mengajaknya ke neraka."
Ibnu 'Abbas berkata, "'Ammar lantas berkata: "Aku berlindung
kepada Allah dari fitnah tersebut."
Dia berpihak kepada Ali dalam perang jamal. Namun, dia terbunuh dalam perang Siffin pada tahun 37 Hijrah ketika berumur 94 tahun yang juga berpihak kepada Ali.
No comments:
Post a Comment