HUSHAIM BIN BASYIR (104H-183H)
هُشَيْمٌ بن
بشير
Atba’ al-Tabin ini, nama penuhnya adalah HUSHAIM BIN BASHIR BIN
AL-QASIM BIN DINAR. Digelar dengan panggilan ABU MUAWIYYAH BIN ABI KHAZIM
AL-SULAMI AL-WASITI. Dia dilahirkan di Bukhara, dan pernah sampai di Wasit
(Iraq) dan meninggal di Baghdad.
Abu Hatim kata, dia siqah.
Bahkan mengatakan dia lebih hafiz berbanding ABU ‘AWANAH. Imam Malik pernah
berkata, tidak ada di Iraq seorang yang elok hadisnya kecuali Hushaim. Abdul
Rahmah bin Mahdi pernah kata, jika mahu dibandingkan dari sudut hafalan,
Hushaim lebih baik berbanding Sufyan al-Sauri. Hammad bin Zaid kata, aku tidak
pernah jumpa ulama hadis yang lebih cergas berbanding HUSHAIM.
Namun, al-Ijli, Ibn Sa’ad dan
Ibn hibban kata, dia siqah yang melakukan TADLIS. Justeru, kitab MINHAL
menyatakan, jika dia guna TAHDIS, baru boleh dibuat hujah. Jika tidak, maka
tidak boleh dibuat hujah.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittaq, siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment