Showing posts sorted by relevance for query ABU ZAID. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query ABU ZAID. Sort by date Show all posts

Friday, May 26, 2023

ABU AL-DARDA' AL-KHAZRAJI

 

 أَبِي الدَّرْدَاءِ

 [] ABU AL-DARDA' AL-KHAZRAJI @ UWAIMIR BIN MALIK (ADA KATA: IBN 'AMIR, IBN SA'LABAH, IBN ABDULLAH, IBN ZAID BIN QAIS BIN UMAYYAH BIN 'AMIR BIN KAAB BIN AL-KHAZRAJ AL-ANSARI). (32H[1])

 

[] Ulama khilaf berkenaan namanya yang sebenar;

(A)               ‘UWAIMIR BIN ‘AMIR

(B)               UWAIMIR BIN ZAID

(C)               ‘UWAIMIR BIN ABDULLAH

(D)               ‘UWAIMIR BIN SA’LABAH.

(E)                ‘AMIR BIN MALIK

 

[] Ibunya bernama MAHABBAH BINTI WAQID BIN AMRU AL-KHAZRAJIYYAH.

 

 

[] Dia Islam semasa perang Badar. Dia turut hadir dalam perang Uhud. Sebelum nabi dilantik menjadi nabi, dia seorang peniaga. Selepas memeluk Islam, dia menyatakan bahawa dia sibuk dengan dua perkara; iaitu berniaga dan beribadat. Dia memilih untuk beribadat, Dan meninggalkan berniaga[2].

 

[] Sejarah keislamannya adalah, dua adik beradiknya seibu, iaitu ABDULLAH BIN RAWWAHAH dan MUHAMMAD BIN MASLAMAH datang ke rumah ABU AL-DARDA’. Mereka berdua pecahkan patung berhala. Apabila dia pulang, dia dapati patung berhala sudah pecah. Dia pun marah kepada isterinya. Isterinya pula menjawab: “kalau patung itu boleh memberi manfaat dan boleh menyelamatkan orang, sudah pasti patung itu dapat menyelamatkan dirinya sendiri”

 

Mendengar itu, dia pun mencari nabi dan memeluk islam.

 

[] Dalam sejarah Hijrah, IBN SAAD kata, nabi mempersaudarakan dia dengan Auf bin Malik[3]. Ada dakwaan lain kata, dipersaudarakan dengan SALMAN AL-FARISI.

 

[] nabi saw pernah kata kepada Abu AL-DARDA';

 

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نِعْمَ الْفَارِسُ عُوَيْمِرٌ» وَقَالَ: «حَكِيمُ أُمَّتِي عُوَيْمِرٌ» - مسند الشاميين, الطبراني, 967

Tentera berkuda yang terbaik adalah Uwaimir. Dan baginda berkata: orang bijak dalam kalangan umatku adalah Uwamir

 

[] Dia hafal al-Quran dan memperdengarkan bacaan al-Qurannya kepada Nabi saw sehingga ANAS BIN MALIK berkata:

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: " مَاتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَجْمَعِ القُرْآنَ غَيْرُ أَرْبَعَةٍ: أَبُو الدَّرْدَاءِ، وَمُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ، وَزَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ، وَأَبُو زَيْدٍ" - البحاري, 5004

Nabi saw wafat. Al-Quran tidak dihimpunkan kecuali dari empat orang; Abu al-Darda’, Muaz bin Jabal, Zaid bin Sabit dan Abu Zaid.

 

[] Pada era UMAR jadi Khalifah, gabenor Syam pada masa itu adalah YAZID BIN ABI SUFYAN tulis surat kepada UMAR. dalam surat itu menyebut bahawa penduduk syam yang memeluk islam semakin ramai. Justeru, minta dihantar orang yang boleh mengajar al-Quran dan Fiqh. UMAR pun memanggil 5 orang; (1) Muaz, (2) Ubadah bin al-Somit, (3) Abu al-Darda’, (4) Ubai, (5) Abu Ayub.

 

Dengan itu, Abu al-Darda’ dihantar ke Damsyiq dan MUAZ pula dihantar ke Palestine. Selepas MUAZ meninggal dunia kerana taun ‘Amwas, Ubadah pula menggantikan tempatnya yang juga meninggal dunia di Palestine selepas itu. Abu al-Darda’ pula meninggal dunia di syam.

 

[] Dia terkenal dengan ahli ibadat dan rajin membaca al-Quran. Pada era OSMAN jadi khalifah pula,  MUHAWIYAH yang merupakan GABENOR syam melantik dia menjadi qadhi di Damsyik dan terus menerus sehingga dia meninggal di era pemerintahan OSMAN.

 

[] Ada dari kalangan ahli sejarah mengatakan dia mati selepas dari perang siffin. Namun pendapat yang paling sahih di sisi ahli hadis, dia meninggal di era pemerintahan Othman.

 

[] SAID BIN ABDUL AZIZ kata, Abu dardaq daripada akhbar mati dua tahun sebelum kematian utsman bin Affan[4].



[1] Ada riwayat kata 32H, ada kata 31H, ada kata 33H, ada kata dua tahun sebelum kematian Saidina Osman, ada kata selepas perang siffin iaitu tahun 38 atau 39H.

[2] Masyariq:1/107

[3] Masyariq:1/107

[4] Masyariq:1/108

Tuesday, October 25, 2022

ABU ZAID

  ABU ZAID

أَبو زَيْدٍ

 

 

Ada pendapat kata, Namanya ابو زائد (Manhal:1/282).

 

Ada pihak kata, gelarannya adalah AL-QURASHI AL-MADANI AL-MAKHZUMI AL-KUFI.

 

KOMEN NEGATIF:

(a)                                IBN ABD AL-BAR, AL-TARMIZI, ABU ZUR’AH, ABU HATIM, IBN AL-MUNZIR, AHMAD, AL-HAKIM, IBN ‘ADI kata, tidak diketahui nama sebenarnya. Mereka sepakat bahawa dia adalah majhul.(Ruslan:1/610 |Tawassut:2/603) IBN ABD AL-BAR menambah, bahawa hadisnya MUNGKAR. (Manhal:1/282)

(b)                                IBN HIBBAN sebut namanya dalam AL-DU’AFA’. Dia riwayatkan hadis yang dia ambil dari ABDULLAH BIN MAS’UD tanpa mutaba-ah. Tidak diketahui namanya sebenar, nama bapanya dan dari mana negerinya. (Tawassut:2/604).

(c)                                WALIYUDDIN AL-IRAQI kata, dia majhul al-Ain dan al-Hal. Bahkan, setengah ulama hadis kata dia doif. (Tawassut:2/603)

(d)                                YAHYA BIN MA’IN kata, ABU ZAID adalah MAJHUL. Tidak diketahui dia riwayatkan hadis kecuali dari ABU FAZARAH sahaja. Hadis Abdullah Bin Mas’ud berkenaan berwuduk dengan Nabiz yang dia riwayatkan adalah MUNGKAR lagi TIDAK ADA ASALNYA. (Tawassut:2/603)

(e)                                AL-BUKHARI kata, hadis bahawa dia ambil dari ABDULLAH BIN MAS’UD; dia seorang majhul. Tidak diketahui bahawa dia bersahabat dengan ABDULLAH BIN MAS’UD. (Tawassut:2/603) hadisnya tidak sahih. (Manhal:1/282)

(f)                                 AT-TARMIZI kata, dia seorang lelaki yang majhul dan tidak dikenali dalam kalangan ahli hadis bahawa dia riwayatkan hadis kecuali hadis ABDULLAH BIN MAS’UD berkenaan berwuduk dengan nabiz. (Manhal:1/282)

(g)                                AL-NAWAWI kata, ulama sepakat kata dia majhul, doif serta tidak diketahui namanya yang sebenar.

(h)                                ABU BAKAR BIN ABI DAUD dan AL-HAKIM kata, dia seorang pembuat air Nabiz di Kufah. (Tawassut:2/604)

Monday, July 15, 2024

ABU ISHAQ AL-SUBAI’IE AL-KUFI @ AMRU BIN ABDILLAH BIN UBAID AL-HAMDANI

 أَبِي إِسْحَاقَ

[] ABU ISHAQ AL-SUBAI’IE AL-KUFI @ AMRU BIN ABDILLAH BIN UBAID AL-HAMDANI[36] (33H-128H)

 

[] AL-SABI’IE adalah nisbah tempat asal keturunannya, iaitu di satu tempat di HAMDAN (Iran), sedangkan dia dilahirkan di Kufah. AL-SABI’IE adalah gelaran yang merujuk kepada keturunan AL-SABI’E BIN SO’B BIN MUAWIYAH BIN KATHIR[37].

 

[] Dilahirkan di era pemerintahan Osman bin Affan.

 

[32] Salah seorang TABIIN KUFAH. Dia sempat jumpa dengan ALI BIN ABI TALIB, AL-BARRA’ BIN ‘AZIB, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH, ‘ADI BIN HATIM, ZAID BIN ARQAM, IBN ABBAS, ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-AS, OSAMAH BIN ZAID dan sebagainya.

 

[] Dia PERNAH JUMPA Ali bin Abi Talib, Osamah bin Zaid, al-Mughirah bin Syu’bah. Namun, tidak sahih dakwaan bahawa dia pernah DENGAR hadis dari sahabat-sahabat ini[38].

 

[] Terkenal dengan kuat beribadat sehinggakan dikenali umum bahawa setiap tiga hari, dia akan khatam al-Quran.

 

[] Dia belajar Qiraat dari ABU ABDUL RAHMAN AL-SULAMI sehingga dia menjadi salah seorang imam dalam bidang ilmu qiraat.

 

[] Dalam kesebukan ilmu, dia tidak abaikan berjihad; terlibat dalam perang melawan Rum (Byzantium) di era Muawiyah sehingga dia terlibat enam kali perang.

 

[] Sebelum dia meninggal dunia, matanya buta. Sejak itu, dia kerap berpuasa sehingga dia meninggal dunia pada tahun 128 Hijrah.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

(a)          Dianggap siqah oleh ABU HATIM, IBN MAIN, AL-NASAIE, ABU HATIM, AHMAD dan AL-IJLI.

(b)         AL-ZAHABI kata, dia antara ulama yang beramal serta tabiin yang hebat. Walaupun sebelum meninggal, halafannya berubah tetapi dia tidak ikhtilat.

(c)           JARIR BIN ABDUL MAJID kata, sesiapa yang melazimi dengan Abu Ishaq sama seperti melazimi Saidina Ali.

(d)         IBN MADINI kata, penghafal ilmu dalam umat ini ada 6 orang; untuk penduduk Kufah adalah ABU ISHAQ dan AL-A’MASYH; untuk penduduk Basrah adalah QATADAH, YAHYA BIN ABI KATHIR; untuk penduduk Madinah adalah AL-ZUHRI; untuk penduduk Mekah adalah AMRU BIN DINAR.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN:

(e)          IBN HIBBAN, HUSAIN AL-KARABISI dan ABU JA’AFAR AL-TABARI kata, dia mudallis.

(f)            AL-ASQALANI kata, dia ikhtilat di akhir umurnya.

(g)          IBN MAIN kata, IBN UYAYNAH dengar hadis darinya selepas dia IKHTILAT.

(h)         ABU ISHAQ AL-JUZAJANI kata, penduduk kufah tidak memuji mazhabnya—iaitu dari sudut TASYAYYU’.

(i)             AL-SAHRANPURI kata, dia meriwayatkan hadis dari kaum yang tidak dikenali. Hadis-hadis yang tersebar itu pula tidak diketahui dari mana-mana ahli ilmu kecuali hanya dari Abu Ishaq sahaja. Justeru, riwayatnya perlu TAWAQQUF.

Sunday, September 11, 2022

USAMAH BIN ZAID (153H)

 USAMAH BIN ZAID (153H)

 أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ

 

Ulama hadis Madinah ini sama nama dengan sahabat Nabi bernama USAMAH BIN ZAID (meninggal 54 Hijrah). Dia digelar dengan ABU ZAID AL-LAISI AL-MADANI.

 

Dia adalah seorang ulama yang alim dalam ilmu hadis di era Atba’ al-Tabiin.

 

PENDAPAT ULAMA;

a.                  Antara yang kata dia siqah adalah Ahmad, Ibn Ma’in, Abu Ja’far al-Tahawi, ibn al-Madini dan al-Ijli

b.                  Al-Sahranpuri kata, dia adalah hasanul hadis.

c.                   Al-Jurjani kata, hadisnya tidak ada apa-apa.

d.                  Abu Hatim kata, hadisnya ditulis tetapi tidak boleh dibuat hujah.

e.                  Ahmad kata, laisa bi syai’.

f.                    Ahmad juga kata di tempat lain dia doif.

g.                   Abu al-Qasim al-Bisykawal kata, dia maqbul al-Hadis. Baginya ada riwayat mungkar dari al-Zuhri.

h.                  Abdullah bin Ahmad bin Hanbal kata, dia ambil hadis dari Nafi’ hadis-hadis mungkar.

i.                    Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia soduq yang waham. Al-Bukhari sekali sekala riwayatkan dia secara ta’liq.

j.                    Al-Nasaie kata, dia tidak kuat.

k.                   Al-Daraqutni kata, al-Bukhari tinggalkan hadisnya.

l.                    Yahya bin Sa’id mendoifkannya.

m.                Abu Hatim bin Habban al-Basti kata, dia buat silap.

n.                  Al-Nasaie kata, dia tidak kuat.

o.                  Al-Qattan tinggalkan riwayatnya semasa akhir hidupnya.

p.                  Ibn Hibban kata, dia buat silap dalam keadaan dial urus dalam menentukan kesahihan kitab.

 

Semua al-kutub al-sittah ambil riwayatnya. Cuma al-Bukhari sekadar riwayatkannya secara istisyhad sahaja.

Monday, July 10, 2023

ZAID BIN ASLAM AL-‘ADAWI العدوي @ ABU ABDILLAH AL-MADANI (136H ) – TABIIN

 

زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ

[] ZAID BIN ASLAM AL-‘ADAWI [1]العدوي @ ABU ABDILLAH AL-MADANI (ada kata: ABU USAMAH AL-MADANI) (136H[2]) – TABIIN.

 

[] salah seorang fuqaha’ Madinah, sehinggakan dia ada satu halakah ilmu di Masjid Nabi. Antara yang turut hadir majlis ilmunya adalah ALI BIN AL-HUSAIN.

 

[] ABU HAZIM kata, aku nampak dalam majlis ZAID BIN ASLAM ada 40 orang faqih.

 

[] bapanya adalah bekas hamba kepada Saidina Umar[3].

 

[] KOMENTAR

A.                  Kutub sittah[4]

B.                  Dianggap siqah oleh AHMAD, ABU ZUR’AH, ABU HATIM, MUHAMMAD BIN SAAD, NASAIE, IBN KHARRASH[5].

C.                  YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah, ahli fiqh dan ilmu. Alim dalam bidang tafsir al-Quran[6].

D.                 MURSYID kata, dia selalu lalukan irsal[7].

E.                  ALI BIN ADAM kata, dia siqah, faqih, selalu buat irsal[8].

 

KOMENTAR NEGATIF;

F.                   IBN MAIN kata, dia tidak dengar hadis dari JABIR dan ABU HURAIRAH[9].

UBAIDULLAH BIN UMAR kata, aku tidak tahu dia ada masalah kecuali dia tafsirkan al-Quran guna pandangannya dan banyak dia lakukan begitu. Hal ini disebut IBN HIBBAN dalam AL-SIQAT[10].



[1] Mursyid:1/88

[2] Mursyid:1/88

[3] Mursyid:1/88 | Masyariq:1/191

[4] Masyariq:1/191

[5] Masyariq:1/191

[6] Masyariq:1/191

[7] Mursyid:1/88

[8] Masyariq:1/191

[9] Masyariq:1/191

[10] Masyariq:1/191

Friday, February 25, 2022

SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ (83H-160H)

 

شُعْبَةُ

[] SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ BIN AL-WARD AL-ITQI العتكي AL-AZDI الأزدي @ ABU BASTOM AL-WASITI AL-BASRI @ TABIIN (83H - 160H[1])

 

[] IBN SAAD kata, dia meninggal di Basrah[2].

 

[] Dia orang yang mula-mula sekali mencari rijal hadis di Iraq. SOLEH JAZRAH kata: Syu’bah adalah orang yang mula-mula sekali bercerita berkenaan rijal, diikuti Qattan, kemudian Ahmad dan Yahya[3].

 

[] MUSLIM BIN IBRAHIM kata, aku tidak pernah nampak SYU’BAH apabila masuk waktu solat kecuali aku dapati dia sedang menunaikan solat[4].

 

[] AL-NADHAR BIN SYUMAIL kata, aku tidak jumpa orang yang amat kasihi orang miskin seperti dia[5].

 

[] QURRAD ABU NUH bercerita: Syu’bah nampak aku pakai satu jubah. Dia tanya: berapa harga jubah kamu ini? Dijawab: 8 dirham. Dia pun berkata: Celaka kamu. Kamu tidak takut kepada Allah sehingga kamu pakai jubah berharga 8 dirham, sedangkan kamu boleh pakai jubah dengan harga 4 dirham, dan 4 dirham berbaki kamu sedekahkan kepada orang miskin. Aku jawab: aku bersama dengan kaum yang bersegak. Dia kata: untuk apa kamu bersegak bersama dengan mereka[6].

 

[] Menurut satu kisah menarik yang diceritakan Imam al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab al-Rihlah fi Talabil Hadith, bahawa ketika di Kufah, dia mendengar satu hadis dari Abu Ishaq al-Sabiie, iaitu hadis (sabda Nabi SAW);

 

مَنْ ‌تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الوُضُوءَ ‌ثُمَّ ‌صَلَّى ‌رَكْعَتَيْنِ فاستغفر الله إلا غَفَرَ لَهُ

"Sesiapa mengambil wudhuk, lalu mengelokkan wudhuknya, kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat, kemudian beristighfar (memohon ampun) kepada Allah, nescaya Allah akan mengampunkannya".

 

Kata Abu Ishaq: hadis ini diambilnya dari Abdullah bin 'Ato, yang dia ambil dari 'Uqbah bin 'Amir (sahabat Nabi).

 

Syu'bah berkata: aku bertanya Abu Ishaq; apakah Abdullah bin 'Ato' mendengarnya langsung dari 'Uqbah bin 'Amir RA?

 

Abu Ishaq tidak menjawabnya. Lalu dikatakan kepadaku: pergilah kamu ke Mekah, bertemu sendiri dengan 'Abdullah bin Ato', dia tinggal di sana.

 

Syu'bah mengembara ke Mekah (dari Kufah). Walaupun ketika itu musim haji, namun kata dia: aku mengembara ke Mekah ketika itu bukan kerana haji, tetapi semata-mata kerana hadis tersebut.

 

Di Mekah dia dapat bertemu 'Abdullah. Abdullah berkata: Sa'ad bin Ibrahim yang memberitahu kepadaku hadis tersebut. Pergilah kamu ke Madinah kerana Saad tinggal di Madinah. Syu'bah mengembara pula ke Madinah.

 

Di Madinah apabila bertemu Saad bin Ibrahim dia memberitahu kepadaku: hadis itu diberitahu kepadaku oleh Ziyad bin Mikhraq. Dia tinggal di Basrah. Kata Syu'bah; lalu aku mengembara pula ke Basrah.

 

Di Basrah, bila aku bertanya Ziyad. dia berkata: engkau tidak akan sudi mendengarnya jika aku beritahu dari siapa aku mendengar hadis tersebut. Namun aku berkeras agar dia memberitahunya. Lalu Ziyad memberitahu; hadis itu diberitahu kepadaku oleh Syahr bin Hausyab (yang mendakwa dia mengambil hadis itu) dari Abu Rayhanah dan Abu Rayhanah pula mengambilnya dari sahabat Nabi 'Uqbah bin 'Amir RA.

 

Mendengar nama Syahr bin Hausyab, Syu'bah menjadi sangat kecewa, kerana Syahr diragui periwayatannya oleh setengah ulamak pengumpul hadis ketika itu. Syu'bah berkata: hadis tersebut dirosakkan oleh kewujudan Syahr dalam rantaian sanadnya. Jika hadis ini soheh dari Nabi SAW, nescaya ia lebih aku sukai dari keluargaku, hartaku, malah dari sekelian manusia di bumi"

 

[] Dia terkenal sebagai ulama hadis yang meriwayatkan hadis secara makna. Tambahan pula, dia tidak terkenal dengan kefaqihan dan ijtihad fiqh. Dengan sebab itu, walaupun dia digelar al-Sauri sebagai Amirul mukminin dalam ilmu hadis, riwayatnya tidak diterima oleh Imam Abu Hanifah

 

[] KOMENTAR

A.                  Kutub sittah[7].

B.                  SAURI kata, syu’bah adalah amirul mukminin dalam hadis[8].

C.                  SYAFIE kata, tanpa syu’bah pasti tidak diketahui ilmu hadis di iraq[9].

D.                 YAZID BIN ZURAI’ kata, syu’bah adalah orang yang paling benar dalam hadis[10].

E.                  ALI BIN ADAM kata, dia siqah, hafiz, mutqin, amirul mukminin dalam hadis[11].

F.                   AHMAD kata, dia lebih sabat berkenaan hadis hukum berbanding al-‘A’mash. Dia amat alim dalam bidang hadis. Tanpa syu’bah sudah pasti hilang hadis hukum. Syu’bah lebih baik hadis berbanding Sauri. Hadis di era lain tidak sehebat pada era syu’bah[12].

G.                 AHMAD dari anaknya: Syu’bah adalah umat yang satu dalam ilmu rijal. Dia celik dalam hadis, tasabbut dan amat cerah berkenaan rijal[13].

H.                 NASAIE kata, aku tanya ABU ABDILLAH, siapa yang lebih sabat antara SYU’BAH dan SUFYAN? Jawab ABU ABDILLAH: sufyan adalah hafiz, dia lelaki soleh. Syu’bah pula lebih sabat dan lebih soleh darinya[14].

I.                    HAMMAD BIN SALAMAH kata, kalau kamu mahu tahu ilmu hadis, lazimi Syu’bah[15].

J.                    HAMMAD BIN ZAID kata, aku tidak peduli orang menyalahi aku apabila aku sepakat dengan Syu’bah. Apabila syu’bah menyalahi aku pada sesuatu perkara, pasti aku akan tinggalkan hal itu[16].

K.                  DARAQUTNI kata dalam Ilal, dia banyak kali buat silap dalam menyebut nama perawi kerana terlalu sebuk dengan hafal matan hadis.



[1] Masyariq:1/117

 [2] Masyariq:1/117

 [3] Masyariq:1/117

 [4] Masyariq:1/117

 [5] Masyariq:1/117

 [6] Masyariq:1/117

 [7] Masyariq:1/117

 [8] Masyariq:1/117

 [9] Masyariq:1/117

 [10] Masyariq:1/117

 [11] Masyariq:1/117

 [12] Masyariq:1/117

 [13] Masyariq:1/117

 [14] Masyariq:1/117

 [15] Masyariq:1/117

 [16] Masyariq:1/117