أَبِي الدَّرْدَاءِ
[]
Ulama khilaf berkenaan namanya yang sebenar;
(A)
‘UWAIMIR
BIN ‘AMIR
(B)
UWAIMIR
BIN ZAID
(C)
‘UWAIMIR
BIN ABDULLAH
(D)
‘UWAIMIR
BIN SA’LABAH.
(E)
‘AMIR
BIN MALIK
[]
Ibunya bernama MAHABBAH BINTI WAQID BIN AMRU AL-KHAZRAJIYYAH.
[]
Dia Islam semasa perang Badar. Dia turut hadir dalam perang Uhud. Sebelum nabi
dilantik menjadi nabi, dia seorang peniaga. Selepas memeluk Islam, dia
menyatakan bahawa dia sibuk dengan dua perkara; iaitu berniaga dan beribadat.
Dia memilih untuk beribadat, Dan meninggalkan berniaga[2].
[]
Sejarah keislamannya adalah, dua adik beradiknya seibu, iaitu ABDULLAH BIN
RAWWAHAH dan MUHAMMAD BIN MASLAMAH datang ke rumah ABU AL-DARDA’. Mereka berdua
pecahkan patung berhala. Apabila dia pulang, dia dapati patung berhala sudah
pecah. Dia pun marah kepada isterinya. Isterinya pula menjawab: “kalau patung
itu boleh memberi manfaat dan boleh menyelamatkan orang, sudah pasti patung itu
dapat menyelamatkan dirinya sendiri”
Mendengar
itu, dia pun mencari nabi dan memeluk islam.
[]
Dalam sejarah Hijrah, IBN SAAD kata, nabi mempersaudarakan dia dengan Auf bin
Malik[3].
Ada dakwaan lain kata, dipersaudarakan dengan SALMAN AL-FARISI.
[]
nabi saw pernah kata kepada Abu AL-DARDA';
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نِعْمَ
الْفَارِسُ عُوَيْمِرٌ» وَقَالَ: «حَكِيمُ أُمَّتِي عُوَيْمِرٌ» - مسند الشاميين, الطبراني,
967
Tentera berkuda yang terbaik
adalah Uwaimir. Dan baginda berkata: orang bijak dalam kalangan umatku adalah
Uwamir
[] Dia hafal al-Quran dan
memperdengarkan bacaan al-Qurannya kepada Nabi saw sehingga ANAS BIN MALIK
berkata:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: " مَاتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَجْمَعِ القُرْآنَ غَيْرُ أَرْبَعَةٍ: أَبُو
الدَّرْدَاءِ، وَمُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ، وَزَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ، وَأَبُو
زَيْدٍ" - البحاري, 5004
Nabi
saw wafat. Al-Quran tidak dihimpunkan kecuali dari empat orang; Abu al-Darda’,
Muaz bin Jabal, Zaid bin Sabit dan Abu Zaid.
[]
Pada era UMAR jadi Khalifah, gabenor Syam pada masa itu adalah YAZID BIN ABI
SUFYAN tulis surat kepada UMAR. dalam surat itu menyebut bahawa penduduk syam
yang memeluk islam semakin ramai. Justeru, minta dihantar orang yang boleh
mengajar al-Quran dan Fiqh. UMAR pun memanggil 5 orang; (1) Muaz, (2) Ubadah
bin al-Somit, (3) Abu al-Darda’, (4) Ubai, (5) Abu Ayub.
Dengan
itu, Abu al-Darda’ dihantar ke Damsyiq dan MUAZ pula dihantar ke Palestine.
Selepas MUAZ meninggal dunia kerana taun ‘Amwas, Ubadah pula menggantikan
tempatnya yang juga meninggal dunia di Palestine selepas itu. Abu al-Darda’
pula meninggal dunia di syam.
[]
Dia terkenal dengan ahli ibadat dan rajin membaca al-Quran. Pada era OSMAN jadi
khalifah pula, MUHAWIYAH yang merupakan
GABENOR syam melantik dia menjadi qadhi di Damsyik dan terus menerus sehingga
dia meninggal di era pemerintahan OSMAN.
[]
Ada dari kalangan ahli sejarah mengatakan dia mati selepas dari perang siffin.
Namun pendapat yang paling sahih di sisi ahli hadis, dia meninggal di era
pemerintahan Othman.
[]
SAID BIN ABDUL AZIZ kata, Abu dardaq daripada akhbar mati dua tahun sebelum
kematian utsman bin Affan[4].
No comments:
Post a Comment