أُبَيِّ بْنِ عِمَارَةَ
[] UBAY BIN ‘IMARAH - SAHABAT
[] berkenaan bacaan nama ayahnya[1];
a.
Ibn al-Solah kata, ada baca dengan ‘Umarah. Ini
bacaan pilihan AL-SAYUTI[2].
b.
Ada baca dengan ‘Imarah. Ini yang paling popular
c.
ada baca dengan ‘Ammarah.
Menurut AL-SYAMS AL-ABADI, bacaan yang paling
popular dalam kalangan ulama Hadis sepertimana yang disebut oleh AL-MUNZIRI,
AL-ZAILAIE dan IBN HAJAR adalah ‘Imarah. ada pendapat pula kata, baca dengan
‘UMARAH[3].
[] Ada kata, dia BIN UBADAH عبادة[4]
[] Dia adalah sahabat yang masyhur. Dia tinggal
Madinah dan berhijrah ke Mesir[5].
[] Sunan Abi Daud dalam hadis ke-158 menjelaskan
bahawa dia antara sahabat Nabi yang sempat solat dengan dua kiblat, iaitu
ketika Nabi saw solat mengadap arah Baitul Maqadis dan Baitullah al-Haram.
[] Menurut ABU HATIM, UBAI bukan sahabat, tetapi
sahabat itu adalah bapanya, iaitu ABDULLAH BIN AMRU BIN UMMU HARAM[6].
[] dia meriwayatkan satu hadis sahaja, iaitu hadis
sapu khuf[7].
Namun, hadis tersebut, ASQALANI kata, idhtirab[8].
Menurut AINI pula, dalam sanad hadis tersebut ada doif, jahalah dan idhtirab[9].
[1]
Ruslan:2/158
[2]
Mirqat:1/138
[3]
Aun:1/94
[4]
manhal:2/131
[5]
manhal:2/131 | Bazl:2/20
[6]
manhal:2/131
[7]
Bazl:2/20 | Aini:1/370
[8]
manhal:2/131
[9]
Aini:1/370
No comments:
Post a Comment