AL-‘ALA BIN ABD AL-RAHMAN (133H)
الْعَلَاء ابْنُ عَبْدِ
الرَّحْمَنِ
Nama penuhnya adalah AL-‘ALA BIN ABDUL RAHMAN BIN YA’QUB
AL-JUMANI AL-HURAQI. Dipanggil dengan ABU SYIBL AL-MADANI.
Dia banyak berlegar di Madinah dan al-Huruqat, iaitu
satu tempat antara Hijaz dan Tihamah.
Dia meninggal di era pemerintahan Khalifah Abu Ja’far
al-Mansur.
Ahmad
kata, dia siqah yang tidak ada seorang pun yang mendengar hadis darinya
menyebut keburukannya. Al-nasaie kata, dia لا
بأس به. Abu Hatim al-Razi kata, ada satu pun
hadisnya yang diingkari. Yahya bin Ma’in kata, hadisnya tidak boleh dibuat
hujah. Al-Zahabi kata, hadisnya sentiasa dalam darjat hasan. Namun terhindar
dari mungkar. Namanya tersenarai dalam al-Siqat. Muhammad bin Sa’id al-Baghdadi
kata, dia siqah yang banyak hadis lagi sabat.
Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie
dan ibn Majah. Seorang perawi siqah yang hasan.
No comments:
Post a Comment