SIMAK BIN HARB (123H)
سِمَاكٌ بن حرب
Nama penuhnya adalah SIMAK BIN HARB BIN AUS BIN KHALID
AL-ZUHLI (Ada kata: AL-HUZALI). Dia dipanggil ABU AL-MUGHIRAH AL-KUFI.
Salah seorang tokoh kenamaan dalam kalangan Tabiin. Dia
dakwa bahawa dia sempat jumpa seramai 80 orang sahabat.
Dia pernah buta mata. Tetapi, dia berdoa kepada Allah agar dikembalikan
penglihatannya, maka dia dapat melihat kembali.
Ulama khilaf berkenaan statusnya. Ibn Main dan Abu
Hatim anggap dia siqah. Abu hatim tambah, dia soduq. Ibn ‘Adi kata, dia soduq
yang la ba’sa bih (pertengahan).
Syu’bah, Ibn al-Mubarak dan al-Sauri pula kata, dia doif. Al-Bazzar
kata, aku tidak tahu bahawa orang tinggalkan riwayatnya.
Menurut AL-SAHRANPURI, di akhir umurnya, hafalannya
berubah sehingga terpaksa diberi ingatan. Kalau dilihat factor ini, tidak
hairan ada pihak anggap dia sebagai doif, dan factor itu juga Imam Bukhari
tidak mengambil riwayatnya.
Apabila
dia ambil hadis dari IKRIMAH, perlu diteliti. Hal ini kerana, dia pernah
lakukan TALQIN terhadap IKRIMAH. Justeru, riwayat dia dari IKRIMAH tidak boleh
diterima kecuali ada penguat yang lain, seperti ada syawahid dan mutaba-ah.
Dia adalah
Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah. Hanya al-Bukhari
sahaja tidak riwayatkan hadisnya.
No comments:
Post a Comment