‘AMIR BIN SYURAHIL BIN ABD (22H-104H)
عَامِرٍ بن شراحيل بن عبد
Tabiin ini lebih dikenali dengan AL-IMAM AL-SYA’BI.
Ada pihak lain kata, nama sebenarnya adalah ‘AMIR BIN ABDILLAH AL-HIMYARI AL-SYA’BI AL-KUFI. Ada pula kata, BIN ABDILLAH BIN SYURAHIL AL-SYA’BI. Dia dipanggil dengan ABU AMRU AL-KUFI. Dari bangsa HAMZAN (Iran).
Dia terkenal dengan kefaqihan dan ilmu hadis.
Dia popular dengan panggilan AL-IMAM AL-SYA’BI. Dia pernah kata, bahawa dia berjumpa dengan 500 orang sahabat dan dengar hadis dari 48 orang dari kalangan mereka (manhal:1/286)
Dia dilahirkan di era pemerintahan UMAR BIN AL-KHATTAB.
Ulama Tarikh khilaf berkenaan Tarikh kelahirannya;
(a) 16 hijrah.
(b) 10 hijrah.
(c) 31 hijrah.
(d) Khalifah bin Khayyat kata, dia dilahirkan sama tahun dengan al-hasan al-basri, iaitu tahun 21 hijrah.
(e) Al-Asmu’I kata, pada tahun 17 hijrah.
Dia dilahirkan di kufah dan dibesarkan di situ. Selepas itu, dia tinggal di Madinah beberapa bulan kerana lari dari AL-MUKHTAR AL-SAQAFI. (1H-67H) yang ketika itu adalah panglima perang dalam usaha menuntut bela terhadap kematian saidina Husin.
Dia antara yang bersama ABDUL RAHMAN AL-ASY’AS dalam sejarah perang DIR AL-JAMAJIM, iaitu perbantaian AL-HAJJAJ terhadap kelompok yang memberontak melawan khilafah Umawiyyah. Selepas di tangkap, dia dilepaskan dan diberikan kemaafan oleh AL-HAJJAJ.
Dia terkenal dalam bidang Fiqh, hadis dan Tafsir serta bersyair. Dia banyak riwayatkan -kisah-kisah dari kalangan ahli kitab yang memeluk islam yang disebut al-Israiliyat.
Banyak negara yang dia telah jelajah demi mencari ilmu. Dia meninggal terkejut semasa di Kufah, dalam sekitar tahun 103 hijrah sewaktu umur 82 tahun.
Antara nasihatnya yang berharga:
(a) Tidak seseorang itu buat bid’ah kecuali penjelasannya ada dalam kitabullah.
(b) Ada seseorang berkata: fulan itu telah mati. Dia telah menjadi ahli akhirat. Al-Sya’bi pesan: jangan kamu kata dia ahli akhirat, tetapi katakanlah bahawa dia ahli kubur.
KOMENTAR ULAMA:
(a) Dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH & ramai lagi (manhal:1/286)
(b) SUFYAN BIN UYAYNAH berkata: orang hebat di zaman masing-masing adalah IBN ABBAS, AL-SYA’BI DAN AL-SAURI. (Tawassut:2/616)
(c) MAKHUL kata, aku tidak nampak ada orang yang lebih faqih berbanding AL-SYA’BI. Perkataan hampir sama disebut oleh ABU HUSOIN dan ABU MIJLAZ (Manhal:1/286)
(d) IBN MA’IN kata, mana-mana perawi yang diambil hadis oleh AL-SYA’BI, itu tandanya perawi itu siqah dan boleh dibuat hujah.
(e) AL-JILI kata, mursal AL-SYA’BI adalah sahih (manhal:1/286)
(f) AL-ZAHABI kata, dia adalah Imam faqih mutqin sabat.
(g) AL-ASQALANI kata, dia sabat faqih Fadhil.
(h) IBN SIRIN kata, aku sampai di kufah, aku dapati al-Sya’bi ada halakah ilmu yang ramai, walhal ketika itu sahabat nabi masih ramai lagi.
(i) AL-HAKIM kata, dia tidak mendengar hadis dari ABDULLAH BIN MAS’UD, walaupun dia pernah melihat sahabat nabi besar itu.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.
Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 85.