Showing posts sorted by relevance for query ABDUL RAHMAN BIN MAHDI. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query ABDUL RAHMAN BIN MAHDI. Sort by date Show all posts

Sunday, March 6, 2022

ABDUL RAHMAN BIN MAHDI (135H-198H)

 ABDUL RAHMAN BIN MAHDI (135H-198H)

 عبد الرحمن ابْنُ مَهْدِيٍّ

 

Nama penuhnya adalah ABDUL RAHMAN BIN MAHDI BIN HASSAN BIN ABDUL RAHMAN AL-‘ANBARI AL-BASRI AL-LU’LUIE. Dipanggil dengan ABU SA’ID AL-‘ANBARI; ada kata AL-AZDI.

 

Dia bermazhab maliki dan merupakan salah seorang murid Imam malik. Amat mengetahui selok belok kitab Muwatta’, serta mahir fatwa-fatwa imam malik. Hal ini kerana, dia lebih cenderung kepada mazhab Ahli Madinah.


Dilahirkan dan meninggal di Basrah, tetapi pernah sampai ke Kufah. Dia adalah salah seorang murid Imam malik dan pengasas mazhab Maliki di Iraq.

 

Imam Ahmad bin Hanbal pernah kata, Ibn Mahdi ini adalah ulama hadis. Jika dibandingkan dengan Yahya bin Sa’id al-Qattan, dia lebih cenderung dengan fiqh Kufiyyin.


Mula belajar ilmu hadis sewaktu umurnya 10 tahun lebih.

 

Dia dia belajar hadis adalah nasihat dari ABU ‘AMIR AL-AQDI yang melihat ABDUL RAHMAN suka mendengar cerita-cerita. Dia pun pun kata:

لا يحصل في يدك من هؤلاء شيء

Tidak ada sebarang faedah untuk kamu sedikit pun dari cerita-cerita mereka itu.

 

Iaitu, kisah yang mereka cerita itu, entah betul atau tidak.

 

Dia belajar dengan SUFYAN AL-SAURI sekitar tahun 152 hijrah (ada kata: 153, ada kata 154, ada kata 155 dan ada kata 156).

 

Pada tahun 159 hijrah, dia bersama dengan gurunya ke Mekah untuk ibadat Haji, kemudian kembali ke Basrah pada tahun 160 hijrah.

 

Sufyan al-Sauri meninggal dunia di rumahnya.

 

IBN AL-MADINI pernah kata, ada 6 orang yang hampir hilang akalnya (iaitu amat bersyahwat dengan hadis); (1) Yahya, (2) Abdul Rahman bin Mahdi, (3) Waki’ bin al-Jarrah, (4) Sufyan bin Uyaynah, (5) Abu Daud, dan (6) Abdul Razzaq.

 

IBN AL-MADINI pernah kata bahawa ABDUL RAHMAN BIN MAHDI khatam al-Quran setiap dua hari sekali.

 

AYYUB AL-MUTAWAKKIL berkata, kalau kamu mahu agama secara bersanad, hadis secara bersanad, ilmu secara bersanad, datangkan berjumpa dengan ABDUL RAHMAN BIN MAHDI. Jika kamu mahu makan, mendapat penghormatan dan kelapangan, datanglah ke rumah ABDUL RAHMAN BIN MAHDI.

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                Dianggap siqah oleh BISYKAWAL.

(b)                AL-BAIHAQI kata, dia imam hafiz.

(c)                AHMAD kata, dia siqah antara orang terpilih. Muslim yang soleh. Hafiz bahkan mempunyai kelebihan melebihi WAKI’. Apabila dia ambil hadis dari seseorang, menandakan orang itu adalah hujah.

(d)               AL-ZAHABI kata, dia al-hafiz al-imam al-‘alim.

(e)               AL-WAQIDI kata, siqah dan banyak riwayat hadis.

(f)                 SYAFIE kata, aku tidak tahu apakah ada bandingannya di dunia ini.

(g)                IBN MAIN kata, paling sabat dalam kalangan ulama basrah.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.

Wednesday, March 2, 2022

SUFYAN BIN UYAYNAH BIN ABI IMRAN MAIMUN AL-HILALI (107H-198H)

 SUFYAN BIN UYAYNAH BIN ABI IMRAN MAIMUN AL-HILALI (107H-198H)

سفيان بن عيينة بن ابي عمران ميمون الهلالي

  

Dilahirkan di Kufah, kemudian berhijrah ke Mekah dan meninggal di situ. Mula belajar hadis sewaktu umur 12 tahun.

 

Imam Syafie pernah memuji dengan berkata:

لولا مالك وسفيان لذهب علم الحجاز

“kalau tidak kerana malik dan Sufyan, sudah pasti tidak ada ilmu di hijaz”

 

Ada pihak menyatakan bahawa dia seorang mudallis. Tetapi, menurut ramai ulama hadia seperti Abu al-Fath al-Azdi, al-Asqalanu dan al-Bazzar bahawa mudallis Sufyan bin Uyaynah boleh diterima kerana dia tidak akan mudallis kecuali dari perawi siqah.

 

Ahmad bin Hanbal ada berkata, semua hadis riwayat Sufyan tidak menjadi sebarang masalah kecuali jika dia riwayatkan hadis penduduk hijaz dan kufah dalam beberapa hal. Seakan-akan Ahmad memberitahu, riwayat Sufyan dari penduduk Kufah dan Hijaz ini tidak terus diterima dan ditolak, tetapi perlu diteliti terlebih dahulu.

 

Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa di akhir umurnya dia ada ikhtilat yang menurut Muhammad bin Ammar al-Musili, ia berlaku dalam lingkungan tahun 97H. Namun begitu, Ibn Hajar akui bahawa dia siqah, hafiz serta faqih.

 

Dia bukan sekadar dihormati dalam kalangan ulama sunni, bahkan turut dihormati oleh ulama-ulama syiah sehingga dianggap sebagai Ashab al-Imam Ja’far al-Sodiq.

 

Dia adalah salah seorang dari Rijal Kutub al-Sittah


*** 



SUFYAN BIN UYAYNAH BIN MAIMUN AL-HILALI (107H-198H)

سُفْيَانُ بن عُيَيْنَةَ بن ميمون الهلالي

 

Dilahirkan di Kufah dan meninggal di Mekah. Dia pernah sampai di Syam. Salah seorang ulama hadis yang terkenal.

 

Terdapat beberapa TAJRIH terhadap beliau seperti berikut:

 

Pertama, ada ramai mendakwa bahawa dia seorang mudallis. Namun, tadlis yang dia lakukan tidak mencacatkan hadis kerana dia tidak akan tadlis kecuali dari perawi yang siqah.

 

Antara yang mengatakan sebegitu adalah Abu al-Fath al-Azdi, Abu Bakar al-Bazzar, Abu Hatim bin Habban al-Basti, Ibn Hajar al-Asqalani, Sabt bin al-‘Ajmi.

 

Kedua, dikatakan bahawa pada tahun 197 hijrah, berlaku ikhtilat pada dirinya. Hal ini disebut oleh Muhammad bin ‘Ammar al-Mosili. Turut mengakui hal itu adalah Yahya bin Sa’id al-Qattan. Bahkan, Yahya berpesan bahawa riwayat dia selepas dari tahun tersebut tidak boleh diterima.

 

Namun begitu, hal tersebut dibantah oleh Ibn hajar al-Asqalani dan al-Zahabi.

 

Beliau adalah rijal kutub al-Sittah.


*** 


[] SUFYAN BIN UYAYNAH BIN ABI IMRAH MAIMUN AL-HILALIY @ ABU MUHAMMAD AL-A’WAR AL-KUFI[1] (107H[2] - 198H[3])

 

[] dia tinggal Kufah, kemudian berpindah ke Mekah[4] pada tahun 63 hijrah dan tinggal di Mekah sehingga dia meninggal dunia[5].

 

[] AL-IMAM SYAFIE kata:

 

لو لا مالك وسفيان لذهب علم الحجاز

Kalau tidak kerana Malik dan Sufyan, pasti tidak ada ilmu di hijaz[6]

 

[] IBN AL-MADINI bertanya YAHYA BIN SAID: Wahai Abu Said, sufyan adalah imam dalam al-hadis.

 

Jawab Yahya: Sufyan adalah imam dalam hadis semenjak 40 tahun lagi[7].

 

[] Dia diangkat juga oleh SYIAH;

A.                  Dianggap salah seorang ASHAB IMAM JA’FAR AL-SODIQ.

B.                  MUHAMMAD BIN YAAQUB AL-KULAINI meriwayatkan lebih kurang 20 riwayat darinya.

C.                  ALI BIN IBRAHIM AL-QUMMI anggap dia siqah.

D.                 IBN DAUD AL-HULLI kata, dia mamduh.

 

[] KELOMPOK SYIAH YANG TOLAK DIA;

A.                  IBN AL-MUTOHHAR AL-HULLI kata, dia bukan dari ashab kami.

B.                  IBN TAUS kata, sufyan bin Uyaynah dan Sauri, kedua-dua mereka bukan dari kalangan kami.

C.                  AL-KUSSYI mencela dia.

D.                 AL-MAJLISI anggap dia pemalsu hadis.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  ALI BIN ADAM kata, dia siqah, hafiz, faqih, imam, hujah kecuali dia ada berubah hafalannya di akhir umurnya. Dia kadangkala tadlis, tetapi tadlis dari para siqah[8]. Menurut YAHYA BIN SAID AL-QATTAN, dia mula ikhtilat pada tahun 197 hijrah. Sesiapa yang dengar hadis darinya selepas dari tahun itu, hadisnya tidak berguna[9].

B.                  AL-IJLI kata, dia kufi siqah sabat dalam hadis, hasan al-hadis, dianggap hukama’ dari kalangan ulama hadis[10].

C.                  BAIHAQI kata, dia siqah, hafiz, hujah.

D.                 ABU HATIM AL-RAZI kata, siqah, imam. Orang yang sabat dengan hadis AL-ZUHRI adalah MALIK, IBN UYAYNAH. Dia amat tahu hadis AMRU BIN DINAR, dia ambil dari SYU’BAH.

E.                  AL-HAKIM AL-NAISABURI kata, dia hafiz, siqah, sabat.

F.                   DARAQUTNI kata, dia siqah. Waktu lain kata, dia hafiz, siqah.

G.                 ZAHABI kata, dia salah seorang imam siqah, sabat, hafiz, imam. Di waktu lain kata, salah seorang imam islam.

H.                 ABDUL RAHMAN BIN MAHDI kata, dia manusia yang amat tahu berkenaan hadis penduduk Hijaz.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN;

I.                    AHMAD kata, orang yang paling sabat berkenaan hadis AMRU BIN DINAR, hafiz, ada silap pada hadis yang dia ambil dari penduduk kufah, dia ada buat salah pada hadis penduduk hijaz.

J.                    AL-JILI kata, dia siqah, sabat pada hadis.

ASQALANI kata, dia siqah, hafiz, faqih, imam, hujah, TETAPI hafalannya berubah dekat dengan saat kematiannya. Kadangkala dia tadlis tetapi dari para siqah. Dia orang yang amat sabat berkenaan AMRU BIN DINAR.


[1] Mursyid:1/88

[2] Sepertimana yang diriwayatkan oleh IBN AL-MADINI dan ABDUL RAHMAN BIN BISYR BIN AL-HAKAM yang ambil dari SUFYAN. (masyariq:1/188)

[3] Menurut al-Waqidi, dia meninggal pada hari sabtu, hari pertama dalam bulan rejab tahun 198 hijrah. (Masyariq:1/189)

[4] Masyariq:1/188

[5] Masyariq:1/189

[6] Masyariq:1/188

[7] Masyariq:1/188

[8] Masyariq:1/188

[9] Masyariq:1/189

[10] Masyariq:1/188

 


Wednesday, July 27, 2022

MUHAMMAD BIN ABDUL RAHMAN BIN AL-MUGHIRAH BIN AL-HARIS BIN ABI ZI’B HISHAM BIN SYU’BAH AL-QURASHI AL-‘AMIRI (158H)

 

MUHAMMAD BIN ABDUL RAHMAN BIN AL-MUGHIRAH BIN AL-HARIS BIN ABI ZI’B HISHAM BIN SYU’BAH AL-QURASHI AL-‘AMIRI (158H)

 ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ @ محمد بن عبدالرحمن بن المغيرة بن الحارث بن ابي ذئب هشام بن شعبة القرشي العامري

 

Dia dipanggil dengan ABU AL-HARIS AL-MADANI.

 

Ahmad kata, dia ada keirasan dengan Ibn Musayyib, bahkan dia lebih soleh, lebih warak dan lebih berani menegak kebenaran berbanding imam Malik.

 

Ketika Khalifah al-Mahdi masuk masjid Nabi, al-Musayyib bin Zuhair berkata kepadanya: berdirilah kamu. Ini adalah Amirul Mukminin. Ibn Abi Zi’b jawab: manusia hanya perlu berdiri untuk tuhan sekelian alam.

 

Al-Mahdi pun berkata: Biarkan dia. Setiap helaian rambut di kepalaku berdiri tegak.

 

Ibn Ma’in, al-Nasaie kata, dia siqah. Ya’qub bin Syaibah kata, dia siqah soduq. Al-Asqalani kata, dia siqah yang faqih.

 

Berkenaan riwayat yang dia ambil dari al-Zuhri, ada setengah ulama kata, ada idhtirab.

Tuesday, March 8, 2022

SUFYAN BIN SA’ID AL-SAURI (97H-161H)

 SUFYAN BIN SA’ID AL-SAURI (97H-161H)

سُفْيَانَ بن سعيد الثوري

 

Dilahirkan di Kufah dan meninggal dunia di Basrah.   Nama sebenarnya adalah SUFYAN BIN SA’ID BIN MASRUQ BIN HABIB BIN RAFI’ BIN ABDULLAH BIN MAUHIBAH BIN ABI BIN ABDULLAH BIN MUNQIZ BIN NASR BIN AL-HARIS BIN TSA’LABAH BIN ‘AMIR BIN MULKAN BIN SAUR.

 

Dia belajar hadis dari bapanya sendiri yang merupakan seorang ulama hadis terkenal pada zaman itu, iaitu SA’ID BIN MASRUQ AL-SAURI yang merupakan murid kepada AL-SYA’BI (salah seorang sighar al-Tabiin).

 

Dikatakan bahawa gurunya mencapai bilangan seramai 6 ratus orang yang kebanyakkan mereka ambil hadis dari Abu Hurairah, Jarir bin Abdillah, Ibn Abbas dan sebagainya.

 

Dalam catatan sejarah, diceritakan bahawa selepas Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara pada era Abu Ja’far al-Mansur ekoran tolak jawatan Qadhi, khalifah tanya orang ramai: siapa yang layak untuk jawatan itu? Ramai kata, Sufyan al-Sauri.

 

Mengetahui itu, Sufyan lari ke Mekah. Hal itu berlaku pada tahun 155H.

 

Khalifah tawarkan bahawa sesiapa yang dapat tangkap Sufyan, akan diberikan hadiah 10 ribu Dinar.

 

Dengan itu, dia lari ke Basrah. Di Basrah, dia kerja di satu kebun. Namun, ada orang tahu bahawa dia ulama besar. Dengan itu, dia pun lari ke Yaman.

 

Di Yaman dia dituduh mencuri dan ditangkap. Dia dihantar kepada Gabenor Yaman bernama MA’AN BIN ZA-IDAH.

 

Setelah gabenor kenal, dia diberi peluang untuk tinggal di Yaman atau berhijrah.

 

Dia memilih untuk tidak tinggal di Yaman. Makanya, dia pun ke Mekah sekali lagi, iaitu tahun 158H.

 

Apabila khalifah tahu, diarahkan gabenor mekah agar tangkap Sufyan. Mengetahui arahan khalifah tersebut, Sufyan pergi ke Kaabah dan bergantung pada kelambu kaabah seraya berdoa agar khalifah tidak dapat masuk mekah.

 

Tidak lama kemudian, Khalifah sakit dan mati sebelum masuk ke Mekah.

 

Selepas kematian Abu Ja’far al-Mnasur, anak khalifah bernama MAHDI sambung jawatan.

 

Sekali lagi, khalifah yang baru minta agar Sufyan terima jawatan sepertimana bapanya dahulu minta. Tetapi kali ini, dia menulis surat.

 

Apabila surat itu sampai ke tangan Sufyan, surat itu dia buang ke sungai.

 

Kemudian, dia pun lari ke Basrah, dan menyorok di rumah YAHYA BIN SA’ID AL-QATTAN.

 

Namun begitu, lama kelamaan orang tahu dia berada di situ, iaitu melalui orang yang belajar hadis darinya. Dia pun lari ke Kufah, dia menyorok ke rumah ABDUL RAHMAN BIN MAHDI.

 

Khalifah al-Mahdi dapat tahu, dia arah tangkap Sufyan, makanya dia lari ke Basrah. Di situ, dia tulis surat kepada khalifah. Sebelum suratnya sampai, Sufyan meninggal dunia.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan sebagai seorang perawi siqah lagi sahih.

Monday, July 10, 2023

MUAWIYAH BIN SOLEH BIN HUDAIR AL-HADHRAMI @ ABU ABD AL-RAHMAN AL-HIMSHI الحمصي (157H ) - ATBA’

 

 مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ

[] MUAWIYAH BIN SOLEH BIN HUDAIR AL-HADHRAMI @ ABU ABD AL-RAHMAN AL-HIMSHI الحمصي (ada kata: ABU AMRU) (157H[1])  - ATBA’

 

[] qadhi di Andalusia[2]. Ramai penduduk iraq berjumpa dengan dia[3].

 

[] dia keluar ke HIMS tahun 124 hijrah. Dan bermusafir ke barat (andalusia) dan menjadi qadhi di sana[4].

 

[] IBN YUNUS kata, dia pergi ke mesir tahun 125, kemudian masuk ANDALUSIA. Apabila ABDUL RAHMAN BIN MUAWIYAH dilantik hadu raja ANDALUSIA, dia dihantar ke SYAM untuk beberapa urusan. Apabila dia pulang ke ANDALUSIA, dia dilantik menjadi QADHI AL-JAMAAH[5].

 

[] Dia dilahirkan di HADHRAMAUT pada era pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN meninggal di Andalusia. Dia pernah sampai di Hims, Hadhramaut, Andalusia, al-Maghrib dan Mesir.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Dianggap siqah oleh AHMAD, IBN MAIN, AL-NASAIE, AL-IJLI[6], ABU ZUR’AH[7], ABDUL RAHMAN BIN MAHDI[8], IBN HIBBAN, AL-JILI,

B.                  IBN KHARRASH kata, dia soduq[9].

C.                  AL-BAZZAR kata, dia ليس به بأس dan siqah.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

D.                 ASQALANI kata, dia soduq, ada banyak waham[10].

E.                  IBN SAAD kata, dia adalah qadhi andalusia, siqah dan banyak riwayatkan hadis[11].

F.                   ALI BIN ADAM kata, dia soduq dan punyai waham[12].

G.                 ABU HATIM AL-RAZI kata, dia soleh al-hadis, hasan al-hadis, hadisnya ditulis, tidak dibuat hujah.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

IBN AMMAR kata, ulama menyangka bahawa dia tidak tahu apa-apa pun berkenaan hadis[13].


[1] Ada orang kata, dia meninggal selepas tahun 170 hijrah. Mursyid:1/84

[2] Masyariq:1/174

[3] Masyariq:1/175

[4] Masyariq:1/175

[5] Masyariq:1/175

[6] Mursyid:1/8| Masyariq:1/175

[7] Mursyid:1/84

[8] Masyariq:1/175

[9] Masyariq:1/175

[10] Mursyid:1/84

[11] Masyariq:1/175

[12] Masyariq:1/174

[13] Masyariq:1/175