Thursday, July 27, 2023

ABDUL RAHMAN BIN ABU NU’M AL-BAJALI @ ABU AL-HAKAM AL-KUFI AL-‘ADIB (101H)

عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي نُعْمٍ

[] ABDUL RAHMAN BIN ABU NU’M AL-BAJALI @ ABU AL-HAKAM AL-KUFI[1] AL-‘ADIB[2]. (101H[3])

 

[] dia tinggal di kufah.

 

[] IBN HIBBAN kata, dia adalah penduduk kufah yang selalu lapar. Dia ditangkap oleh AL-HAJJAJ untuk dibunuh. Dia dipenjarakan dalam rumah yang gelap dan pintu ditutup selama 15 hari. Kemudian, apabila dibuka pintu untuk dia dikeluarkan. Para pegawai masuk dan dapati dia sedang menunaikan solat. HAJJAJ berkata kepadanya: bebaslah kamu berdasarkan apa yang kamu mahu[4].

 

[] Menurut AL-ZAHABI dalam TARIKH AL-ISLAM WA WAFIYAT AL-MASYAHIR WA AL-‘ALAM, ada riwayat menyatakan bahawa dia sering ingkari perbuatan HAJJAJ yang sering membunuh orang.

 

[] Menurut IBN HIBBAN dalam MASYAHIR ULAMA AL-AMSAR bahawa dia adalah ahli ibadat di kufah dan meninggal dunia di era pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Kutub sittah[5]

B.                  Dianggap siqah oleh IBN HIBBAN, IBN SAAD, NASAIE[6] dan YAAQUB BIN SUFYAN.

C.                  ASQALANI kata, dia soduq, ahli ibadat. Di waktu lain kata, dua syaikh menyandarkan kepadanya.

D.                 ABU HATIM AL-RAZI menyebut berkenaan kelebihan dan ibadatnya. Dia adalah soleh al-Hadis.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

IBN MAIN (dari murid: ABU KHAISAMAH) kata, dia doif[7].



[1] Manhal:2/124

[2] Bazl:2/15

[3] ada dakwaan kata dia meninggal pada 99 hijrah.

[4] Bazl:2/15

[5] Manhal:2/124 | aini:1/365

[6] Manhal:2/124 | Bazl:2/15

[7] Manhal:2/124 | Bazl:2/15

IBN HAY @ AL-HASAN BIN SOLEH BIN HAY AL-HAMDANI AL-SAURI AL-KUFI @ ABU ABDILLAH AL-BUKALIY AL-HAMZANI (100H – 169H)

 

ابْنُ حَيٍّ هُوَ الْحَسَنُ بْنُ صَالِحٍ

[] IBN HAY @ AL-HASAN BIN SOLEH BIN HAY AL-HAMDANI AL-SAURI AL-KUFI @ ABU ABDILLAH AL-BUKALIY AL-KUFI AL-SAURI AL-HAMZANI (ada kata: ABU ABD AL-RAHMAN) (100H – 169H[1])

 

[] Dia tinggal di Kufah dan pernah sampai Hamzan (Iran).

 

[] IBN RUSLAN kata, nama sebenarnya adalah SOLEH BIN SOLEH BIN MUSLIM[2].

 

[] dalam TABAQAT AL-FUQAHA’, ABU ISHAQ AL-SYIRAZI dan AL-TABAQAT AL-KUBRA, IBN SAAD menyatakan bahawa HASAN BIN SOLEH adalah salah seorang mujtahid Zaidiyyah.

 

[] AL-ZAHABI kata, kalau tidak kerana dia diselubungi bid’ah, pasti dia salah seorang dari imam-imam islam.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Dianggap siqah oleh NASAIE dan IBN MAIN (murid: abu khaisamah)

B.                  HAKIM dan IBN MAIN (murid: ibrahim bin abdillah bin a-Junaid) kata, dia siqah ma’mun.

C.                  IBN MAIN (murid: Ahmad bin Abi maryam) kata, dia siqah, mustaqim al-hadis.

D.                 IBN MAIN (Murid: abbas) kata, pandangan al-Hasan itu ditulis. Turut sama al-Awzaie. Mereka adalah siqah.

E.                  IBN MAIN kata, dia siqah. Waktu lain kata, dia siqah mustaqim hadis. Waktu lain kata, siqah siqah.

F.                   AL-JURJANI kata, aku tidak dapati hadis mungkar yang melampaui kadar. Di sisi aku dia adalah ahli al-Sidq.

G.                 ABU HATIM AL-RAZI kata, dia soleh, siqah, mutqin, Hafiz.

H.                 ABU ZUR’AH AL-RAZI kata, terhimpun padanya iqta, fiqh, ibadat dan zuhud.

I.                    AHMAD (murid: muhammad bin Ali al-Warraq) kata, dia siqah, saudaranya siqah. Namun, dia mati lebih dulu dari saudaranya.

J.                    AHMAD (murid: Ali bin al-Hasan al-Hisnajani) kata, dia sahih riwayat. Dia faqih. Dirinya terjaga pada hadis dan warak.

K.                  AHMAD (murid: Abdullah bin Ahmad, anaknya) kata, dia lebih sabat berbanding Syarik.

L.                   DARAQUTNI kata, dia siqah, ahli ibadat.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN

M.               BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia faqih, wara’. Dari kalangan yang menyendiri bagi ibadat dan menolak jawatan kerana TASYAYYU’nya.

N.                  AL-JILI kata, dia siqah, sabat, ahli ibadat, dia tasyayyu’.

O.                 ASQALANI kata, dia siqah, faqih, ‘abid, dituduh tasyayyu’. Di waktu lain kata, dia salah seorang imam yang orang bercakap bahawa dia tasyayyu’.

P.                  ZAHABI kata, dia salah seorang kenamaan, soduq, ‘abid dan TASYAYYU’.

Q.                 AL-SAJI kata, dia soduq, dan TASYAYYU’.

R.                  IBN SAAD kata, dia ahli ibadat, faqih, hujah, sahih hadis yang banyak, dia TASYAYYU’.

S.                   YAAQUB BIN SUFYAN AL-FASWA kata, dia siqah dan cenderung kepada TASYAYYU’.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

T.                  IBN MAHDI kata, hadisnya ditinggalkan.

U.                 QATTAN kata, Sufyan al-Sauri ada pandangan buruk terhadap al-hasan bin Hay.



[1] ibn manjuwaih dalam RIJAL SAHIH MUSLIM kata, dia meninggal 167.

[2] Ruslan:2/151

Wednesday, July 26, 2023

MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN (SOKHR) BIN HARB BIN UMAYYAH A-UMAWI @ ABU ABD AL-RAHMAN AL-KHALIFAH (60H)

 

معاوية بن ابي سفيان

[] MUAWIYAH BIN ABI SUFYAN (SOKHR) BIN HARB BIN UMAYYAH A-UMAWI @ ABU ABD AL-RAHMAN AL-KHALIFAH[1]. (60H[2])

 

[] Dia meninggal pada tahun 59H (ada kata: 69H) ketika umurnya 82 tahun.

 

[] Dilahirkan di Mekah, dan tinggal di Madinah serta meninggal dunia di Damsyiq.

 

[] Dia islam bersama dengan bapa dan adik lelakinya pada tahun Fath Mekah. Ada dakwaan kata, sebelum dari itu lagi.

 

[] Dia memeluk islam sebelum FATH MEKAH. Salah seorang penulis Wahyu[3].

 

[] Nabi pernah mendoakan kepada Muawiyah. Irbadh bin Sariyah ada berkata bahawa dia dengar Rasulullah saw bersabda:

 

عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ السُّلَمِيِّ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «اللَّهُمَّ عَلِّمْ مُعَاوِيَةَ الْكِتَابَ وَالْحِسَابَ، وَقِّهِ الْعَذَابَ» - صحيح ابن حبان, 7210

“Ya Allah, ajarkan kitab dan mengira kepada Muawiyah. Dan selamatkan dia dari azab”

 

[] Kisah Umar melantik Muawiyah sebagai gabenor;

 

عَنْ أَبِي إِدْرِيسَ الخَوْلاَنِيِّ، قَالَ: لَمَّا عَزَلَ عُمَرُ بْنُ الخَطَّابِ عُمَيْرَ بْنَ سَعْدٍ عَنْ حِمْصَ وَلَّى مُعَاوِيَةَ، فَقَالَ النَّاسُ: عَزَلَ عُمَيْرًا وَوَلَّى مُعَاوِيَةَ، فَقَالَ عُمَيْرٌ: لاَ تَذْكُرُوا مُعَاوِيَةَ إِلاَّ بِخَيْرٍ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ اهْدِ بِهِ – الترمذي, 3843

“Abu Idris al-Khawlani berkata: ketika Umar mengugurkan jawatan Umair bin Saad dari gabenor Hims dan melantik Muawiyah. Ramai orang berkata: Umar mengugurkan Umair dan melantik Muawiyah. Umair pun berkata: Jangan kamu kata berkenaan Muawiyah kecuali kebaikan sahaja. Aku pernah dengar Nabi saw berkata: Ya Allah, berikan hidayah kepadanya (Muawiyah).

 

 

[] Nabi saw mendoakan Muawiyah agar diberikan hidayah dan memberi petunjuk kepada orang lain—daripada Abdul Rahmah bin Abi Umairah bahawa Rasulullah saw mendoakan kepada Muawiyah:

 

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي عُمَيْرَةَ، وَكَانَ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لِمُعَاوِيَةَ: «اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ هَادِيًا مَهْدِيًّا وَاهْدِ بِهِ» - الترمذي, 3842

“Ya Allah, jadikan dia orang yang mendapat hidayah dan dapat memberi petunjuk kepada orang lain. Ya Allah, berikan dia hidayah dengan itu”

 

] Saidina Umar menyebut Muawiyah sebagai Kisra Arab—daripada Abi Abd al-Rahman al-Madani berkata:

 

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْمَدَنِيِّ قَالَ: كَانَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ إِذَا رَأَى مُعَاوِيَةَ قَالَ: هَذَا كِسْرَى الْعَرَبِ – البداية والنهاية, 8\134

Apabila Umar melihat Muawiyah, dia berkata: ini adalah kisra Arab.

 

[] Saidina Umar melantik dia menjadi Gabenor di Syam selepas adiknya, Yazid. Dan bersambung jawatan itu di era Osman bin Affan.

 

[] Muawiyah menjadi gabenor selama 20 tahun dan menjadi khalifah selama 20 tahun.

 

[] Menurut pandangan kebanyakkan ulama, dia meninggal di Damsyiq pada hari Khamis, bulan rejab tahun 59 (ada kata: 69H) ketika umurnya 82 tahun.



[1] Masyariq:1/268

[2] Masyariq:1/268

[3] Masyariq:1/268

UBADAH BIN AL-SOMIT

 

عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ الْأَنْصَارِيَّ

[] UBADAH BIN AL-SOMIT BIN QAIS BIN ASRAM اصرم BIN FIHR BIN QAIS BIN SA’LABAH BIN GHANM BIN SALIM BIN AUF BIN AMRU BIN AUF BIN AL-KHAZRAJ AL-ANSARI @ ABU AL-WALID[1] AL-MADANI[2] (38SH - 34H[3])

 

[] disebut sebagai AL-NAQIB kerana, dia adalah NAQIB AL-ANSAR pada malam al-‘Aqabah[4].

 

[] peluk islam sebelum hijrah Nabi ke Madinah lagi. Semasa di Madinah, nabi saw saudarakan dia dengan ABU MARSAD AL-GHUNAWI.

 

[] Salah seorang ahli Badar[5]. Terlibat semua perang bersama dengan Nabi. Terlibat juga pembukaan mesir. Dia panglima perang untuk membuka kota Iskandariyyah pada tahun 25 hijrah atas arahan dari Amru bin al-AS.

 

Dia tinggal di Syam dan sempat menjadi gabenor di Hims sekejap, kemudian menjadi Qadhi di Palestine dan meninggal dunia di Ramallah di era pemerintahan Saidina Osman bin Affan.

 

[] Dia mati di Ramallah pada tahun 34 hijrah. Ada dakwaan kata, dia sempat era pemerintahan Muawiyyah[6].

 

[] nama ibunya: QURRAH AL-AIN BINTI UBADAH BIN NADLAH BIN AL-AJLAN[7]. (34H)

 

[] Dalam al-Isobah, ada dakwaan kata dia meninggal pada tahun 45 hijrah. Namun, dari anaknya sendiri, iaitu AL-WALID BIN UBADAH mengatakan, bapanya meninggal pada tahun 34 hijrah[8].

 

[] Dia meninggal di Ramallah, Palestine[9]. Semasa dia meninggal, umurnya 72 tahun[10].

 

[] Tubuh badannya sasa, tinggi dan cantik[11].

 

[] Dia terlibat perang badar[12] dan seluruh perang-perang bersama dengan Nabi[13].

 

Selepas Nabi wafat, dia terlibat pembukaan Mesir[14]. Dalam “tarikh hims”, Abd al-Somad bin Sa’id kata, dia adalah orang yang mula-mula seklai jadi Qadhi di Palestine[15].

 

Menurut AL-BUKHARI, Yazid bin Abi Sufyan tulis surat kepada Umar—memberitahu bahawa penduduk Syam perlu ada guru mengajar al-Quran dan mengajar Fiqh. Makanya, Umar menghantar Muaz, Ubadah dan Abu al-Darda’. Dan menetapkan Ubadah di Palestine[16].

 

Menurut KHALIFAH bahawa ABU UBAIDAH yang melantik dia menjadi gabenor di Hims. Kemudian tukar kepada ABDULLAH BUN QURT[17].

 

IBN SAAD menyatakan dengan jalur sanad MUHAMMAD BIN KAAB AL-QURAZI bahawa UBADAH salah seorang yang himpunkan al-Quran pada zaman Nabi saw. Hal yang sama disebut oleh al-Bukhari dalam al-Tarikh[18].

 

[] IBN SAAD kata, dia salah seorang naqib semasa perjanjian Aqabah[19].

 

[] Semasa hijrah, dia dipersaudarakan oleh nabi dengan ABU MARSAD AL-GHANAWIY[20].


[1] Masyariq:1/266

[2] Mursyid:1/104

[3] Mursyid:1/104

[4] Mursyid:1/104

[5] Mursyid:1/104

[6] Mursyid:1/104

[7] Masyariq:1/266

[8] Masyariq:1/268

[9] Masyariq:1/267

[10] Masyariq:1/268

[11] Masyariq:1/267

[12] Masyariq:1/266

[13] Masyariq:1/266

[14] Masyariq:1/266

[15] Masyariq:1/266

[16] Masyariq:1/267

[17] Masyariq:1/267

[18] Masyariq:1/266

[19] Masyariq:1/266

[20] Masyariq:1/266