Friday, May 26, 2023

AL-WALID BIN ABDUL RAHMAH AL-JURASHI AL-HIMSI AL-ZAJJAJ.

 

الْوَلِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْجُرَشِيِّ

[] AL-WALID BIN ABDUL RAHMAH AL-JURASHI AL-HIMSI AL-ZAJJAJ.

 

[] Dia tinggal di Hims, Syria.

 

[] Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah. al-Bukhari riwayatkan dia dalam خلق افعال العباد[1].

 

[] KOMENTAR

·       DianggaP siqah oleh ALI BIN ADAM[2], AL-ASQALANI, AL-ZAHABI, IBN MAIN, IBN KHARRASH, ABU HATIM, MUHAMMAD BIN AUN dan IBN HIBBAN[3].

·       ABU ZURAH kata, dia Jaid al-Hadis[4].

·       IBN ASAKIR kata, dia waham.



[1] Masyariq:1/105

[2] Masyariq:1/105

[3] Masyariq:1/105

[4] Masyariq:1/105

IBRAHIM BIN SULAIMAN AL-AFTOS AL-DIMASYQI

 

إِبْرَاهِيمُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْأَفْطَسُ

[] IBRAHIM BIN SULAIMAN AL-AFTOS AL-DIMASYQI

 

[] penduduk Damsyiq,

 

[] KOMENTAR

·       Dianggap siqah oleh AL-ZAHABI.

·       ALI BIN ADAM dan AL-ASQALANI kata, dia siqah sabat kecuali dia mursal.

·        Dianggap siqah oleh IBN HIBBAN.

·       DUHAIM kata, dia siqah siqah, siqah sabat, bakh bakh siqah.

·       ABU HATIM kata, dia لا بأس به

·       BUKHARI kata, Ibrahim ambil hadis dari Yazid bin Yazid Jabir secara mursal.

·       ABDUL RAHMAN BIN BIN RAHIM kata, dia siqah sabat.

MUHAMMAD BIN ISA BIN SUMAYY' @ ABU SUFYAN AL-DIMASYQI (114H - 204H)

 

مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى بْنِ الْقَاسِمِ بْنِ سُمَيْعٍ

 

[] MUHAMMAD BIN ISA BIN SUMAYY' @ ABU SUFYAN AL-DIMASYQI (114H - 204H)

 

[] Dia Soduq yang buat silap, melakukan tadlis dan dituduh qadariyah[1].

 

[] Rijal Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah[2].

 

[] KOMENTAR

·       DUHAIM kata, dia bukan ahli hadis, dia qadariyah[3].

·       ABU HATIM kata, dia Syaikh dimasyq. Hadisnya ditulis dan tidak boleh dibuat hujah[4].

·        AL-BUKHARI kata, dia tidak dengar hadis ini daripada IBN ABI ZI'B (iaitu hadis dari Zuhri berkenaan pembunuhan Saidina Osman) [5].

·       IBN SHAHIN kata, Muhammad bin Isa adalah Syaikh dari kalangan penduduk Syam. Dia siqah[6].

·       IBN HIBBAN kata, dia Mustaqim al-Hadis apabila dia mendengar hadis kecuali jika ada situ dia ambil daripada IBN ABI ZI'B, kerana dia sebenarnya mendengar dari ISMAIL BIN YAHYA, yang Ismail dengar dari IBN ABI ZI'B. Dia tadlis hadis itu[7].

·       AL-HAKIM ABU AHMAD kata, dia Mustaqim al-Hadis kecuali dia riwayat hadis dari IBN ABI ZI'B berkenaan pembunuhan Saidina Osman - hadis mungkar.

·       ABU DAUD Kata, dia ليس به بأس kecuali dia hanya dituduh Qadariyah[8].

·        HISHAM BIN AMMAR kata, dia siqah makmun[9].

·        ABU MUSHIR kata kepada HISHAM BIN AMMAR: kamu pergi lalu kamu makan makanan dajal (merujuk kepada Muhammad bin Isa) [10]

·        YAZID BIN ZAID BIN ABDUL SOMAD kata, dia Syaikh sabat[11].



[1] Mastariq:1/104

[2] Mastariq:1/104

[3] Mastariq:1/104

[4] Mastariq:1/104

[5] Mastariq:1/104

[6] Mastariq:1/104

[7] Mastariq:1/104

[8] Mastariq:1/104

[9] Mastariq:1/104

[10] Mastariq:1/104

[11] Masyriq:1/104

HISYAM BIN AMMAR BIN NUSAIR BIN MAISARAH BIN ABAN AL-SULAMI @ ABU WALID AL-DIMASYQI (153H - 245H)

هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ الدِّمَشْقِيُّ

[] HISYAM BIN AMMAR BIN NUSAIR BIN MAISARAH BIN ABAN AL-SULAMI @ ABU WALID AL-DIMASYQI (153H - 245H[1])

 

[] Dilahirkan dan meninggal dunia di Damsyiq, Syria. Dia pernah sampai Madinah.

 

[] Dia adalah Imam, ulama hadis, mufti serta ahli qari di Damsyiq. Al-Zahabi senaraikan salah seorang ulama Qiraat.

 

[] Rijal Bukhari, Abu Daud, Nasaie dan IBN Majah. Tarmizi Ambil hadisnya melalui Bukhari. muslim tidak ambil hadisnya[2].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

·       Dianggap siqah oleh IBN AL-JUNAID, AHMAD AL-IJLI, AL-NASAIE dan IBN MAIN. IBN MAIN kata juga bahawa Hisham bukan pembohong[3].

·       YAHYA BIN MAIN kata, dia كيس كيس[4]

·        AL-IJLI kata, dia siqah. Di waktu lain pula kata, dia Soduq[5].

·       NASAIE kata, dia لا بأس به[6]

·       DARAQUTNI kata, dia Soduq dan besar kedudukan[7].

·       ABU HATIM kata, hafalannya berubah selepas dia tua. Ketika dia ditalqin, dia ingat balik. Dia baca dari kitabnya. Dia Soduq[8].

·       IBN WARAH kata, aku berhenti dari menulis hadis Hisham kerana dia selalu menjual hadis[9].

·       MUHAMMAD BIN YASAR kata, Hisyam ditalkinkan. Dia ditalkinkan pada semua perkara[10].

·        Dia ada dengar hadis dari MA'RUF AL-KHAYYAT ABI AL-KHATTAB AL-DIMASYQI, sedangkan MA'RUF tidak siqah[11].



[1] Menurut al-Bukhari, dia meninggal tahun 245 hijrah. Ada dakwaan kata, dia mati pada 244, ada pula kata, 246 H

[2] Mastariq:1/102

[3] Masyariq:1/102

[4] Masyariq:1/102

[5] Masyariq:1/102

[6] Masyariq:1/102

[7] Masyariq:1/102

[8] Masyariq:1/102

[9] Masyariq:1/102

[10] Masyariq:1/102

[11] Masyariq:1/102

Monday, October 31, 2022

ABU ‘ALIYAH (93H)

 ABU ‘ALIYAH (93H)

 أَبَو الْعَالِيَةِ

 

Nama sebenarnya adalah RUFAIYY’ BIN MIHRAN AL-RAYYAHI

 

Menurut ALI BIN AL-MADINI, dia sempat di era Jahiliyyah. Namun, peluk islam dua tahun selepas Nabi wafat (manhal:1/290) bermakna, dia seorang MUKHADRAM (Arnaut:1/64)

 

Dia sempat dengan Abu Bakar dan pernah menunaikan solat Jemaah dengan menjadi makmum kepada Saidina Umar dan mendengar hadis dari Saidina Umar. (Bazl:1/183)

 

Dia pernah berkata: Aku sempat khatamkan al-Quran di era Umar sebanyak tiga kali.

 

ASIM AL-AHWAL pernah berkata: Abu al-‘Aliyah ada sikap bahawa apabila berhimpun kepadanya lebih dari kadar 4 orang, dia akan bangun dan pergi (tasawwut:2/618)

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                IBN HAJAR AL-ASQALANI kata, dia tabiin besar yang popular dengan gelarannya (manhal:1/290)

(b)               Dianggap SIQAH oleh IBN MAIN, ABU ZUR’AH & ABU HATIM (manhal:1/290)

(c)                ABU AL-QASIM kata, ulama ijmak bahawa dia siqah. Cuma dia banyak lakukan IRSAL (manhal:1/290)

(d)               ABU BAKAR BIN ABI DAUD kata, tidak ada seorang pun orang selepas sahabat yang lebih tahu berkenaan al-Quran kecuali Abu al- ‘Aliyah. Selepas beliau adalah SA’ID BIN JUBAIR (tasawwut:2/618)

(e)               IBN ‘ADI kata, hadis-hadis yang dia riwayat adalah SOLEH.

(f)                 AL-LAKAIE kata, ijmak ulama bahawa dia siqah. (Bazl:1/184)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah. 

Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu hadis ke-87.



ABU KHALDAH (152H)

ABU KHALDAH (152H)

                                                                                                                                                         أَبُو خَلْدَةَ 


Nama sebenarnya adalah KHALID BIN DINAR AL-TAMIMI AL-SA’DI AL-BASRI

 

Selain ilmuan hadis, beliau juga seorang tukang jahit.

 

KOMENTAR ULAMA; (Manhal:1/289)

(a)                 Dia dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, AL-NASAIE, AL-IJLI, AL-DARAQUTNI, IBN SA’AD, YAZID BIN ZURAYI’, AL-TARMIZI, OSMAN BIN SA’AD & IBN ABD AL-BAR

(b)               AHMAD kata, dia syaikh siqah.

(c)                IBN MAHDI kata, dia soduq.

(d)               AL-TARMIZI kata, dia siqah dalam kalangan ahli hadis. (Bazl:1/183)

 

Dia adalah rijal al-bukhari, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan ibn Majah.


Perawi ini tersebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-87

Tuesday, October 25, 2022

‘ATA’ BIN ABI RABAH (27H-114H)

 ‘ATA’ BIN ABI RABAH (27H-114H)

عَطَاءٍ بن ابي رباح

 

Ulama fiqh tabiin ini dipanggil ABU MUHAMMAD AL-QURASHI.

 

Ada kata, nama betulnya adalah ASLAM BIN SAFWAN AL-MAKKI. Menurut AL-WAQIDI dan AL-FALLAS, umurnya mencecah 88 tahun. Kata IBN ABI LAILA pula, umurnya mencecah 100 tahun.

 

Dia dilahirkan di akhir pemerintahan Saidina Osman di kota TA’IZ تعز, Yaman (di kota Muaz bin Jabal (18H) duduk di yaman), dibesarkan, menuntut ilmu dan mati di Mekah.

 

Dia sempat berjumpa dengan AQIL BIN ABI TALIB dan ABU AL-DARDA’.

 

Dia adalah guru kepada ABU HANIFAH, AYUB AL-SAKHTIYANI, AL-ZUHRI, AL-AWZAIE & sebagainya (manhal:1/288)

 

Daripada KHALID BIN ABI AWFA bahawa ‘ATA’ berkata: aku sempat jumpa seramai 200 orang sahabat nabi. (Bazl:1/183)

 

Antara tabiiin yang paling banyak ambil hadis dari AISYAH, disamping ABU HURAIRAH, UMMU SALAMAH, UMMU HANI’, IBN ABBAS, IBN AMRU, JABIR, IBN AL-ZUBAIR, MUAWIYAH, ABU SA’ID DLL.

 

KOMENTAR ULAMA; (manhal:1/288)

(a)                Dia dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH dan IBN SA’AD.

(b)               IBN SA’AD kata, dia alim dan banyak riwayatkan hadis serta memberikan fatwa di mekah.

(c)                Al-Zahabi kata, dia sabat redha imam dan hujjah untuk ilmu ini.

(d)               IBN HIBBAN nyatakan bahawa dia dari kalangan tabiin yang alim, faqih, warak dan mempunyai kelebihan.

(e)               ABDUL AZIZ BIN RUFAIY’ kata, suatu hari ‘Ata’ ditanya fatwa. Dia jawab: aku tidak tahu. Lalu orang bertanya itu kata: apakah tidak kamu memberikan jawapan hal ini dengan pandangan kamu? Dia jawab: Aku malu beragama di bumi ini dengan pandangan aku.

(f)                 AHMAD pernah bercerita satu kisah panjang yang dia ambil dari ‘Ata; yang ‘Ata’ ambil dari Aisyah. Kata Ahmad: ia tidak boleh dibuat hujah kecuali ‘Ata berkata: aku telah mendengar سمعت

(g)                SULAIMAN BIN HARB pernah cerita bahawa gurunya, QAIS BIN SA’AD tidak hadir majlis ilmu gurunya, ‘ATA. Makanya, Sulaiman pun tanya, kenapa begitu? Jawab QAIS: dia sudah lupa dan berubah hafalannya. (Bazl:1/183)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 86.