مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى بْنِ الْقَاسِمِ بْنِ سُمَيْعٍ
[] MUHAMMAD BIN ISA BIN SUMAYY' @
ABU SUFYAN AL-DIMASYQI (114H - 204H)
[] Dia Soduq yang buat silap,
melakukan tadlis dan dituduh qadariyah[1].
[] Rijal Abu Daud, al-Nasaie dan
Ibn Majah[2].
[] KOMENTAR
·
DUHAIM kata, dia bukan ahli
hadis, dia qadariyah[3].
·
ABU HATIM kata, dia Syaikh
dimasyq. Hadisnya ditulis dan tidak boleh dibuat hujah[4].
·
AL-BUKHARI kata, dia tidak dengar hadis ini
daripada IBN ABI ZI'B (iaitu hadis dari Zuhri berkenaan pembunuhan Saidina
Osman) [5].
·
IBN SHAHIN kata, Muhammad bin Isa
adalah Syaikh dari kalangan penduduk Syam. Dia siqah[6].
·
IBN HIBBAN kata, dia Mustaqim
al-Hadis apabila dia mendengar hadis kecuali jika ada situ dia ambil daripada
IBN ABI ZI'B, kerana dia sebenarnya mendengar dari ISMAIL BIN YAHYA, yang
Ismail dengar dari IBN ABI ZI'B. Dia tadlis hadis itu[7].
·
AL-HAKIM ABU AHMAD kata, dia
Mustaqim al-Hadis kecuali dia riwayat hadis dari IBN ABI ZI'B berkenaan
pembunuhan Saidina Osman - hadis mungkar.
·
ABU DAUD Kata, dia ليس به بأس kecuali dia hanya dituduh Qadariyah[8].
·
HISHAM BIN AMMAR kata, dia siqah makmun[9].
·
ABU MUSHIR kata kepada HISHAM BIN AMMAR: kamu
pergi lalu kamu makan makanan dajal (merujuk kepada Muhammad bin Isa) [10]
·
YAZID BIN ZAID BIN ABDUL SOMAD kata, dia
Syaikh sabat[11].
No comments:
Post a Comment