Sunday, April 10, 2022

ZAKARIA BIN ‘ADI BIN AL-SOLT (212H)

 ZAKARIA BIN ‘ADI BIN AL-SOLT (212H)

 زَكَرِيَّا بْنُ عَدِيٍّ بن الصلت

 

Ada orang kata, namanya adalah ZAKARIA BIN ‘ADI BIN RAZIQ BIN ISMAIL AL-TAIMI.

 

Menurut al-Zahabi dalam al-Siyar, bapanya bernama ‘ADI itu, asalnya adalah seorang kafir zimmi yang memeluk islam.

 

Dia dilahirkan di Kufah dan meninggal dunia di Baghdad.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Namanya didapati tidak ada dalam al-Bukhari dan Abi Daud.

 

Rata-rata ulama hadis kata dia siqah, seperti al-Ijli, Ibn Sa’ad dan al-Asqalani. Dia adalah perawi sahih.

MUHAMMAD BIN ABDILLAH BIN NUMAIR AL-HAMDANI (160H-234H)

 MUHAMMAD BIN ABDILLAH BIN NUMAIR AL-HAMDANI (160H-234H)

مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ الهمداني

 

Ulama Kufah ini digelar sebagai ABU ABD AL-RAHMAN AL-KUFI. Dia terkenal dengan ilmu, zuhud, berpegang teguh dengan sunnah dan seorang miskin.

 

Dia adalah aqran AHMAD BIN HAMBAL dan ALI BIN AL-MADINI.

 

Dia adalah Guru al-Bukhari, Muslim, Abi Daud, al-tarmizi dan Ibn Majah. Al-nasaie ambil hadisnya melalui perantara.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih

Tuesday, April 5, 2022

AL-A’RAJ ABD AL-RAHMAN BIN HURMUZ AL-HASHIMI (117H)

 AL-A’RAJ ABD AL-RAHMAN BIN HURMUZ AL-HASHIMI (117H)

الْأَعْرَجِ عبدالرحمن بن هرمز الهاشمي

 

Dia adalah bekas hamba kepada Rabi’ah bin al-Haris. Dia juga dikenali sebagai ABU DAUD AL-MADANI. Dikatakan dia meninggal di Iskandariyyah.

  

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, serta perawi siqah lagi sahih.

ABU AL-ZINAD ABDULLAH BIN ZAKWAN AL-MADANI AL-MAKKI (130H)

ABU AL-ZINAD ABDULLAH BIN ZAKWAN AL-MADANI AL-MAKKI (130H)

أَبو الزِّنَادِ عبدالله بن ذكوان المدني المكي

 

Menurut Amin al-Harari dalam al-Kawkab, dia adalah adik beradik kepada Abu Lu'lu'ah, pembunuh Saidina Umar. (al-Kawkab:4/114)

  

Diceritakan bahawa Abu al-Zinad mati terkejut, iaitu ketika dia sedang mandi di tempat pemandiannya. Kejadian itu berlaku pada hari jumaat 17 Ramadan 130 hijrah.

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                Dia dianggap siqah oleh Ahmad, Ibn Ma’in, Ibn Sa’ad dan Abu Hatim.

(b)               Ahmad bin Hambal menyatakan bahawa dia adalah Amirul Mukminin dalam hadis.

(c)                Al-Bukhari menyatakan bahawa sanad yang paling sahih adalah andai Abu Zinad - A’raj – abu Hurairah.

(d)                Rabi’ah ada berkata bahawa Abu al-Zinad tidak siqah. Namun dibantah oleh al-Saharampuri dalam Bazl al-Majhud dengan menyatakan tidak boleh diterima perkataan Rabi’ah yang membuat komentar berkenaan Abu al-Zinad, kerana antara mereka berdua ada permusuhan.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan malik serta Sufyan bin Sa’id al-Sauri dan Sufyan bin Uyaynah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.


MUHAMMAD BIN AL-SABBAH (240H)

  MUHAMMAD BIN AL-SABBAH (240H)

مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ

 

Nama penuhnya adalah MUHAMMAD BIN AL-SOBBAH BIN SUFYAN BIN ABI SUFYAN AL-JARJARAIE الجرجرائي

 

AL-JARJARAIE adalah nisbah kepada kota JARJARAYA di Iraq—antara Wasit dan Baghdad.

 

Dia adalah bekas hamba kepada Umar bin Abdul Aziz

 

Ibn Ma’in kata, dia doif. al-Asqalani kata, dia SODUQ.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan perawi siqah lagi sahih.

 

PERINGATAN: ada seorang lagi nama yang hampir sama, tetapi orang yang berbeza, iaitu MUHAMMAD BIN AL-SOBBAH AL-DULABI AL-BAGHDADI (150H-227H) yang dikenali dengan panggilan ABU JA’FAR

Monday, April 4, 2022

ABU ZUR’AH BIN AMRU BIN JARIR BIN ABDULLAH AL-BAJALI (91H)

 ABU ZUR’AH BIN AMRU BIN JARIR BIN ABDULLAH AL-BAJALI (91H)

 أَبو زُرْعَةَ بن عمرو بن جرير بن عبدالله البجلي

 

Tidak diketahui nama sebenarnya. Ada pihak mendakwa, nama sebenarnya adalah HARAM هرم. Ada pula kata, ABDULLAH AL-KUFI.

 

Atuknya adalah sahabat Nabi, iaitu JARIR BIN ABDILLAH AL-BAJALI. Dia sempat melihat saidina Ali (23SH-40H)

 

Abu Hatim al-Razi kata, dia Majhul. Tetapi di tempat lain pula kata, dia siqah.

 

Antara ulama yang anggap dia siqah adalah ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI, IBN HAJAR AL-ASQALANI, IBN ABD AL-BAR, AL-ASBAHANI dan YAHYA BIN MA’IN. ABDUL RAHMAN BIN YUSUF BIN KHARRASH kata, dia soduq siqah.


Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang tabiin besar yang diakui ramai ulama hadis sebagai siqah lagi sahih.

IBRAHIM BIN JARIR

 IBRAHIM BIN JARIR

 إِبْرَاهِيمَ بْنِ جَرِيرٍ

 

Ulama Kufah ini adalah anak kepada sahabat Nabi terkenal, iaitu Jarir bin Abdullah al-Bajali.

 

Walaupun dia adalah anak sahabat tersebut, tetapi dia tidak mendengar hadis dari bapanya. Hal ini kerana, bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi.

 

Dengan sebab itu, Ibn Ma’in kata, dia tidak dengar hadis dari bapanya, walhal ada hadis tertentu yang dia riwayatkan dari bapanya secara عنعنة.

 

Bahkan, terdapat juga bahawa dia riwayatkan hadis dari bapanya secara التحديث, tetapi kata ibn Hajar, hadis itu mesti dari jalur DAUD BIN ABDUL JABBAR. Daud adalah seorang pendusta hadis. Ada sebilangan kata, dia doif.

 

Dia adalah rijal Abu Daud, al-nasaie dan Ibn Majah. Ibn Qattan bahawa dia Majhul al-Hal. Dengan ini, hadis riwayatnya ditolak kecuali ada mutaba-ah atau syawahid.

MUHAMMAD BIN ABDILLAH AL-MUKHARRAMIY (173H-255H)

 MUHAMMAD BIN ABDILLAH AL-MUKHARRAMIY (173H-255H)

 مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْمُخَرَّمِيَّ

 

Nama penuhnya adalah MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN AL-MUBARAK AL-QURASHI AL-MUKHARRAMIY. Digelar sebagai ABU JA’FAR AL-BAGHDADI.

 

Dia digelar AL-MUKHARRAMIY kerana nisbah kepada satu etnik arab dari Baghdad; iaitu bermuarakan dari orang yang bernama YAZID BIN MUKHARRAM.

 

Dia adalah guru al-Bukhari, Abu Daud dan al-Nasaie. Berasal dari Baghdad dan meninggal di Madain.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

SYARIK BIN ABDULLAH (95H-177H)

 SYARIK BIN ABDULLAH (95H-177H)

شَرِيكٌ ابن عبدالله

 

Nama penuhnya adalah SYARIK BIN ABDULLAH BIN AL-HARIS AL-NAKHASIE AL-KUFI.

 

Ada dakwaan mengatakan, nama sebenarnya adalah AUS BIN AL-HARIS AL-NAKHAIE yang digelar dengan ABU ABDULLAH AL-KUFI.

 

Pada tahun 153 hijrah, dia dilantik jadi Qadhi di era pemerintahan Abu Ja’far ABDULLAH AL-MANSUR BIN MUHAMMAD, iaitu khalifah ke-10 selepas nabi, atau khalifah ke-2 di era Abbasiyyah; dia adalah orang yang membangunkan daulah abbasiyyah. Namun, dia digugurkan selepas itu.

 

Pada era khalifah Abbasiyyah ke-3, AL-MAHDI BILLAH, MUHAMMAD BIN ABDILLAH AL-MANSUR, dia dilantik pula. Namun, digugurkan pula oleh MUSA AL-HADI BIN ABU ABDILLAH MUHAMMAD AL-MAHDI BIN ABU JA’FAR ABDULLAH AL-MANSUR, khalifah ke-4 Abbasiyyah.

 

Dia diakui siqah oleh al-‘Ijli, Ibrahim al-Harbi dan Ibn Ma’in. Cuma, Ibn Ma’in kata, dia siqah soduq yang ada buat silap. Apabila dia menyalahi orang lain, pendapat orang lain lebih disukai.

 

Ibn Sa’ad kata, dia siqah dan ma’mun dan banyak meriwayatkan hadis. Tetapi, dia ada buat silap. Perkara yang sama ditegaskan oleh Abu Zur’ah. Ibrahim bin Sa’ad kata, dia ada silap sebanyak 400 hadis.

 

Ibn Hibban pula kata, pada akhir umurnya dia ada buat buat silap, iaitu berlaku ikhtilat.Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, dia ikhtilat itu berlaku semenjak dia menjadi Qadhi di Kufah.

 

Riwayat dia semasa dia muda, tidak berlaku ikhtilat. Tetapi, orang di kufah yang ambil hadis dengan dia; ketika itu, dia sudah ikhtilat, yang banyak waham dalam periwayatannya. Dengan itu, al-Nasaie kata, dia tidak kuat. Yaaqub bin Sufyan kata, dia siqah tetapi hafalannya buruk. Al-Azdi kata, dia cenderung kepada melampau dalam mazhab, buruk hafalan dan mudhtarib hadis.

 

Dia adalah rijal Abu Daud, al-tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Namanya ada dalam muslim pun sekadar mutaba-ah sahaja. Didapati namanya tidak ada ada riwayat al-Bukhari.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih dan diterima riwayatnya sebelum dia ikhtilat. Iaitu, riwayatnya diterima semasa dia di wasit. Tetapi, tidak diterima semenjak dia menjadi qadhi di Kufah.

ASWAD BIN ‘AMIR (126H-208H)

 ASWAD BIN ‘AMIR (126H-208H)

أَسْوَدُ بْنُ عَامِرٍ

 

Nama penuhnya adalah AWSAD BIN ‘AMIR SYAZAN. Digelar sebagai ABU ABD AL-RAHMAN AL-SYAMI.

 

Dia dilahirkan di kota Damsyiq, dan tinggal di Baghdad dan meninggal di situ.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta Ahmad bin Hanbal. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

IBRAHIM BIN KHALID (170H-240H)

 IBRAHIM BIN KHALID (170H-240H)

إِبْرَاهِيمُ بْنُ خَالِدٍ

 

Nama penuhnya adalah IBRAHIM BIN KHALID BIN ABI AL-YAMAN AL-KALBI. Digelar dengan ABU SAUR AL-BAGHDADI.

 

Di peringkat awal, ulama Baghdad ini bermazhab Hanafi. Apabila Imam Syafie sampai di Kota Baghdad, dia menuntut dengan Imam al-Syafie sehingga dia tukar mazhab, bahkan dia menjadi salah seorang mujtahid dalam mazhab syafie.

 

Dia adalah Guru Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi dan Ibn Majah. Tidak dijumpai namanya dalam riwayat al-Bukhari dan al-nasaie.

 

Menurut Ibn Hibban, Ibrahim bin Khalid ini adalah salah seorang imam dunia dari sudut warak, kefaqihan dan keilmuan. Al-Hakim pula kata, dia seorang ulama faqih dari kota Baghdad.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

PESANAN: Ada seorang lagi bernama IBRAHIM BIN KHALID BIN UBAID (gelaran: Abu Muhammad). Satu era dengan perawi bab juga. Dia berasal dari Sun’a, Yaman berbangsa Quraish. Dia adalah Muazzin di Masjid San’a.

IBRAHIM BIN ABI MAIMUNAH

 IBRAHIM BIN ABI MAIMUNAH

إِبْرَاهِيمَ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ الحجازي

 

Dia adalah Rijal Abi Daud, al-Tarmizi dan Ibn Majah. Dia dianggap Majhul al-Hal oleh Ibn Qattan dan al-Asqalani.

 

PERINGATAN: Ada seorang lagi yang hampir saman ama, iaitu IBRAHIM BIN ‘ATA’ BIN ABI MAIMUNAH. Dia orang basrah. Dia satu era dengan Imam al-Bukhari.

YUNUS BIN AL-HARIS AL-SAQAFI AL-TAIFI

 YUNUS BIN AL-HARIS AL-SAQAFI AL-TAIFI

 يُونُسَ بْنِ الْحَارِثِ الثقفي الطائفي

 

Ulama Kufah ini adalah Rijal Abi Daud, al-Tarmizi dan Ibn Majah. Riwayatnya tidak ada dalam al-Bukhari, Muslim dan al-Nasaie.

 

Dia dianggap doif oleh ramai ulama ekoran buruk hafalannya serta dia banyak waham. Bahkan, Abu Hatim kata bahawa dia banyak meriwayatkan hadis secara maqlub.

 

Ahmad bin Hambal pula kata, hadis-hadis yang dia riwayatkan itu banyak bersifat idhtirab

 

Antara yang menganggap dia doif itu adalah Ahmad, al-Nasaie, Ibn Ma’in, Abi Hatim dan al-Saji. Namun begitu, Ibn Hibban yang terkenal dengan tasahul menyenaraikan namanya dalam kitab al-Siqat.

 

Namun begitu, al-Asqalani ada menyebut bahawa—walaupun dia doif, tetapi hadisnya diambil kira jika ada mutaba-ah dan syawahid. Hal ini kerana, doif pada dia tidaklah terlalu berat.

 

Dia adalah perawi doif dan tidak boleh diterima riwayatnya kecuali jika ada mutaba-ah atau syawahid.