Saturday, April 2, 2022

AMRU BIN KHUZAIMAH AL-MUZANI

 AMRU BIN KHUZAIMAH AL-MUZANI

  عَمْرِو بْنِ خُزَيْمَةَ المزني


Dia digelar juga sebagai ABU KHUZAIMAH AL-MADANI. Ulama didakwa berasal dari Madinah dikatakan perawi MAJHUL.

HISHAM BIN URWAH (61H-146H)

 HISHAM BIN URWAH (61H-146H)

هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ

 

Dia adalah cucu kepada Sahabat Nabi yang terkenal, iaitu al-Zubair bin al-Awwam. Dengan kata lain, dia adalah anak saudara kepada sahabat Nabi yang bernama ABDULLAH BIN ZUBAIR.

 

Bapanya adalah URWAH BIN AL-ZUBAIR adalah perawi yang paling banyak riwayatkan hadis Aisyah. Dan dia mendengar hadis juga dari bapanya.

 

Isterinya adalah FATIMAH BINTI AL-MUNZIR BIN AL-ZUBAIR BIN AL-AWWAM, yang asalnya adalah sepupunya sendiri.

 

Hisham terkenal dengan alim dalam bidang fiqh dan hadis. semasa dia kecil, Ibn Umar pernah usap kepalanya dan mendoakan kepadanya.

 

Dia dilahirkan di Madinah serta banyak masa di situ. Selepas itu, dia berhijrah ke Baghdad dan meninggal dunia di situ.

 

Khalifah Abu Ja’far al-Mansur antara yang solat jenazahnya.

 

Dia dikebumikan di tanah perkuburan AL-KHIZRAN (tempat itu dinamakan al-Khizran kerana sempena kepada nama isteri kepada ibu kepada Khalifah Harun al-Rashid bernama AL-KHIZRAN BINTI ‘ATA’ yang  berada di kota الأعظمية iaitu kota yang dinisbahkan kepada Imam Abu Hanifah yang dia dikebumikan di situ)

 

Terdapat beberapa TAJRIH terhadapnya adalah seperti berikut;

 

Kata Yaaqub bin Syaibah, dia siqah dan diterima riwayatnya kecuali selepas dia berhijrah ke Iraq. Antaranya selelepas hijrah, dia selalu mursalkan hadis dari bapanya.

 

Imam Malik tidak ambil hadis dia andai yang ambil dari dia itu adalah penduduk Iraq. Kata Imam Malik lagi, dia ke Kufah sebanyak tiga kali. Semenjak di sana, dia selalu cakap “TELAH MENCERITAKAN KEPADAKU BAPAKU” dan “AKU MENDENGAR AISYAH”. Pada kali ke-2, dia kata: “TELAH MENGKHABARKAN KEPADAKU BAPAKU, DARIPADA AISYAH” Pergi pada kali ke-3: “BAPAKU DARIPADA AISYAH” (mursal dari bapanya)

 

Al-Zahabi juga kata, semasa umurnya tua, hafalannya semakin teruk.

 

Dalam erti kata lain, dia adalah perawi ikhtilat yang batasan riwayatnya tidak boleh diterima semenjak dia hijrah ke Baghdad.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi siqah lagi sahih. Namun, riwayatnya tidak diterima jika hadis yang dia riwayatkan itu semasa dia berada di baghdad.

 

ABU USAMAH (120H-201H)

ABU USAMAH (120H-201H)

 أَبُو أُسَامَةَ

 

Nama sebenarnya adalah HAMMAD BIN USAMAH BIN ZAID AL-QURASHI AL-KUFI. Dia pernah sampai di mekah dan kufah.

 

Hampir semua ulama hadis anggap dia siqah. Cuma, menurut MUHAMMAD BIN SA’AD (pengarang kitab AL-WAQIDI), bahawa dia seorang yang buat tadlis. Namun, dia akan jelaskan di manakah tadlis yang dia buat.

 

Dia adalah RIJAL AL-KUTUB AL-SITTAH, dan seorang perawi siqah lagi sahih.


IBN NUMAIR (199H)

 IBN NUMAIR (199H)

 ابْنُ نُمَيْرٍ

 

Nama betulnya adalah ABDULLAH BIN NUMAIR AL-HAMDANI, atau gelarannya adalah ABU HISHAM AL-KUFI.

 

Ulama kufah ini adalah Rijal al-Kutub al-Sittah. Dia siqah lagi sahih.

 

Thursday, March 31, 2022

MUSLIM BIN QURT AL-MADANI

 MUSLIM BIN QURT AL-MADANI

 مُسْلِمِ بْنِ قُرْطٍ المدني

 

Dia adalah perawi Abu Daud dan al-Nasaie. Dikatakan dia berasal dari Madinah.

 

Ibn Hibban letak dia dalam senarai al-Siqat sebagai atba’ al-Tabi’in.

 

Didapati tidak ada yang riwayatkan darinya selain Abu Hazim sahaja. Dengan sebab itu, dia dianggap MAJHUL AL-AIN.

 

Imam Al-Sayuti pula kata, tidak diketahui berkenaannya kecuali dia riwayatkan hadis dari Urwah sahaja.

 

al-Zahabi kata, tidak ma’ruf, sedangkan Al-Daraqutni kata, dia hasan.

ABU HAZIM (135/144H)

 ABU HAZIM (135/144H)

 أَبو حَازِمٍ

 

Nama sebenarnya adalah SALAMAH BIN DINAR AL-MADANI AL-MAKHZUMI. Dia adalah bekas hamba kepada al-Aswad bin Sufyan al-A’raj al-Madani.


Dia dilahirkan di era Abdullah bin al-Zubair dan Abdullah bin Umar.  Dia terkenal dengan ahli ibadat serta zuhud.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.

 

YAAQUB BIN ABDUL RAHMAN (181H)

 YAAQUB BIN ABDUL RAHMAN (181H)

 يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ

 

Nama penuhnya YAAQUB BIN ABDUL RAHMAN BIN MUHAMMAD BIN ABDULLAH AL-MADANI AL-ISKANDARANI. Dia juga dikenali dengan nama YAAQUB BIN ABDUL RAHMAN AL-QARI.

 

Dia dilahirkan di Madinah, dan pernah sampai ke Iskandariyyah. Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah kecuali Ibn Majah sahaja.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

SA’ID BIN MANSUR (227H)

 SA’ID BIN MANSUR (227H)

سَعِيدُ بْنُ مَنْصُور

 

Nama penuhnya SA’ID BIN MANSUR BIN SYU’BAH ABU OSMAN AL-KHURASANI AL-MARUZI AL-TALAQANI الطالقاني

 

Dia dilahirkan di Juzjan yang kini dalam wilayah Afganistan, dan banyak berada di Balkh (kini di Afghanistan) dan berhijrah ke Mekah dan meninggal di situ.

 

Dia adalah guru al-Bukhari, Muslim, Abi Daud, Malik dan Ahmad. Seorang yang terkenal dengan karya SUNAN SA’ID BIN MANSUR dan seorang mufassir.

 

Dia adalah seorang perawi siqah lagi sahih.

Wednesday, March 30, 2022

ABDULLAH BIN MAS’UD (31SH-32H)

 ABDULLAH BIN MAS’UD (31SH-32H)

 عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ

 

Antara sahabat yang dilahirkan di Mekah. Dia adalah sahabat yang ke-23 terawal memeluk Islam, iaitu semasa di Mekah.

 

Di awal dia memeluk Islam, dia adalah orang yang mula-mula baca al-Quran secara kuat di hadapan Quraish semasa di mekah.

 

Masa hijrah ke Madinah, Nabi saudarakan dia dengan beberapa orang; (1) Zubair bin al-Awwam, (2) Anas bin Malik, (3) Mu’az bin Jabal, dan (4) Sa’ad bin Muaz.

 

Dia terlibat dua hijrah; hijrah ke Habsyah dan hijrah ke Madinah. Semasa di Madinah, dia terlibat dalam perang badar.

 

Badannya kurus, rendah, rambut tidak ada uban, mata nampak hitam sebab kerap menangis, dan terkenal dengan kemahiran dalam bidang al-Quran. Dalam hadis bahawa Abdullah bin Mas’ud pernah berkata:

وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ، مَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ إِلَّا أَنَا أَعْلَمُ أَيْنَ أُنْزِلَتْ، وَلاَ أُنْزِلَتْ آيَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ إِلَّا أَنَا أَعْلَمُ فِيمَ أُنْزِلَتْ، وَلَوْ أَعْلَمُ أَحَدًا أَعْلَمَ مِنِّي بِكِتَابِ اللَّهِ، تُبَلِّغُهُ الإِبِلُ لَرَكِبْتُ إِلَيْهِ

“Demi Allah bahawa tiada tuhan selainNya. Tidak turun sesuatu surah dari kitabullah kecuali aku pasti tahu di mana ia diturunkan; tidak turut satu ayat dari kitabullah kecuali aku tahu sebab apa ia diturunkan. Kalau aku tahu ada seseorang yang lebih mengetahui berkenaan Kitabullah berbanding aku, pasti akan tunggang unta untuk aku sampai kepada orang itu” (al-Bukhari, hadis no: 5002)

 

Dalam hadis diceritakan bahawa Nabi saw pernah suruh dia bacakan al-Quran kepada Baginda. Abdullah Bin Mas’ud berkata bahawa Nabi saw ada berkata kepada aku:

Al-Bukhari ada meriwayatkan;

 

«اقْرَأْ عَلَيَّ» قُلْتُ: آقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ؟ قَالَ: «فَإِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِي» فَقَرَأْتُ عَلَيْهِ سُورَةَ النِّسَاءِ، حَتَّى بَلَغْتُ: {فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا} [النساء: 41] قَالَ: «أَمْسِكْ» فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ

 “bacakan kepadaku” Aku berkata: “apakah layak aku bacakan al-Quran kepada kamu, walhal al-Quran diturunkan kepada kamu?” kata Nabi: Aku suka mendengar dari orang selainku membacanya”. Aku pun baca surah al-Nisa’ hingga sampai pada ayat: Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?” berkata Nabi: “berhenti”. Didapati berlinang air dari dua mata Nabi” (Al-Bukhari, hadis no: 4582| muslim, hadis no: 800)

 

Dalam hadis juga ada disebut bahawa Nabi puji bacaan Ibn Mas’ud. Ibn Majah riwayatkan;

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ، أَنَّ أَبَا بَكْرٍ، وَعُمَرَ، بَشَّرَاهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَقْرَأَ الْقُرْآنَ غَضًّا كَمَا أُنْزِلَ، فَلْيَقْرَأْهُ عَلَى قِرَاءَةِ ابْنِ أُمِّ عَبْدٍ»

Daripada Ibn Mas’ud bahawa Abu Bakar dan Umar memberi berita gembira kepadanya bahawa Rasulullah berkata: Barangsiapa yang mahu membaca al-Quran sama seperti ia diturunkan, maka hendaklah dia membacanya seperti bacaan Ibn Umm ‘Abd (Abdullah bin Mas’ud)” (Ibn Majah, hadis no: 138)


Pada Zaman Umar, dia disuruh agar tinggal di Kufah. Al-Bukhari kata, dia meninggal dunia di Madinah sebelum Saidina Osman. Ada pula kata, dia meninggal dunia di Kufah. 

ABDULLAH BIN AL-DAILAMIY (90H)

 ABDULLAH BIN AL-DAILAMIY (90H)

عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الدَّيْلَمِيِّ

 

Nama penuhnya adalah ABU BISYR (ada kata: ABU BUSR) ABDULLAH BIN AL-DAILAMIY BIN FAIRUZ AL-MAQDASI.

 

Seorang ulama Syam di era Tabiin yang pernah sampai ke Basrah, al-Dailam dan Palestine.

 

Namanya ada dalam kutub al-Sunan kecuali al-Bukhari dan muslim sahaja. Dia dianggap siqah oleh Ibn Ma’in, al-Ijli dan Ibn Hibban.

 

Dia adalah perawi siqah dan sahih.

YAHYA BIN ABI AMRU AL-SYAIBANI (63H-158H)

 YAHYA BIN ABI AMRU AL-SYAIBANI (63H-158H)

 يَحْيَى بْنِ أَبِي عَمْرٍو السَّيْبَانِيِّ

 

Ulama hadis berasal dari Ramallah, Palestine ini digelar sebagai ABU ZUR’AH AL-HIMSHI. Bahkan ada juga menyebut YAHYA BIN ZUR’AH.

 

Digelar AL-SAIBANI kerana nisbah kepada satu etnik arab dari keturunan SAIBAN BIN AL-GHAUS BIN SA’AD AL-SYAMI.

 

Dia adalah rijal Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah. Riwayatnya tidak didapati dalam al-Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi.

 

Dia adalah perawi sahih, tetapi sering mursal pada riwayat sahabat. Justeru itu, riwayatnya diterima kecuali jika dalam riwayat itu digambarkan dia ambil dari sahabat.

ISMAIL BIN ‘AYYASH (108H-181H)

ISMAIL BIN ‘AYYASH (108H-181H)

 اسماعيل ابْنُ عَيَّاشٍ

 

Ulama hadis dari syam ini, nama penuhnya adalah ABU ‘UTBAH ISMAIL BIN ‘AYYASH BIN SULAIM AL-HIMSHI الحمصي.

 

Ulama yang mensiqahkan dia adalah Imam al-Bukhari, Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Ma’in, Ibn ‘Adi dan kalangan ulama syam. Namun, penduduk al-Hijaz menganggap dia doif. Bahkan, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah meriwayatkan hadis darinya.

 

Dia diakui sabat semasa dia berada di Syam. Tetapi, selepas dia berpindah—keluar dari syam, didapati banyak berlaku idhtirab dan kesalahan pada riwayatnya. Dianggap sebagai ikhtilat.

 

Ini menurut apa yang disebut oleh ramai ulama hadis; antaranya adalah Abu Ahmad al-Hakim, Abu Ahmad bin ‘Adi al-Jurjani, Abu Ishaq al-Fazzari, Abu al-Qasim bin Bisykawal, Abu Bishr al-Dulabi, abu Bakar al-Baihaqi, Abu Ja’far al-‘Uqaili, Ibn al-Jawzi, Abu Hatim bin Habban al-Basti, Abu Zur’ah al-Razi, Ahmad bin Hanbal, al-Nasaie, Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Hakam bin Nafi’ al-Bahrani, al-Duhaim al-Dimasyqi, Ali bin al-Madini, Amru bin al-Fallas, al-Bukhari, Muhammad bin Abdullah al-Barqi, Osman bin Abi Syaibah, Yaaqub bin Syaibah al-Sadusi.

 

Justeru, riwayatnya sahih jika dia riwayatkan itu semasa dia di Syam. Tetapi, selepas dia berpindah dari Syam, maka hadisnya tidak boleh dibuat hujah.


HAYWAH BIN SYURAIH AL-HIMSHI (224H)

 HAYWAH BIN SYURAIH AL-HIMSHI (224H)

حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ الْحِمْصِيُّ

 

Nama penuh ABU AL-ABBAS HAYWAH BIN SYURAIH BIN YAZID AL-HADHRAMI AL-HIMSHI.

 

Dia adalah guru al-Bukhari dan Abi Daud, serta rijal al-Tarmizi dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

PERINGATAN: Ada satu lagi mempunyai nama HAYWAH BIN SYURAIH juga, tetapi nama penuhnya adalah ABU ZUR’AH HAYWAH BIN SYURAIH BIN SOFWAN AL-TUJIBI AL-MISRI.

 

Dia adalah orang mesir, sedangkan perawi ini adalah orang syam. Dia meninggal tahun 158 hijrah, sedangkan perawi ini meninggal tahun 224 hijrah.