Wednesday, March 30, 2022

HAYWAH BIN SYURAIH AL-HIMSHI (224H)

 HAYWAH BIN SYURAIH AL-HIMSHI (224H)

حَيْوَةُ بْنُ شُرَيْحٍ الْحِمْصِيُّ

 

Nama penuh ABU AL-ABBAS HAYWAH BIN SYURAIH BIN YAZID AL-HADHRAMI AL-HIMSHI.

 

Dia adalah guru al-Bukhari dan Abi Daud, serta rijal al-Tarmizi dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

 

PERINGATAN: Ada satu lagi mempunyai nama HAYWAH BIN SYURAIH juga, tetapi nama penuhnya adalah ABU ZUR’AH HAYWAH BIN SYURAIH BIN SOFWAN AL-TUJIBI AL-MISRI.

 

Dia adalah orang mesir, sedangkan perawi ini adalah orang syam. Dia meninggal tahun 158 hijrah, sedangkan perawi ini meninggal tahun 224 hijrah.

 

Tuesday, March 29, 2022

MUAZ BIN MUAZ BIN NASR (119H-196H)

 MUAZ BIN MUAZ BIN NASR (119H-196H)

 معاذ بن معاذ بن نصر

 

Dia digelar juga sebagai ABU AL-MUTSANNA المثني AL-BASRI. Ulama Basrah ini pernah menjadi Qadhi di Basrah pada era pemerintahan Harun al-Rashid.  Dia adalah bapa kepada Ubaidullah bin Mu’az.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi yang siqah lagi sahih.

UBAIDULLAH BIN MU’AZ (237H)

UBAIDULLAH BIN MU’AZ (237H)

 عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُعَاذٍ

 

Nama penuhnya UBAIDULLAH BIN MUAZ BIN MUAZ BIN NASR AL-TAMIMI AL-‘ANBARI العنبري ABU ‘AMRU AL-BASRI

 

Dia adalah guru Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Al-Nasaie ambil hadis darinya dengan perantara.

 

Menurut Abu Daud, dia hafal hadis lebih kurang 10 ribu hadis.


MUHAMMAD BIN YAHYA BIN ABI UMAR (243H)

 MUHAMMAD BIN YAHYA BIN ABI UMAR (243H)

 محمد بن يحي بن أَبِي عُمَرَ  العدني المكي الدراوردي

  

Nama penuhnya ABU ABDULLAH MUHAMMAD BIN YAHYA BIN ABI UMAR AL-‘ADNI AL-MAKKI AL-DARAWARDI

 

Dia meninggal di Mekah dan pernah sampai ke ‘Adan, Yaman sehingga menjadi qadhi di sana. Dia adalah guru di masjidil Haram.

 

Dia adalah guru kepada Muslim, al-Tarmizi dan ibn Majah. Al-Nasaie mengambil hadisnya dengan perantara.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

‘ABDAH BIN SULAIMAN (187H)

 ‘ABDAH BIN SULAIMAN (187H)

عَبْدَةُ بْنُ سُلَيْمَانَ

 

Nama penuhnya, ABDAH BIN SULAIMAN AL-KILABI ABU MUHAMMAD AL-KUFI.

 

Ulama dari Kufah ini adalah seorang yang terkenal sebagai ahli al-Quran. Dia diakui ramai sebagai perawi siqah dan sahih. Apatah lagi, dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.

AL-SYA’BI (21H-103H)

AL-SYA’BI (21H-103H)

 الشَّعْبِيِّ

 

Nama penuhnya adalah SYA’B HAMDAN ‘AMIR BIN SYURAHIL BIN ABDUN BIN ZI KIBAR AL-HIMYARI ABU ‘AMRU AL-HAMDANI AL-SYA’BI AL-KUFI. Dia juga dikenali dengan panggilan ABU AMRU dan ada juga dipanggil ‘AMIR AL-SYA’BI  عامر الشعبي

 

Dia dilahirkan di Kufah dan meninggal di tempat yang sama.

 

Para pengkaji berbeza pendapat berkenaan tarikh kelahirannya. Ada kata, dia dilahirkan pada tahun 16 Hijrah, ada kata tahun 20 hijrah, ada pula kata pada tahun 31 Hijrah.

 

Dia dilahirkan di era pemerintahan Umar bin al-Khattab. Dia pernah berkata: aku sempat jumpa 500 orang dari kalangan sahabat.

 

Dia pernah tinggal di Madinah beberapa bulan kerana lari dari AL-MUKHTAR BIN ABI UBAID atau dikenali AL-MUKHTAR AL-SAQAFI yang merupakan panglima perang pembela kematian Saidina Husain bin ‘Ali. Dia antara terlibat perlawanan terhadap pemerintahan AL-HAJJAJ BIN YUSUF AL-SAQAFI sehingga dia ditangkap dalam tragedy DIR AL-JAMAJIM (satu tempat antara basrah dan kufah) yang dikatakan gerakan pemberontakan untuk menjatuhkan dinasti Umawi. Namun, selepas itu dia dibebaskan oleh al-Hajjaj.

 

Dia adalah siqah dan juga terkenal dalam bidang fiqh, tambahan pula dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah

Dia terkenal meriwayatkan kisah-kisah dari ahli kitab yang memeluk islam yang disebut Israiliyat.

 

[] dia kata, dia pernah jumpa dengan 500 orang sahabat dan dengar hadis dari 48 orang dari kalangan mereka[49].

 

[] kutub sittah.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

(a)      Dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH & ramai lagi[50]

(b)     SUFYAN BIN UYAYNAH berkata: orang hebat di zaman masing-masing adalah IBN ABBAS, AL-SYA’BI DAN AL-SAURI[51].

(c)       MAK-HUL kata, aku tidak nampak ada orang yang lebih faqih berbanding AL-SYA’BI. Perkataan hampir sama disebut oleh ABU HUSOIN dan ABU MIJLAZ[52]

(d)     IBN MA’IN kata, mana-mana perawi yang diambil hadis oleh AL-SYA’BI, itu tandanya perawi itu siqah dan boleh dibuat hujah.

(e)      AL-JILI kata, mursal AL-SYA’BI adalah sahih[53].

(f)          AL-ZAHABI kata, dia adalah Imam faqih mutqin sabat

(g)      AL-ASQALANI kata, dia sabat faqih Fadhil.

(h)     IBN SIRIN kata, aku sampai di kufah, aku dapati al-Sya’bi ada halakah ilmu yang ramai, walhal ketika itu sahabat nabi masih ramai lagi.

(i)           AL-HAKIM kata, dia tidak mendengar hadis dari ABDULLAH BIN MAS’UD, walaupun dia pernah melihat sahabat nabi besar itu.

SOLEH BIN SOLEH AL-HAMDANI (153H)

 SOLEH BIN SOLEH AL-HAMDANI (153H)

صَالِحِ بْنِ صَالِحٍ الْهَمْدَانِيِّ

 

Nama penuhnya SOLEH BIN SOLEH BIN MUSLIM BIN HAY AL-HAMDANI. Gelaran AL-HAMDANI adalah nisbah kepada satu keturunan arab dari Kufah yang bernama SAUR HAMDAN ABI HAY AL-KUFI.

 

Ahmad bin Hambal kata, gelarannya adalah ABU AL-HASAN AL-HAMDANI dan anggap dia siqah. Ibn Hibban pula kata, gelarannya adalah Abu Hayy, iaitu dari keturunan SAUR HAMDAN.

 

Dia tinggal di Kufah dan bekerja sebagai muazzin. 

 

Dia adalah Rijal Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasaie dan Ibn Majah. Tarmizi riwayatkan hadis darinya secara mutaba-ah sahaja.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

HUSYAIM BIN BASYIR AL-SULAMI (104H-183H)

 HUSYAIM BIN BASYIR AL-SULAMI (104H-183H)

هُشَيْمٌ بن بشير السلمي

 

Nama penuhnya HUSYAIM BIN BASYIR BIN ABI KHAZIM QASIM BIN DINAR AL-SULAMI AL-WASITI.

 

Gelarannya adalah ABU MUAWIYYAH AL-WASITI, yang al-Wasiti itu nisbah satu tempat bernama Wasit di Iraq.

 

Dia dilahirkan di Wasit, Iraq yang merupakan gelaran al-Wasiti kepadanya, dan meninggal di tempat yang sama di era pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid dan dikebumikan di tanah perkuburan al-Khaizuran.

 

Dia adalah salah seorang Rijal al-Kutub al-Sittah, tetapi al-Zahabi, Ahmad, al-‘Ijli, al-Jurjani, Abu Hatim bin Habban al-Basti, al-Nasaie, al-Jili dan al-Asqalani; semua mereka ini kata bahawa dia banyak melakukan tadlis dan mursal khafiy.

 

Ada pula mendakwa, dia hanya tertohmah sebagai mudallis, seperti dakwaan Yahya bin Hasan al-Tunisi dan Amru bin ‘Asim.

 

Walaubagaimana pun, menurut al-Khatib al-Baghdadi bahawa hadis beliau yang tadliskan itu, pasti akan ada mutaba-ahnya.

 

Dia adalah perawi siqah dan sahih.


KOMENTAR POSITIF;

a.            Rijal kutub sittah.

b.           WAHB BIN JARIR kata kepada SYU’BAH: layak kami tulis hadis dari Hushaim? Jawab: Ya. Jika dia cerita hadis Ibn Umar, maka percayalah padanya.

c.             ABDUL RAHMAN BIN MAHDI kata, dia orang yang paling hafal hadis SUFYAN AL-SAURI.

d.           YAZID BIN HARUN kata, aku tidak pernah jumpa orang yang paling banyak hafal hadis Sufyan kecuali Husaim.

 

[] PERTENGAHAN;

e.            ZAHABI kata, dia adalah kepala dalam hafalan. Cuma, dia banyak tadlis dan orang tahu hal itu.

f.               IJLI kata, dia siqah, dihitung dari kalangan penghafal hadis. namun, dia tadlis.

 

[] NEGATIF;

g.            AHMAD kata, hisham tidak dengar hadis dari YAZID BIN ABI ZIYAD, AL-HASAN BIN UBAIDULLAH, ABI KHALID, SIYAR, MUSA AL-JUHANI, ALI BIN ZAID BIN JAD’AN. Dia riwayatkan hadis mereka secara tadlis.

 

[] namanya diulang sebut untuk kali ke-3, iaitu hadis ke-58, 93 dan 160

YAHYA BIN YAHYA (142H-226H)

 YAHYA BIN YAHYA (142H-226H)

يَحْيَى بْنُ يَحْيَى

 

Nama penunya YAHYA BIN YAHYA BIN BUKAIR BIN ABDUL RAHMAN AL-TAMIMI AL-HANZALI. Dia adalah bekas hamba kepada Abu Zakaria al-Naisaburi.

 

Dia dilahirkan di Naisabur (kini dalam wilayah Iran), dan meninggal dunia di tempat yang sama. Dia pernah sampai ke Hijaz, Iraq, Syam dan Mesir.

 

Al-Zahabi menjolokinya sebagai Syaikhul Islam dan ‘Alim Khurasan.

 

Dia adalah Guru Imam Bukhari dan Muslim serta Rijal al-Tarmizi. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

Sunday, March 27, 2022

ZAKARIA BIN ISHAQ (150H)

 ZAKARIA BIN ISHAQ (150H)

زَكَرِيَّا بْنُ إِسْحَاقَ

 

Ulama Mekah ini adalah rijal al-Kutub al-Sittah, bahkan dianggap siqah oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Ma’in, Ibn Hibban dan Ibn Sa’ad.

 

Walaubagaimana pun, Ibn Ma’in menyatakan bahawa ada beberapa pandangannya bersifat qadariyyah.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih, dan riwayatnya diterima selama tidak ada unsur-unsur menegakkan fahaman Qadariyyyah.

RAWH BIN UBADAH (207H)

 RAWH BIN UBADAH (207H)

رَوْحُ بْنُ عُبَادَةَ

 

Nama penuhnya adalah ABU MUHAMMAD RAWH BIN UBADAH BIN AL-‘ALA’ العلاء BIN HASSAN حسان BIN AMRU BIN MARSAD AL-QISI AL-BASRI.

 

Dia dilahirkan di basrah dan meninggal di tempat yang sama. Dia pernahs ampai ke Baghdad.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, bahkan turut sama meriwayatkan darinya adalah Syu’bah, al-Awzaie dan Malik.

 

Terdapat sedikit TAJRIH terhadapnya adalah seperti kata al-Nasaie bahawa dia tidak kuat, dan Abu Hatim al-Razi kata, bahawa dia tidak boleh dibuat hujah.

 

Walaubagaimana pun, Ahmad bin Furat menyatakan bahawa di sana terdapat 12 hingga 13 tohmahan terhadap Rawh, tetapi semua itu tidak benar.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

SAHABAT: ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-AS (27SH-65H)

 SAHABAT: ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-AS (27SH-65H)

 عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو

 

Sahabat Nabi ini dilahirkan di mekah. Dia adalah anak sulong kepada sahabat Nabi yang terkenal, iaitu Amru bin al-As.

 

Dia ada kebolehan memahami dan bertutur dalam Siryani (Bahasa kitab injil dan taurat).

 

Dia masuk Islam di Mekah pada tahun ke 7 hijrah, iaitu sebelum bapanya memeluk islam (8H)

 

Selepas memeluk Islam, dia berhijrah ke Madinah, iaitu sebelum bapanya datang ke Madinah.

 

Dia terkenal sebagai orang yang suka mencatat. Dengan itu, dia ada satu yang disebut الصحيفة الصادقة iaitu himpunan catatan apa yang dia dengar dan lihat dari Nabi saw.

 

Semasa perang siffin, dia berpihak kepada Muawiyyah, itupun atas arahan bapanya. Dan dia taat itu sebab dalam hadis bahawa Nabi saw suruh seseorang anak taat kepada bapanya.

 

Namun, semasa perang, dia hanya hadir tanpa melakukan sebarang perkara yang melibatkan perang. Bahkan selepas kejadian perang, dia menampilkan penyesalan kerana turut hadir sama.  

 

Penyesalannya itu dapat diketahui melalui satu ucapan dia: “Demi Allah, aku berharap bahawa aku mati 10 tahun sebelum kejadian Siffin. Demi Allah, aku tidak hayunkan pedang langsung, tidak menikam dengan tombak langsung, tidak memanah langsung. Aku berharap aku tidak hadir. Aku minta ampun dengan Allah dan bertaubat kepadaNya”

 

Dia antara orang yang terlibat dalam sejarah pembukaan Syam. Bahkan, terlibat sama dengan bapanya membuka Mesir.

 

Pada tahun 41 hijrah, Muawiyyah lantik dia jadi gabenor Kufah. Selepas bapanya meninggal, Muawiyyah lantik dia ganti bapanya menjadi gabenor Mesir.

 

Para ulama tidak sepakat berkenaan tempat dia meninggal. Ada kata, di Asqalan (Palestine); ada kata di Mesir; ada kata, di Taif; ada kata, di Syam.

 

Menurut ceritanya, sebelum dia meninggal, dia ditimpa sakit mata sehingga buta.

MUKHADRAM: ABU SALIM AL-JAISYANI (80H)

 MUKHADRAM: ABU SALIM AL-JAISYANI (80H)

 أَبو سَالِمٍ الْجَيْشَانِيِّ

 

Nama sebenarnya SUFYAN BIN HANI’ AL-MISRI. AL-JAISYANI adalah nama satu kabilah arab dari Yaman—dia mendapat gelaran itu kerana asal keturunannya dari Yaman.

 

Ramai dakwa bahawa ulama kelahiran Mesir ini adalah MUKHADRAM.

 

Dia meninggal Iskandariyah, Mesir di era pemerintahan Abdul Aziz bin Marwan.

 

Dia bersama dengan Amru bin al-As, Syarik bin Summiy al-Muradi dan Maslamah bin Mukhallad dihantar oleh Saidina Umar ke Mesir untuk agenda pembukaan Mesir.

 

Dia adalah rijal Muslim, Abu Daud dan al-Nasaie. Tidak didapati riwayatnya dalam al-Bukhari, al-Tarmizi dan Ibn Majah.

 

Dia salah seorang perawi yang sahih.