Wednesday, March 2, 2022

SUFYAN BIN UYAYNAH BIN ABI IMRAN MAIMUN AL-HILALI (107H-198H)

 SUFYAN BIN UYAYNAH BIN ABI IMRAN MAIMUN AL-HILALI (107H-198H)

سفيان بن عيينة بن ابي عمران ميمون الهلالي

  

Dilahirkan di Kufah, kemudian berhijrah ke Mekah dan meninggal di situ. Mula belajar hadis sewaktu umur 12 tahun.

 

Imam Syafie pernah memuji dengan berkata:

لولا مالك وسفيان لذهب علم الحجاز

“kalau tidak kerana malik dan Sufyan, sudah pasti tidak ada ilmu di hijaz”

 

Ada pihak menyatakan bahawa dia seorang mudallis. Tetapi, menurut ramai ulama hadia seperti Abu al-Fath al-Azdi, al-Asqalanu dan al-Bazzar bahawa mudallis Sufyan bin Uyaynah boleh diterima kerana dia tidak akan mudallis kecuali dari perawi siqah.

 

Ahmad bin Hanbal ada berkata, semua hadis riwayat Sufyan tidak menjadi sebarang masalah kecuali jika dia riwayatkan hadis penduduk hijaz dan kufah dalam beberapa hal. Seakan-akan Ahmad memberitahu, riwayat Sufyan dari penduduk Kufah dan Hijaz ini tidak terus diterima dan ditolak, tetapi perlu diteliti terlebih dahulu.

 

Ibn Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa di akhir umurnya dia ada ikhtilat yang menurut Muhammad bin Ammar al-Musili, ia berlaku dalam lingkungan tahun 97H. Namun begitu, Ibn Hajar akui bahawa dia siqah, hafiz serta faqih.

 

Dia bukan sekadar dihormati dalam kalangan ulama sunni, bahkan turut dihormati oleh ulama-ulama syiah sehingga dianggap sebagai Ashab al-Imam Ja’far al-Sodiq.

 

Dia adalah salah seorang dari Rijal Kutub al-Sittah


*** 



SUFYAN BIN UYAYNAH BIN MAIMUN AL-HILALI (107H-198H)

سُفْيَانُ بن عُيَيْنَةَ بن ميمون الهلالي

 

Dilahirkan di Kufah dan meninggal di Mekah. Dia pernah sampai di Syam. Salah seorang ulama hadis yang terkenal.

 

Terdapat beberapa TAJRIH terhadap beliau seperti berikut:

 

Pertama, ada ramai mendakwa bahawa dia seorang mudallis. Namun, tadlis yang dia lakukan tidak mencacatkan hadis kerana dia tidak akan tadlis kecuali dari perawi yang siqah.

 

Antara yang mengatakan sebegitu adalah Abu al-Fath al-Azdi, Abu Bakar al-Bazzar, Abu Hatim bin Habban al-Basti, Ibn Hajar al-Asqalani, Sabt bin al-‘Ajmi.

 

Kedua, dikatakan bahawa pada tahun 197 hijrah, berlaku ikhtilat pada dirinya. Hal ini disebut oleh Muhammad bin ‘Ammar al-Mosili. Turut mengakui hal itu adalah Yahya bin Sa’id al-Qattan. Bahkan, Yahya berpesan bahawa riwayat dia selepas dari tahun tersebut tidak boleh diterima.

 

Namun begitu, hal tersebut dibantah oleh Ibn hajar al-Asqalani dan al-Zahabi.

 

Beliau adalah rijal kutub al-Sittah.


*** 


[] SUFYAN BIN UYAYNAH BIN ABI IMRAH MAIMUN AL-HILALIY @ ABU MUHAMMAD AL-A’WAR AL-KUFI[1] (107H[2] - 198H[3])

 

[] dia tinggal Kufah, kemudian berpindah ke Mekah[4] pada tahun 63 hijrah dan tinggal di Mekah sehingga dia meninggal dunia[5].

 

[] AL-IMAM SYAFIE kata:

 

لو لا مالك وسفيان لذهب علم الحجاز

Kalau tidak kerana Malik dan Sufyan, pasti tidak ada ilmu di hijaz[6]

 

[] IBN AL-MADINI bertanya YAHYA BIN SAID: Wahai Abu Said, sufyan adalah imam dalam al-hadis.

 

Jawab Yahya: Sufyan adalah imam dalam hadis semenjak 40 tahun lagi[7].

 

[] Dia diangkat juga oleh SYIAH;

A.                  Dianggap salah seorang ASHAB IMAM JA’FAR AL-SODIQ.

B.                  MUHAMMAD BIN YAAQUB AL-KULAINI meriwayatkan lebih kurang 20 riwayat darinya.

C.                  ALI BIN IBRAHIM AL-QUMMI anggap dia siqah.

D.                 IBN DAUD AL-HULLI kata, dia mamduh.

 

[] KELOMPOK SYIAH YANG TOLAK DIA;

A.                  IBN AL-MUTOHHAR AL-HULLI kata, dia bukan dari ashab kami.

B.                  IBN TAUS kata, sufyan bin Uyaynah dan Sauri, kedua-dua mereka bukan dari kalangan kami.

C.                  AL-KUSSYI mencela dia.

D.                 AL-MAJLISI anggap dia pemalsu hadis.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  ALI BIN ADAM kata, dia siqah, hafiz, faqih, imam, hujah kecuali dia ada berubah hafalannya di akhir umurnya. Dia kadangkala tadlis, tetapi tadlis dari para siqah[8]. Menurut YAHYA BIN SAID AL-QATTAN, dia mula ikhtilat pada tahun 197 hijrah. Sesiapa yang dengar hadis darinya selepas dari tahun itu, hadisnya tidak berguna[9].

B.                  AL-IJLI kata, dia kufi siqah sabat dalam hadis, hasan al-hadis, dianggap hukama’ dari kalangan ulama hadis[10].

C.                  BAIHAQI kata, dia siqah, hafiz, hujah.

D.                 ABU HATIM AL-RAZI kata, siqah, imam. Orang yang sabat dengan hadis AL-ZUHRI adalah MALIK, IBN UYAYNAH. Dia amat tahu hadis AMRU BIN DINAR, dia ambil dari SYU’BAH.

E.                  AL-HAKIM AL-NAISABURI kata, dia hafiz, siqah, sabat.

F.                   DARAQUTNI kata, dia siqah. Waktu lain kata, dia hafiz, siqah.

G.                 ZAHABI kata, dia salah seorang imam siqah, sabat, hafiz, imam. Di waktu lain kata, salah seorang imam islam.

H.                 ABDUL RAHMAN BIN MAHDI kata, dia manusia yang amat tahu berkenaan hadis penduduk Hijaz.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN;

I.                    AHMAD kata, orang yang paling sabat berkenaan hadis AMRU BIN DINAR, hafiz, ada silap pada hadis yang dia ambil dari penduduk kufah, dia ada buat salah pada hadis penduduk hijaz.

J.                    AL-JILI kata, dia siqah, sabat pada hadis.

ASQALANI kata, dia siqah, hafiz, faqih, imam, hujah, TETAPI hafalannya berubah dekat dengan saat kematiannya. Kadangkala dia tadlis tetapi dari para siqah. Dia orang yang amat sabat berkenaan AMRU BIN DINAR.


[1] Mursyid:1/88

[2] Sepertimana yang diriwayatkan oleh IBN AL-MADINI dan ABDUL RAHMAN BIN BISYR BIN AL-HAKAM yang ambil dari SUFYAN. (masyariq:1/188)

[3] Menurut al-Waqidi, dia meninggal pada hari sabtu, hari pertama dalam bulan rejab tahun 198 hijrah. (Masyariq:1/189)

[4] Masyariq:1/188

[5] Masyariq:1/189

[6] Masyariq:1/188

[7] Masyariq:1/188

[8] Masyariq:1/188

[9] Masyariq:1/189

[10] Masyariq:1/188

 


MUHAMMAD BIN YAHYA BIN ABI UMAR AL-‘ADANI (243H)

 MUHAMMAD BIN YAHYA BIN ABI UMAR AL-‘ADANI (243H)

محمد بن يحي بن ابي عمر العدني المكي

 

Meninggal di Mekah dan pernah tinggal di Yaman. Dia adalah guru kepada  Muslin, al-Tarmizi dan Ibn Majah.

 

Dakwaan tajrih: Abu Hatim kata, ada hadis palsu yang Ibn Uyaynah ambil dari dia. Dalam pada itu, Abu hatim akui bahawa dia seorang Soduq.

Monday, February 28, 2022

ABAN BIN SOLEH (60H-115H)

 ABAN BIN SOLEH (60H-115H)

أَبَانَ بْنِ صَالِحٍ

 

Dia dilahirkan di mekah, dan meninggal di ‘Asqalan (Palestine).

 

Terdapat beberapa kritikan terhadapnya, seperti Ibn Abd al-bar kata, dia doif. Justeru, sebarang hadis yang Aban bin Soleh ambil dari Jabir bin Abdillah perlu ditolak. Ibn Hazm pula kata, Aban bin Soleh adalah Majhul.

 

Walaubagaimana pun, pendapat Ibn Abd al-Bar dan Ibn Hazm ini dibantah oleh al-Asqalani dan anggap Ibn Abd al-Bar salah membuat kesimpulan terhadap Aban.

  

Ibn Hibban, Ibn Ma’in, Abu Hatim al-Razi dan Abu Zur’ah al-Razi anggap Aban sebagai siqah.

 

Rijal Abi Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan nasaie.

 

Dalam sahih al-Bukhari dan Muslim, nama Aban hanya diriwayatkan secara mutaba-ah dan ta’liq sahaja.

MUHAMMAD BIN ISHAQ (80H-151H)

 MUHAMMAD BIN ISHAQ (80H-151H)

مُحَمَّدَ بْنَ إِسْحَاقَ

 

Dia adalah ulama yang terkenal mengarang kitab Sirah Ibn Ishaq. Dilahirkan di Madinah dan meninggal dunia di Baghdad.

 

Nama penuhnya adalah Muhammad bin Ishaq bin Yasar. Menurut Al-Zahabi kata, dia pernah jumpa Anas bin Malik dan Ummu Sa’ad bin Sa’ad al-Ansariyyah. Bapa saudaranya adalah seorang ulama hadis terkenal, bernama Musa bin Abdul Rahman. Atuknya, Yasar dikatakan berasal dari Kristian yang kemudian memeluk islam.

 

Tahun 115 H, dia sampai ke iskandariyyah (Mesir) untuk belajar dari Yazid bin Abi Habib. 

 

Ibn Ishaq ini mendapat beberapa kritikan berikut;

 

[a] Ibn hajar mengatakan bahawa dia seorang yang cenderung kepada syiah dan berfahaman Qadariyyah.

 

[b] Ibn Hajar juga kata, dia ada melakukan tadlis.

 

[c] menurut al-Daraqutni, Imam malik menyatakan bahawa hadis Ibn Ishaq dan bapanya tidak boleh dibuat hujah. Bahkan, Imam malik pernah kata, dia adalah Dajjal dari kalangan para dajjal.

 

Namun begitu, di sana terdapat beberapa pujian terhadap Ibn Ishaq seperti berikut;

 

[a] Imam Syafie mengatakan, “sesiapa yang mahu mendapat keluasan ilmu berkenaan maghazi, maka itu boleh belajar dari Muhammad bin Ishaq.

 

[b] Ibn Hibban dan Abu Ya’la al-Khalili mengatakan bahawa Ibn Ishaq mempunyai keluasan ilmu dan siqah. Abu Zur’ah al-Razi pula menyatakan bahawa Ibn Ishaq adalah Soduq.

 

Imam Abu Daud, Tarmizi, nasaie dan Ibn Majah meriwayatkan hadis Ibn Ishaq.

 

Dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Imam al-Bukhari tidak mengkritik Ibn Ishaq. Namun, apabila dilihat dalam sahih al-Bukhari, nama Ibn Ishaq hanya berada dalam Mutaba-ah dan ta’liq sahaja. Imam Muslim juga menggunakan pendekatan yang sama.

 

JARIR BIN HAZIM AL-AZDI (170H)

 JARIR BIN HAZIM AL-AZDI (170H)

 جرير بن حازم الأزدي

 

Dia adalah Tabiin yang dilahirkan di basrah dan meninggal dunia di Mesir.

 

Dia orang yang paling akhir ambil hadis dari Abu Tufail ‘Amir bin Wasilah (sahabat yang paling akhir mati di Madinah

 

Ada beberapa kritikan terhadap beliau adalah seperti berikut;

 

[a] Sebelum dia meninggal dunia, dia ada ikhtilat. Tetapi, semasa dia ikhtilat itu, tidak ada satu hadis pun orang riwayatkan hadis yang dia riwayatkan secara ikhtilat. Antara mengatakan begitu adalah Abu al-Qasim, al-Asqalani, al-Zahabi dan Abdul Rahman bin Mahdi. Abu Hatim al-Razi kata, ikhtilat itu berlaku setahun sebelum kematiannya.

 

[b] Abu al-Fath al-Azdi menyatakan bahawa dia adalah maqlubah pada beberapa hadis. Abu Hatim al-Basti kata, dia silap itu kerana kebanyakkan hadis yang dia riwayatkan itu secara hafazan. Abu Daud pula menyatakan, dia nyanyok sebelum kematiannya itu sehingga dia pun tidak kenal anaknya sendiri.

 

[c] Imam al-Tarmizi menyatakan bahawa dia kadangkala waham. Namun, al-Tarmizi tetap akui bahawa dia Sadoq. Turut memberi komentar yang sama adalah al-Imam al-Bukhari. Ahmad bin Hambal pula kata, dia banyak buat silap dan tidak kuat hafalannya. Dalam pada mengakui bahawa dia siqah, Al-Asqalani kata, hadis yang dia riwayatkan secara hafalan mengandungi waham.

 

Pun begitu, tidak sedikit dalam kalangan ulama yang menganggap dia siqah, seperti al-Bazzar, al-Nasaie, Ahmad bin Soleh al-Jili, Ahmad bin Soleh al-Misri, al-Daraqutni, Syu’bah bin al-Hajjaj, Ibn Madini, ‘Ali bin Osman, Yahya bin Main. Bahkan, dia salah seorang rijal kutub Sittah.

ABU AL-ABBAS WAHB BIN JARIR BIN HAZIM AL-AZDI AL-BASRI (139H-206H)

 ABU AL-ABBAS WAHB BIN JARIR BIN HAZIM AL-AZDI AL-BASRI (139H-206H)

ابو العباس وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ ابن حازم الأزدي البصري

 

Seorang Ulama hadis dari Basrah dan meninggal dunia dalam perjalanan pulang dari buat ibadat Haji ke Basrah, iaitu di tempat bernama al-Manjasyaniyyah. Menurut ceritanya, jenazahnya di bawa pulang ke Basrah dan ditanam di sana.

 

Ramai ulama rijal mengatakan bahawa dia siqah kecuali segelintir sahaja yang mengtajrih beliau, seperti Abu Hatim bin Habban al-Basti kata, dia ada buat silap. Walaubagaimana pun, dia adalah rijal kutub Sittah.

ABU BAKAR MUHAMMAD BIN BASYSYAR BUNDAR (167H-252H)

 

مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ

[] MUHAMMAD BIN BASYSYAR BIN OSMAN BIN DAUD BIN KAISAN AL-‘ADBI @ ABU BAKAR AL-HAFIZ AL-BASRI @ BUNDAR (167H –  252H[1])

 

[] Dia dilahirkan di tahun HAMMAD BIN SALAMAH meninggal dunia. Hammad meninggal tahun 167 Hijrah[2].

 

[] Dilahirkan di Basrah dan membesar di situ. Selama ibunya masih hidup, dia tidak keluar dari basrah. Selepas ibunya meninggal dhnia, dia pun jelajah mencari ilmu. Dia pernah berkata;

 

أردت الخروج فمنعتني أمي، فأطعتها، فبورك لي فيه

Aku mahu keluar (dari basrah), tetapi ibu aku melarang. Aku pun taat ibuku. Aku pun diberikan keberkatan dengan sebab ketaatan itu”

 

[] Salah seorang dari 9 orang guru hadis kepada imam sittah yang ambil hadis tanpa perantara.

 

[] IBN KHUZAIMAH kata: aku dengar BUNDAR kata bahawa aku berbeza dengan YAHYA BIN SAID AL-QATTAN (110H – 178H) lebih dari 20 tahun.

 

[] ABU DAUD kata, aku tulis hadis dari Bundar lebih kurang 50 ribu hadis[3]. AL-BUKHARI ambil hadis darinya sebanyak 250 hadis dalam sahihnya. Muslim pula, ambil sebanyak 460 hadis dalam sahihnya.

 

[] IBN KHUZAIMAH kata bahawa BUNDAR berkata: kamu tidak duduk dalam majlis aku ini kecuali kamu hafal semua hadis yang aku keluarkan

 

[] KOMENTAR;

A.                  Kutub sittah.

B.                  AL-IJLI kata, dia penduduk basrah yang siqah dan banyak riwayat hadith.

C.                  ABU HATIM kata, dia soduq.

D.                 AL-NASAIE kata, dia soleh dan لا بأس به

E.                  IBN HIBBAN sebut namanya dalam al-Siqaat. Katanya, dia hafiz hadis dan dia baca hadis berdasarkan hafalannya.

F.                   IBN KHUZAIMAH kata, telah menceritakan kepada kami imam pada zamannya, iaitu MUHAMMAD BIN BASYSYAR.

G.                 AL-BUKHARI kata dalam sahihnya, aku tulis BUNDAR, dia menyebut hadis secara sanad. Kalau tidak kerana bersangatan siqahnya, pasti dia riwayatkan hadis secara mukatabah.

H.                 AL-DARAQUTNI kata, dia dari kalangan huffaz asbat.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

I.                    ABU HAFSH AL-FALLAS bersumpah bahawa BUNDAR seorang pembohong apabila dia riwayatkan hadis dari YAHYA

J.                    IBN MA’IN anggap dia doif.

ABU AL-FATH kata, ramai manusia menulis berkenaan BUNDAR dan menerimanya. Tetapi, mereka tidak kemukakan komentar YAHYA BIN MA’IN dan AL-QAWARIRIY yang mentajrihkannya. Aku tidak nampak seorangpun menyebut berkenaan Bundar kecuali yang baik sahaja


[1] Sepertimana dalam riwayat al-Bukhari – masyariq:1/114

[2] Mashyariq:1/114

[3] Mashyariq:1/114


Sunday, February 27, 2022

WASI’ BIN HABBAN

 WASI’ BIN HABBAN

وَاسعِ بْنِ حَبَّانَ

 

Bapa saudara kepada Muhammad bin Yahya bin Habbban. Al-Asqalani kata, dia adalah sahabat. Hal ini kerana, ada riwayat kata, dia terlibat dalam Bai’ah Ridhwan—semasa perjanjian Hudaibiyyah bersama adiknya, Sa’ad bin Habban.

 

Di tempat lain pula, al-Asqalani kata, dakwaan bahawa dia adalah sahabat adakah tidak tidak sahih. Al-Ijli mengatakan, dia sekadar Tabiin sahaja.

 

Bapanya adalah HABBAN BIN WASI’ BIN HABBAN BIN MUNQIZ BIN AMRU AL-KHAZRAJI. Moyangnya, iaitu HABBAN BIN AL-MUNQIZ adalah sahabat Nabi yang terlibat dalam perang Uhud dan semua perang selepas itu; dia berasal dari kalangan orang ansar kabilah Khazraj.

 

Wasi’ menninggal dunia dalam perang Harrah, tahun 63H.

MUHAMMAD BIN YAHYA BIN HABBAN (47H-121H)

 

MUHAMMAD BIN YAHYA BIN HABBAN (47H-121H)

 مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ

 

Dilahirkan di Madinah dan meninggal dunia di tempat yang sama.

 

Seorang tabiin, dan banyak meriwayatkan hadis. Dia adalah salah seorang guru Imam malik yang terkenal dengan kefaqihan bahkan memberi fatwa.

 

Dia adalah Rijal Kutub al-Sittah dan diperakui ramai ulama sebagai siqah.