Wednesday, June 19, 2024

TSAUBAN BIN BUJDUD

 ثَوْبَانَ ((بن بجدد (bujdud), قيل: يجدد (قيل: جحدر: jahdarالسروي | ابو عبدالله القرشي الهاشمي | المدينة, مكة, حمص, الرملة, مصر | 54ه | الجماعة))

 

Menurut ibn Ruslan, dia adalah bekas hamba Nabi (Ruslan:1/625) KHITAB AL-SUBKI pula kata, dia adalah hamba yang asal dari satu tempat bernama السراة, iaitu satu tempat antara mekah dan yaman. Kemudian Nabi saw beli dia dan merdekakannya.


Nabi berkata kepadanya:

إن شئت أن تلحق بمن انت منهم فافعل، وإن شئت أن تثبت فانت منا اهل البيت

“jika kamu mahu bersama dengan asal keturunan kamu, silakan lakukan. Jika kamu mahu duduk bersama kami, kamu dianggap ahli bait kami juga.

 

Menurut riwayat, dia kekal bersama dengan nabi sehingga baginda wafat.

 

Selepas baginda wafat, dia pun berhijrah ke SYAM, kemudian ke RAMALLAH dan bina rumah di situ, kemudian ke MESIR dan bina rumah di situ, dan akhirnya ke HIMS dan meninggal di situ pada tahun 54 Hijrah (ada kata: 57 hijrah, iaitu di era pemerintahan ABDULLAH BIN QURT menjadi gabenor Hims di era pemerintahan Muawiyah) (manhal:1/298|Bazl:1/189)

 

Dia antara orang yang terlibat sama dalam sejarah pembukaan Mesir.


Menurut AL-KALBI, dia adalah sahabat yang dimaksudkan dalam ayat al-Quran berikut;

 

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا (69) - النساء

 

Kisah tersebut, diceritakan dalam beberapa buah kitab tafsir berikut;

 

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَداءِ وَالصَّالِحِينَ قَالَ الْكَلْبِيُّ: نَزَلَتْ فِي ثَوْبَانِ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ شَدِيدَ الْحُبِّ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَتَى ذَاتَ يَوْمٍ وَقَدْ تَغَيَّرَ لَوْنُهُ وَنَحَلَ جِسْمُهُ فَقَالَ: «يَا ثَوْبَانُ مَا غَيَّرَ لَوْنَكَ؟» فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا بِي مَرَضٌ وَلَا وَجَعٌ، غَيْرَ أَنِّي إِذَا لَمْ أَرَكَ اشْتَقْتُ إِلَيْكَ، وَاسْتَوْحَشْتُ وَحْشَةً شَدِيدَةً حَتَّى أَلْقَاكَ ثُمَّ ذَكَرْتُ الْآخِرَةَ فَأَخَافُ أَنْ لَا أَرَاكَ هُنَاكَ، لِأَنِّي أَعْرِفُ أَنَّكَ تُرْفَعُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَإِنِّي وَإِنْ كُنْتُ أَدْخُلُ الْجَنَّةَ كُنْتُ فِي مَنْزِلٍ أَدْنَى مِنْ مَنْزِلِكَ، وَإِنْ لَمْ أَدْخُلِ الْجَنَّةَ فَذَلِكَ حِينَ لَا أَرَاكَ أَبَدًا. انْتَهَى قَوْلُ الْكَلْبِيِّ. – البحر المحيط, 3\698

 

YAZID BIN SYURAIH AL-HADHRAMI

 يَزِيدَ بْنِ شُرَيْحٍ الْحَضْرَمِيِّ ((الحمصي الشامي الحمص |ع: حمص, الشام, حضرموت | 10ه – 110ه = 90 |المنسوب بالحضرمي علي انه من الحضرموت بلد بأقصي اليمن, قال بهضهم: النسبة الي القبيلة |  | اصحاب السنن الا النسائي))

 

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)   IBN RUSLAN dan AL-ZAHABI kata, dia seorang siqah dari kalangan الصلحاء (Ruslan:1/625)

(b)  Dianggap SIQAH oleh IBN HIBBAN, AL-BASTI

(c)    Ramai ulama kata, dia adalah penduduk syam yang soleh (manhal:1/298)

(d)  TAHRIR TAQRIB kata, soduq hasan al-hadis.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN;

(e)  AL-DARAQUTNI kata, dia muktabar. Iaitu, riwayatnya diterima jika ada mutaba-ah atau syawahid.

(f)      AL-DARAQUTNI kata lagi, jika dia riwayat hadis dari نعيم بن همام, maka itu mursal. Kerana, dia tidak pernah berjumpa dengan Nu’aim. (Bazl:1/189)

(g)   AL-ASQALANI kata, dia MAQBUL. Riwayatnya dari NUA’IM BIN HAMMAM secara mursal.

HABIB BIN SOLEH

 حَبِيبِ بْنِ صَالِحٍ ((الطائي |ابو موسي الحمصي الشامي الطائي, قيل: حبيب بن ابي موسي | العراق, الشام, حمص -م: العراق | اصحاب السنن الا النسائي | 147ه |

 

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)    Dianggap SIQAH oleh IBN HIBBAN, YAZID BIN ABD RABBIH, AL-ASQALANI, AL-ZAHABI dan AL-JUZAJANI

(b)  ABU DAUD kata, guru kepada HARIZ semuanya siqah (Habib salah seorang guru kepada HARIZ).

(c)    ABU ZUR’AH kata, dia terkenal di negaranya sebagai orang berilmu, mempunyai kelebihan tersendiri serta kami tidak tahu ada orang memburukkannya.

 

KOMENTAR NEGATIF;

(d)  ABU HATIM AL-RAZI kata, dia majhul.

 

ABI HAYYIL MUAZZIN

 أَبِي حَيٍّ الْمُؤَذِّنِ ((الحمصي | شداد بن حي الحمصي الشامي |1ه – 90ه = 90 | حبان: هو من اتباع | اصحاب السنن الا النسائي, البخاري في الأدب حديثا واحدا))

 

Ulama berbeza pendapat berkenaan statusnya:

(a)   Rata-rata mengatakan dia adalah ATBA’ AL-TABIIN.

(b)  AL-IJLI kata, dia seorang tabiin. (tasawwut:2/654)

KOMENTAR POSITIF;

(a)                   Dianggap siqah oleh AL-ZAHABI.

(b)                  AL-ASQALANI kata, dia soduq.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN;

(c)                    ABU HATIM AL-BASTI kata, kadangkala dia tersilap

 

[1] عَنْ ثَوْبَانَ ((بن بجدد (bujdud), قيل: يجدد (قيل: جحدر: jahdarالسروي | ابو عبدالله القرشي الهاشمي | المدينة, مكة, حمص, الرملة, مصر | 54ه | الجماعة))

 

Menurut ibn Ruslan, dia adalah bekas hamba Nabi (Ruslan:1/625) KHITAB AL-SUBKI pula kata, dia adalah hamba yang asal dari satu tempat bernama السراة, iaitu satu tempat antara mekah dan yaman. Kemudian Nabi saw beli dia dan merdekakannya.

 

Nabi berkata kepadanya:

إن شئت أن تلحق بمن انت منهم فافعل، وإن شئت أن تثبت فانت منا اهل البيت

“jika kamu mahu bersama dengan asal keturunan kamu, silakan lakukan. Jika kamu mahu duduk bersama kami, kamu dianggap ahli bait kami juga.

 

Menurut riwayat, dia kekal bersama dengan nabi sehingga baginda wafat.

 

Selepas baginda wafat, dia pun berhijrah ke SYAM, kemudian ke RAMALLAH dan bina rumah di situ, kemudian ke MESIR dan bina rumah di situ, dan akhirnya ke HIMS dan meninggal di situ pada tahun 54 Hijrah (ada kata: 57 hijrah, iaitu di era pemerintahan ABDULLAH BIN QURT menjadi gabenor Hims di era pemerintahan Muawiyah) (manhal:1/298|Bazl:1/189)

 

Dia antara orang yang terlibat sama dalam sejarah pembukaan Mesir.


Menurut AL-KALBI, dia adalah sahabat yang dimaksudkan dalam ayat al-Quran berikut;

 

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا (69) - النساء

 

Kisah tersebut, diceritakan dalam beberapa buah kitab tafsir berikut;

 

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَداءِ وَالصَّالِحِينَ قَالَ الْكَلْبِيُّ: نَزَلَتْ فِي ثَوْبَانِ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ شَدِيدَ الْحُبِّ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَتَى ذَاتَ يَوْمٍ وَقَدْ تَغَيَّرَ لَوْنُهُ وَنَحَلَ جِسْمُهُ فَقَالَ: «يَا ثَوْبَانُ مَا غَيَّرَ لَوْنَكَ؟» فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا بِي مَرَضٌ وَلَا وَجَعٌ، غَيْرَ أَنِّي إِذَا لَمْ أَرَكَ اشْتَقْتُ إِلَيْكَ، وَاسْتَوْحَشْتُ وَحْشَةً شَدِيدَةً حَتَّى أَلْقَاكَ ثُمَّ ذَكَرْتُ الْآخِرَةَ فَأَخَافُ أَنْ لَا أَرَاكَ هُنَاكَ، لِأَنِّي أَعْرِفُ أَنَّكَ تُرْفَعُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَإِنِّي وَإِنْ كُنْتُ أَدْخُلُ الْجَنَّةَ كُنْتُ فِي مَنْزِلٍ أَدْنَى مِنْ مَنْزِلِكَ، وَإِنْ لَمْ أَدْخُلِ الْجَنَّةَ فَذَلِكَ حِينَ لَا أَرَاكَ أَبَدًا. انْتَهَى قَوْلُ الْكَلْبِيِّ. – البحر المحيط, 3\698

ISMAIL IBNU A'BASH

((اسماعيل)) ابْنُ عَيَّاشٍ ((بن سليم العنسي الحمصي | عالم اهل الشام في عصره |حمص, بغداد, الشام, الكوفة | 108ه -  181ه = 73))


KOMENTAR POSITIF:

(a)   BISYKAWAL kata, dia siqah jika dia ambil hadis dari penduduk negerinya (syam).

(b)  ABU BASYAR AL-DULABI kata, apa yang dia ambil hadis dari penduduk syam, maka itu lebih sahih.

(c)    ABU DAUD kata, aku lebih suka dia berbanding FARJ BIN FUDHALAH.

(d)  AL-ZAHABI kata, seorang alim di syam serta salah seorang syaikh al-Islam.

(e)  YAZID BIN HARUN AL-AILI kata, aku tidak pernah jumpa orang syam dan Iraq yang lebih hafaz berbanding ISMAIL BIN ‘AYYASH.

(f)      ABU HATIM AL-RAZI kata, dia لين yang hadisnya ditulis. Aku tidak tahu seorang pun yang menolaknya kecuali ISHAQ AL-FAZZARI.

 

KOMENTAR NEGATIF;

(g)   ABU AHMAD AL-HAKIM kata, riwayatnya doif jika lain dari penduduk syam.

(h)  AL-UQAILI kata, apabila dia cerita hadis dari bukan penduduk syam, dia idhtirab dan salah.

(i)        AL-HAKIM AL-NAISABURI kata, dinisbahkan kepadanya buruk hafalan. Apabila riwayanya menyendiri, maka tidak diterima kerana buruk hafalannya.

(j)       AL-DARAQUTNI kata, dia mudhtarib al-hadisdoif dan matruk.

(k)   IBN KHUZAIMAH kata, dia tidak boleh dibuat hujah.

(l)        MUSLIM kata, jangan tulis hadis darinya, sama ada orang yang dikenali, atapun yang tidak dikenali.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN;

(m)        AL-JURJANI, ABU ZUR’AH AL-RAZI, DUHAIM AL-DIMASYQI, ZAKARIA BIN YAHYA AL-SAJI kata, hadisnya ditulis dan dibuat hujah jika dari penduduk syam sahaja. berlaku salah dan silap jika dia ambil hadis dari Iraq dan hijaz.

(n)  ABU ISHAQ AL-FAZZARI kata, jangan kamu catat hadis dari ISMAIL BIN AYYASH, sama ada hadis itu dia ambil dari perawi yang dia kenal atau tidak kenal. Apabila dia menceritakan hadis dari perawi selain penduduk syam, dia akan tersalah dan idhtirab. Ada ketika lain pula, AL-FAZZARI kata, tulislah hadis darinya, jika dia ambil dari perawi yang dikenali.

(o)  IBN AL-JAWZI dan ABU HATIM AL-BASTI kata, apabila umurnya semakin tua, hafalannya berubah dan banyak salah pada hadisnya.

(p)  AL-GHASSANI kata, dia ada ambil hadis dari orang tidak siqah. Jika dia ambil dari siqah, maka hadisnya juga siqah.

(q)  AL-ASQALANI kata, jika dia ambil hadis dari penduduk syam, maka dia soduq. Tetapi, selain dari itu, dia ikhtilat.

ABI HAZRAH

 أَبِي حَزْرَةَ ((قيل, ابو يوسف | يعقوب بن مجاهد المخزومي | مدني القرشي| قاضي بالمدينة | 150ه | ع: مدينة -م: اسكندارية | مسلم, ابو داود, الترمذي, البخاري في الأدب| وثقوه غير واحد((

 

KOMENTAR POSITIF; (manhal:1/295)

(a)   Dianggap SIQAH oleh AL-NASAIE, ABU HATIM AL-BASTI, AL-ZAHABI, IBN MADINI dan IBN HIBBAN.

(b)   ABU ZUR’AH kata, dia لا بأس به

(c)    IBN MAIN kata, dia صويلح الحديث

(d)  IBN SAAD kata, dia sedikit riwayatkan hadis.

(e)  AL-ASQALANI kata, dia soduq.

AL-ARQAM BIN ABD YAGHUS BIN WAHAB BIN ABDUL MANAF

 Bapanya adalah anak saudara kepada Aminah binti Wahab, Ibu Nabi saw

 

Nama penuh [1] AMINAH BINTI [2] WAHAB BINTI [3] ABDUL MANAF

 

Nama penuh bapanya; [1] AL-ARQAM BIN [2] ABD YAGHUS BIN [3] WAHAB BIN [4] ABDUL MANAF

 

Di zaman nabi, dia salah seorang penulis surat Nabi saw; iaitu banyak surat-surat yang nabi saw hantar kepada raja-raja dunia, nabi akan arahkan dia yang menulis surat tersebut. (Manhal:1/291)

 

Bahkan, dia juga ada penulis di era ABU BAKAR AL-SIDDIQ dan UMAR BIN AL-KHATTAB. (Bazl:1/185)

 

Dalam al-Siyar, al-Zahabi bawakan riwayat bahawa Saidina Umar pernah berkata:

ما رأيت أحدًا أخشى لله منه

 

Dengan sebab itu, pada era Saidina Umar, dia dilantik menjadi amil Baitul mal. Kemudian disambung jawatan itu di era pemerintahan Saidina Usman (tawassut:2/629)

 

Imam malik ada bercerita bahawa Osman telah haruskan kepadanya mendapat bayaran 30 ribu dirham wang dari Baitul Mal, tetapi dia tidak mahu terima. Dia berkata:

إنما عملت لله وأجري علي الله

“aku beramal kerana Allah, dan balasannya ditentukan oleh Allah” (Ruslan:1/620)

 

IBN HIBBAN kata dalam AL-SIQAT bahawa dia meninggal di mekah pada era pemerintahan YAZID BIN MUAWIYAH, iaitu tahun 64 hijrah. Jenazahnya disembahyangkan oleh ABDULLAH BIN ZUBAIR dan dia dikebumikan di HUJUN ketika dia berumur 62 tahun. (Tasawwut:2/630)

 

Pendapat IBN HIBBAN ini dibantah oleh WALIYUDDIN AL-IRAQI dengan hujah:

 

ABDULLAH BIN AL-ARQAM adalah salah seorang juru tulis Nabi saw. Jika dia meninggal pada waktu umur 62 tahun, pada tahun 64 hijrah, bermakna semasa Nabi saw wafat, umurnya baru 2 tahun. Sudah pasti tidak munasabah bahawa kanak-kanak baru umur 2 tahun pun sudah menjadi juru tulis Nabi saw. (Tasawwut:2/630)

 

Justeru, pendapat yang paling kuat adalah pendapat IBN SAKAN dan Al-BUKHARI bahawa dia meninggal di era pemerintahan Osman bin Affan. (Manhal:1/291|bazl:1/185)

 

Dalam Usud al-Ghabah, Ibn Atsir kata, bahawa sebelum dia meninggal dunia, matanya buta.