Sunday, May 28, 2023

MUHAMMAD BIN JAAFAR AL-HUZALI @ ABU ABDILLAH AL-BASRI @ GHUNDAR (193H)

 

مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ

[] MUHAMMAD BIN JAAFAR AL-HUZALI @ ABU ABDILLAH AL-BASRI @ GHUNDAR (193H[1])

 

[] Dia dipanggil غندر kerana dalam kalangan penduduk HIJAZ, perkataan GHUNDAR memberi maksud الشغب—rusuhan. Hal ini kerana, dia suka merusuh kepada IBN JURAIJ sehingga IBN JURAIJ kata kepadanya: اسكن يا غندر[2]

 

[] IBN MAIN kata, dia amalkan amalan berpuasa Nabi daud selama 50 tahun[3].

 

[] IBN MAIN kata lagi, aku jumpa dengan GHUNDAR. Dia cakap: aku tidak akan meriwayatkan hadis kepada kamu kecuali kamu berjalan di belakang aku. Penduduk Iraq nampak itu, lalu mereka muliakan aku[4].

 

[] AHMAD kata, dia lebih tua berbanding YAHYA BIN SAID AL-QATTAN[5]

 

[] Dia adalah cucu kepada isteri Syu’bah. Dia bermujalasah bersama Syu’bah selama 20 tahun[6]

 

[] Dia belajar hadis dari SYU’BAH selama kurang lebih 20 tahun. Dia kata: aku melazimi SYU’BAH selama 20 tahun. Aku tidak tidak pernah tulis hadis sepertimana aku tulis hadis dari SYU’BAH. Apabila aku tulis hadis darinya, aku akan tunjuk pula apa yang aku tulis itu kepadanya[7].

 

Ahmad kata, dia membentangkan balik kepada gurunya itu, kemungkinan dia seorang yang tidak cerdik. Justeru, dia sahih dari sudut catatan tetapi dia ada ghaflah.

                                                                                                                                       

[] Selain guru kepada BUNDAR, dia juga guru kepada AHMAD BIN HANBAL, ISHAQ, IBN MAIN, IBN AL-MADINI, ABU BAKAR BIN ABI SYAIBAH, OSMAN BIN ABI SYAIBAH dan sebagainya[8].

 

[] KOMENTAR

A.                  Kutub sittah[9].

B.                  Dianggap siqah oleh IBN SA’AD, AL-MUSTAMLI dan AL-IJLI.

C.                  ALI BIN ADAM kata, dia siqah sahih al-kitab kecuali dia ada sedikit lalai[10].

D.                 IBN MAIN kata, dia adalah orang yang paling sahih dari sudut catatan hadis. ada orang nak cari kesalahan, tetapi mereka tidak jumpa[11].

E.                  IBN AL-MADINI kata, selain ABDUL RAHMAN, dia adalah orang yang paling aku suka berkenaan SYU’BAH[12].

F.                   IBN MAHDI kata, kami ambil faedah dari kutub ghundar berkenaan SYU’BAH semasa dia masih hidup lagi[13].

G.                 WAKI’E kata, kitab GHUNDAR adalah yang paling hakam dalam kalangan mereka[14] dan dia adalah الصحيح الكتاب

H.                 ABU HATIM kata, dia soduq, dia muaddib. Hadis syu’bah darinya adalah siqah[15]

I.                    IBN HIBBAN kata, dia orang paling sahih kitab. Cuma ada sedikit ghaflah[16].

J.                    AL-IJLI kata, dia penduduk Basrah yang siqah. Dia adalah orang yang paling sabat hadis Syu’bah[17].

K.                  IBN MUBARAK kata, orang berselisih pendapat berkenaan hadis riwayat dia ambil dari SYU’BAH tetapi sandaran utama adalah catatannya untuk hilangkan kekeliruan itu.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN:

L.                   AMRU BIN AL-ABBAS kata, aku catat semua hadis dari GHUNDAR kecuali hadis yang dia ambil dari IBN ABI ‘ARUBAH kerana ABDUL RAHMAN melarang aku.



[1] Ada ulama kata, dia meninggal tahun 194 hijrah. AL-BUKHARI riwayatkan dari MUHAMMAD BIN AL-MUSANNA bahawa GHUNDAR meninggal pada tahun 192 hijrah. Masyariq:1/115

[2] Manhal:1/308

[3] Masyariq:1/115

[4] Masyariq:1/115

[5] Masyariq:1/115

[6] Ruslan:2/36

[7] Masyariq:1/115 | bazl:1/193

[8] Masyariq:1/115

[9] Masyariq:1/115

[10] Masyariq:1/115

[11] Masyariq:1/115

[12] Masyariq:1/115

[13] Masyariq:1/115

[14] Masyariq:1/115

[15] Masyariq:1/115

[16] Masyariq:1/115

[17] Masyariq:1/115

Friday, May 26, 2023

ABU AL-DARDA' AL-KHAZRAJI

 

 أَبِي الدَّرْدَاءِ

 [] ABU AL-DARDA' AL-KHAZRAJI @ UWAIMIR BIN MALIK (ADA KATA: IBN 'AMIR, IBN SA'LABAH, IBN ABDULLAH, IBN ZAID BIN QAIS BIN UMAYYAH BIN 'AMIR BIN KAAB BIN AL-KHAZRAJ AL-ANSARI). (32H[1])

 

[] Ulama khilaf berkenaan namanya yang sebenar;

(A)               ‘UWAIMIR BIN ‘AMIR

(B)               UWAIMIR BIN ZAID

(C)               ‘UWAIMIR BIN ABDULLAH

(D)               ‘UWAIMIR BIN SA’LABAH.

(E)                ‘AMIR BIN MALIK

 

[] Ibunya bernama MAHABBAH BINTI WAQID BIN AMRU AL-KHAZRAJIYYAH.

 

 

[] Dia Islam semasa perang Badar. Dia turut hadir dalam perang Uhud. Sebelum nabi dilantik menjadi nabi, dia seorang peniaga. Selepas memeluk Islam, dia menyatakan bahawa dia sibuk dengan dua perkara; iaitu berniaga dan beribadat. Dia memilih untuk beribadat, Dan meninggalkan berniaga[2].

 

[] Sejarah keislamannya adalah, dua adik beradiknya seibu, iaitu ABDULLAH BIN RAWWAHAH dan MUHAMMAD BIN MASLAMAH datang ke rumah ABU AL-DARDA’. Mereka berdua pecahkan patung berhala. Apabila dia pulang, dia dapati patung berhala sudah pecah. Dia pun marah kepada isterinya. Isterinya pula menjawab: “kalau patung itu boleh memberi manfaat dan boleh menyelamatkan orang, sudah pasti patung itu dapat menyelamatkan dirinya sendiri”

 

Mendengar itu, dia pun mencari nabi dan memeluk islam.

 

[] Dalam sejarah Hijrah, IBN SAAD kata, nabi mempersaudarakan dia dengan Auf bin Malik[3]. Ada dakwaan lain kata, dipersaudarakan dengan SALMAN AL-FARISI.

 

[] nabi saw pernah kata kepada Abu AL-DARDA';

 

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «نِعْمَ الْفَارِسُ عُوَيْمِرٌ» وَقَالَ: «حَكِيمُ أُمَّتِي عُوَيْمِرٌ» - مسند الشاميين, الطبراني, 967

Tentera berkuda yang terbaik adalah Uwaimir. Dan baginda berkata: orang bijak dalam kalangan umatku adalah Uwamir

 

[] Dia hafal al-Quran dan memperdengarkan bacaan al-Qurannya kepada Nabi saw sehingga ANAS BIN MALIK berkata:

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: " مَاتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَجْمَعِ القُرْآنَ غَيْرُ أَرْبَعَةٍ: أَبُو الدَّرْدَاءِ، وَمُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ، وَزَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ، وَأَبُو زَيْدٍ" - البحاري, 5004

Nabi saw wafat. Al-Quran tidak dihimpunkan kecuali dari empat orang; Abu al-Darda’, Muaz bin Jabal, Zaid bin Sabit dan Abu Zaid.

 

[] Pada era UMAR jadi Khalifah, gabenor Syam pada masa itu adalah YAZID BIN ABI SUFYAN tulis surat kepada UMAR. dalam surat itu menyebut bahawa penduduk syam yang memeluk islam semakin ramai. Justeru, minta dihantar orang yang boleh mengajar al-Quran dan Fiqh. UMAR pun memanggil 5 orang; (1) Muaz, (2) Ubadah bin al-Somit, (3) Abu al-Darda’, (4) Ubai, (5) Abu Ayub.

 

Dengan itu, Abu al-Darda’ dihantar ke Damsyiq dan MUAZ pula dihantar ke Palestine. Selepas MUAZ meninggal dunia kerana taun ‘Amwas, Ubadah pula menggantikan tempatnya yang juga meninggal dunia di Palestine selepas itu. Abu al-Darda’ pula meninggal dunia di syam.

 

[] Dia terkenal dengan ahli ibadat dan rajin membaca al-Quran. Pada era OSMAN jadi khalifah pula,  MUHAWIYAH yang merupakan GABENOR syam melantik dia menjadi qadhi di Damsyik dan terus menerus sehingga dia meninggal di era pemerintahan OSMAN.

 

[] Ada dari kalangan ahli sejarah mengatakan dia mati selepas dari perang siffin. Namun pendapat yang paling sahih di sisi ahli hadis, dia meninggal di era pemerintahan Othman.

 

[] SAID BIN ABDUL AZIZ kata, Abu dardaq daripada akhbar mati dua tahun sebelum kematian utsman bin Affan[4].



[1] Ada riwayat kata 32H, ada kata 31H, ada kata 33H, ada kata dua tahun sebelum kematian Saidina Osman, ada kata selepas perang siffin iaitu tahun 38 atau 39H.

[2] Masyariq:1/107

[3] Masyariq:1/107

[4] Masyariq:1/108

JUBAIR BIN NUFAIR BIN MALIK BIN 'AMIR AL-HADHRAMI @ ABU ABDUL RAHMAH (ADA KATA: ABU ABDULLAH AL-HIMSI) (75H)

  

جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ

[] JUBAIR BIN NUFAIR BIN MALIK BIN 'AMIR AL-HADHRAMI @ ABU ABDUL RAHMAH (ADA KATA: ABU ABDULLAH AL-HIMSI) (75H[1]) – TABIIN BESAR.

 

[] Dia sempat di zaman Nabi. IBN HIBBAN kata, dia dari kalangan tabiin. Dia sempat di era jahiliah. Tetapi dia bukan sahabat[2].

 

Dia berasal dari jahiliah. Ketika itu, dia berada di Yaman. Tidak memeluk Islam di zaman nabi. Tetapi memeluk Islam di era pemerintahan Abu Bakar as-siddiq[3] semasa di Yaman. Selepas itu, dia berhijrah ke Madinah dan berjumpa dengan Abu Bakar. Kemudian, dia berhijrah ke Syam dan tinggal di Hims.

 

[] Dia tinggal di Damsyiq, Hims dan Madinah.

 

[] Dia meninggal di era pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN yang dikatakan pada tahun 80H.

 

[] Dia ambil hadis dari Abu Bakar secara Mursal. Dakwaan dia ambil hadis dari Omar perlu diteliti[4].

 

[] Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah. Bukhari ambil hadisnya dalam الادب المفرد[5]

 

[] KOMENTAR

·       ALI BIN ADAM kata, dia siqah Jalil mukhadram[6].

·       ABU HATIM kata, dia siqah, dari kalangan tabiin besar penduduk Syam[7].

·        ABU ZURAH kata, dia siqah[8].

·       NASAIE kata, tidak ada seorang di kalangan tabiin besar yang lebih baik meriwayatkan hadis berbanding sahabat kecuali tiga orang sahaja: QAIS BIN HAZIM, ABU OSMAN AL-NAHDI dan JUBAIR BIN NUFAIR[9].

·       IBN SAAD kata, dia siqah pada perkara yang diriwayatkan[10]

·        IBN KHARRASH kata, dia di kalangan tabiin syam yang besar[11]

·       AL-IJLI kata, dia penduduk Syam Tabiin siqah[12].

YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia masyhur dengan ilmu[13].


[1] Ada kata: 80H.

[2] Masyariq:1/106

[3] masyariq:1/107

[4] Masyariq:1/106

[5] masyariq:1/107

[6] Masyariq:1/106

[7] Masyariq:1/106

[8] Masyariq:1/106

[9] Masyariq:1/106

[10] Masyariq:1/106

[11] Masyariq:1/106

[12] Masyariq:1/106

[13] Masyariq:1/106

AL-WALID BIN ABDUL RAHMAH AL-JURASHI AL-HIMSI AL-ZAJJAJ.

 

الْوَلِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْجُرَشِيِّ

[] AL-WALID BIN ABDUL RAHMAH AL-JURASHI AL-HIMSI AL-ZAJJAJ.

 

[] Dia tinggal di Hims, Syria.

 

[] Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah. al-Bukhari riwayatkan dia dalam خلق افعال العباد[1].

 

[] KOMENTAR

·       DianggaP siqah oleh ALI BIN ADAM[2], AL-ASQALANI, AL-ZAHABI, IBN MAIN, IBN KHARRASH, ABU HATIM, MUHAMMAD BIN AUN dan IBN HIBBAN[3].

·       ABU ZURAH kata, dia Jaid al-Hadis[4].

·       IBN ASAKIR kata, dia waham.



[1] Masyariq:1/105

[2] Masyariq:1/105

[3] Masyariq:1/105

[4] Masyariq:1/105