مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ
[] MUHAMMAD BIN JAAFAR AL-HUZALI
@ ABU ABDILLAH AL-BASRI @ GHUNDAR (193H[1])
[] Dia dipanggil غندر kerana dalam kalangan
penduduk HIJAZ, perkataan GHUNDAR memberi maksud الشغب—rusuhan. Hal ini kerana, dia
suka merusuh kepada IBN JURAIJ sehingga IBN JURAIJ kata kepadanya: اسكن يا غندر[2]
[] IBN MAIN kata, dia amalkan
amalan berpuasa Nabi daud selama 50 tahun[3].
[] IBN MAIN kata lagi, aku jumpa
dengan GHUNDAR. Dia cakap: aku tidak akan meriwayatkan hadis kepada kamu kecuali
kamu berjalan di belakang aku. Penduduk Iraq nampak itu, lalu mereka muliakan
aku[4].
[] AHMAD kata, dia lebih tua
berbanding YAHYA BIN SAID AL-QATTAN[5]
[] Dia adalah cucu kepada isteri Syu’bah.
Dia bermujalasah bersama Syu’bah selama 20 tahun[6]
[] Dia belajar hadis dari SYU’BAH
selama kurang lebih 20 tahun. Dia kata: aku melazimi SYU’BAH selama 20 tahun. Aku
tidak tidak pernah tulis hadis sepertimana aku tulis hadis dari SYU’BAH. Apabila
aku tulis hadis darinya, aku akan tunjuk pula apa yang aku tulis itu kepadanya[7].
Ahmad
kata, dia membentangkan balik kepada gurunya itu, kemungkinan dia seorang yang
tidak cerdik. Justeru, dia sahih dari sudut catatan tetapi dia ada ghaflah.
[] Selain guru kepada BUNDAR, dia
juga guru kepada AHMAD BIN HANBAL, ISHAQ, IBN MAIN, IBN AL-MADINI, ABU BAKAR
BIN ABI SYAIBAH, OSMAN BIN ABI SYAIBAH dan sebagainya[8].
[] KOMENTAR
A.
Kutub sittah[9].
B.
Dianggap siqah oleh
IBN SA’AD, AL-MUSTAMLI dan AL-IJLI.
C.
ALI BIN ADAM kata, dia siqah
sahih al-kitab kecuali dia ada sedikit lalai[10].
D.
IBN MAIN kata, dia adalah orang yang
paling sahih dari sudut catatan hadis. ada orang nak cari kesalahan, tetapi
mereka tidak jumpa[11].
E.
IBN AL-MADINI kata, selain ABDUL
RAHMAN, dia adalah orang yang paling aku suka berkenaan SYU’BAH[12].
F.
IBN MAHDI kata, kami ambil faedah
dari kutub ghundar berkenaan SYU’BAH semasa dia masih hidup lagi[13].
G.
WAKI’E kata, kitab GHUNDAR adalah
yang paling hakam dalam kalangan mereka[14]
dan dia adalah الصحيح الكتاب
H.
ABU HATIM kata, dia soduq, dia muaddib.
Hadis syu’bah darinya adalah siqah[15]
I.
IBN HIBBAN kata, dia orang paling
sahih kitab. Cuma ada sedikit ghaflah[16].
J.
AL-IJLI kata, dia penduduk Basrah
yang siqah. Dia adalah orang yang paling sabat hadis Syu’bah[17].
K.
IBN MUBARAK kata,
orang berselisih pendapat berkenaan hadis riwayat dia ambil dari SYU’BAH tetapi
sandaran utama adalah catatannya untuk hilangkan kekeliruan itu.
[] KOMENTAR PERTENGAHAN:
L.
AMRU BIN AL-ABBAS
kata, aku catat semua hadis dari GHUNDAR kecuali hadis yang dia ambil dari IBN
ABI ‘ARUBAH kerana ABDUL RAHMAN melarang aku.
[1] Ada ulama kata, dia meninggal
tahun 194 hijrah. AL-BUKHARI riwayatkan dari MUHAMMAD BIN AL-MUSANNA bahawa
GHUNDAR meninggal pada tahun 192 hijrah. Masyariq:1/115
[2] Manhal:1/308
[3] Masyariq:1/115
[4] Masyariq:1/115
[5] Masyariq:1/115
[6] Ruslan:2/36
[7] Masyariq:1/115 | bazl:1/193
[8] Masyariq:1/115
[9] Masyariq:1/115
[10] Masyariq:1/115
[11] Masyariq:1/115
[12] Masyariq:1/115
[13] Masyariq:1/115
[14] Masyariq:1/115
[15] Masyariq:1/115
[16] Masyariq:1/115
[17] Masyariq:1/115
No comments:
Post a Comment