جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ
[] JUBAIR BIN NUFAIR BIN MALIK
BIN 'AMIR AL-HADHRAMI @ ABU ABDUL RAHMAH (ADA KATA: ABU ABDULLAH AL-HIMSI) (75H[1])
– TABIIN BESAR.
[] Dia sempat di zaman Nabi. IBN
HIBBAN kata, dia dari kalangan tabiin. Dia sempat di era jahiliah. Tetapi dia
bukan sahabat[2].
Dia berasal dari jahiliah. Ketika
itu, dia berada di Yaman. Tidak memeluk Islam di zaman nabi. Tetapi memeluk
Islam di era pemerintahan Abu Bakar as-siddiq[3]
semasa di Yaman. Selepas itu, dia berhijrah ke Madinah dan berjumpa dengan Abu
Bakar. Kemudian, dia berhijrah ke Syam dan tinggal di Hims.
[] Dia tinggal di Damsyiq, Hims
dan Madinah.
[] Dia meninggal di era
pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN yang dikatakan pada tahun 80H.
[] Dia ambil hadis dari Abu Bakar
secara Mursal. Dakwaan dia ambil hadis dari Omar perlu diteliti[4].
[] Dia adalah Rijal Muslim, Abu
Daud, Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah. Bukhari ambil hadisnya dalam الادب المفرد[5]
[] KOMENTAR
·
ALI BIN ADAM kata, dia siqah
Jalil mukhadram[6].
·
ABU HATIM kata, dia siqah, dari
kalangan tabiin besar penduduk Syam[7].
·
ABU ZURAH kata, dia siqah[8].
·
NASAIE kata, tidak ada seorang di
kalangan tabiin besar yang lebih baik meriwayatkan hadis berbanding sahabat
kecuali tiga orang sahaja: QAIS BIN HAZIM, ABU OSMAN AL-NAHDI dan JUBAIR BIN
NUFAIR[9].
·
IBN SAAD kata, dia siqah pada
perkara yang diriwayatkan[10]
·
IBN KHARRASH kata, dia di kalangan tabiin syam
yang besar[11]
·
AL-IJLI kata, dia penduduk Syam
Tabiin siqah[12].
No comments:
Post a Comment