Showing posts sorted by date for query ABU ZAID. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query ABU ZAID. Sort by relevance Show all posts

Monday, July 15, 2024

MUHAMMAD BIN RAFI’ BIN ABI YAZID AL-QUSYAIRI

 مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ

 

[] MUHAMMAD BIN RAFI’ BIN ABI YAZID AL-QUSYAIRI @ ABU ABDILLAH AL-NISABURI AL-ZAHID (170H - 245H[12])

 

[] Pada atuknya, Khitab al-Subki baca dengan ABU YAZID[13]. Al-Sahrampuri pula dengan ABU ZAID[14].

 

[] Dia sempat sampai ke Hijaz, Kufah, Yaman, Basrah, Wasit, Madain (Iraq), Baghdad, Khurasan, Nisabur.

 

[] Menurut AL-SAHRAMPURI, nama sebenarnya adalah SABUR AL-QUSYAIRI[15]. Turut mengatakan sebegitu adalah AINI[16].

 

[] JAAFAR BIN AHMAD BIN NASR kata, aku tidak pernah nampak seorang pun dari kalangan ulama hadis yang kehebatannya dalam melebihi MUHAMMAD BIN RAFI’.  Dia bersandar di pokok pinus di rumahnya, lalu ramai ulama duduk kelilingnya secara maratib. Mereka khusyuk mendengar hadis seperti burung berada di atas kepala mereka. Dia ambil kitab dan bacanya sendiri. Tidak ada seorang pun yang bercakap dan tidak ada seorang pun senyum kerana memuliakannya. Apabila ada seorang yang senyum, dia akan berselawat kepada Nabi dan dia ambil kitab dan keluar, tidak ada seorang pun dapat memujuk dia kembali balik duduk mengajar.

 

[] Dia adalah rijal al-Jamaah kecuali Ibn Majah[17].

 

[] KOMENTAR

A.  BUKHARI kata, dia salah seorang dari manusia terpilih[18].

B.  MUSLIM dan NASAIE kata, dia siqah. Ma’mun[19].

C.  MUSLIM kata, dia siqah. Ma’mun. sahih al-kitab[20].

D. MUHAMMAD BIN SYAZAN kata, dia siqah. Sabat. Ma’mun[21].

E.   IBN HIBBAN sebut namanya dalam AL-SIQAT dan kata, dia sabat. fadhil[22].

F.   AL-HAKIM kata, dia adalah guru dalam kebenaran pada zamannya di Khurasan[23].

G. AHMAD BIN SIYAR kata, dia siqah. Husn al-riwayat dari penduduk Yaman. Bukhari ambil 17 hadis darinya. Muslim ambil 362 hadis[24].

 

ABD KHAIR BIN YAZID AL-HAMDANI

 عَبْدِ خَيْرٍ

[] ABD KHAIR BIN YAZID AL-HAMDANI[39]. (81H).

 

[]  Tidak diketahui nama sebenarnya. Ada pihak dakwa, namanya ABDUL RAHMAN BIN YAZID. Ada pula kata, BIN YAHMAD. Ada pula kata, BIN BAJYAD, ABU UMARAH AL-HAMDANI AL-KUFI.

 

[] Dia pernah tinggal Hamzan (iran), Yaman dan Kufah.

 

[] Imam Muslim menyatakan dia adalah TABIIN terawal dari kalangan penduduk KUFAH[40].

 

[] Dia sempat di era jahiliyyah, malah memeluk islam di era Nabi tetapi tidak ada satu bukti sahih bahawa dia berjumpa dengan Nabi. Justeru, dia di bawah ketagori MUKHADRAM[41], bukan sahabat.

 

[] Dalam USUD AL-GHABAH, IBN ATSIR ada membawakan riwayat bahawa ABDUL MALIK BIN SAL’ سلع bertanya kepada ABD KHAIR: apakah masih ingat kejadian di era Jahiliyyah?

 

Dia jawab: ya. Kami berada di YAMAN. Tiba-tiba sampai kepada kami dakwah Rasulullah saw yang menyeru kepada kebaikan yang luas. Bapaku pun keluar yang ketika itu aku kasih kecil lagi. Apabila bapaku pulang, dia memberitahu kepada ibuku: “buangkan makanan dalam periuk kerana ia adalah bangkai. Berikan kepada anjing sahaja. hal ini kerana, aku sudah memeluk islam”

 

[] Dia sempat berjumpa dengan ABU BAKAR AL-SIDDIQ, IBN MAS’UD, AISYAH, ALI dan ZAID BIN AL-ARQAM.

 

[] KOMENTAR POSITIF:

(a)          IBN RUSLAN kata, dia siqah[42]

(b)         IBN AL-ATSIR kata, dia orang yang banyak riwayat hadis dari ALI BIN ABI TALIB.

(c)           Dianggap siqah oleh IBN MAIN, AL-NASAIE, AL-IJLI, AL-ZAHABI dan IBN HIBBAN.

(d)         ABU JAA’FAR MUHAMMAD BIN AL-HUSAIN AL-BAGHDADI kata, aku bertanya AHMAD BIN HANBAL berkenaan orang yang sabat berkenaan ALI BIN ABI TALIB. AHMAD menyebut semua nama-nama mereka, dan salah seorangnya adalah ABD KHAIR[43].

(e)          AL-BAIHAQI kata, bukhari muslim tidak berhujah dengan hadisnya.

(f)            AL-ASQALANI kata, dia siqah mukhadram.

(g)          AHMAD kata, dia sabat.

 

ABU ISHAQ AL-SUBAI’IE AL-KUFI @ AMRU BIN ABDILLAH BIN UBAID AL-HAMDANI

 أَبِي إِسْحَاقَ

[] ABU ISHAQ AL-SUBAI’IE AL-KUFI @ AMRU BIN ABDILLAH BIN UBAID AL-HAMDANI[36] (33H-128H)

 

[] AL-SABI’IE adalah nisbah tempat asal keturunannya, iaitu di satu tempat di HAMDAN (Iran), sedangkan dia dilahirkan di Kufah. AL-SABI’IE adalah gelaran yang merujuk kepada keturunan AL-SABI’E BIN SO’B BIN MUAWIYAH BIN KATHIR[37].

 

[] Dilahirkan di era pemerintahan Osman bin Affan.

 

[32] Salah seorang TABIIN KUFAH. Dia sempat jumpa dengan ALI BIN ABI TALIB, AL-BARRA’ BIN ‘AZIB, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH, ‘ADI BIN HATIM, ZAID BIN ARQAM, IBN ABBAS, ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-AS, OSAMAH BIN ZAID dan sebagainya.

 

[] Dia PERNAH JUMPA Ali bin Abi Talib, Osamah bin Zaid, al-Mughirah bin Syu’bah. Namun, tidak sahih dakwaan bahawa dia pernah DENGAR hadis dari sahabat-sahabat ini[38].

 

[] Terkenal dengan kuat beribadat sehinggakan dikenali umum bahawa setiap tiga hari, dia akan khatam al-Quran.

 

[] Dia belajar Qiraat dari ABU ABDUL RAHMAN AL-SULAMI sehingga dia menjadi salah seorang imam dalam bidang ilmu qiraat.

 

[] Dalam kesebukan ilmu, dia tidak abaikan berjihad; terlibat dalam perang melawan Rum (Byzantium) di era Muawiyah sehingga dia terlibat enam kali perang.

 

[] Sebelum dia meninggal dunia, matanya buta. Sejak itu, dia kerap berpuasa sehingga dia meninggal dunia pada tahun 128 Hijrah.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

(a)          Dianggap siqah oleh ABU HATIM, IBN MAIN, AL-NASAIE, ABU HATIM, AHMAD dan AL-IJLI.

(b)         AL-ZAHABI kata, dia antara ulama yang beramal serta tabiin yang hebat. Walaupun sebelum meninggal, halafannya berubah tetapi dia tidak ikhtilat.

(c)           JARIR BIN ABDUL MAJID kata, sesiapa yang melazimi dengan Abu Ishaq sama seperti melazimi Saidina Ali.

(d)         IBN MADINI kata, penghafal ilmu dalam umat ini ada 6 orang; untuk penduduk Kufah adalah ABU ISHAQ dan AL-A’MASYH; untuk penduduk Basrah adalah QATADAH, YAHYA BIN ABI KATHIR; untuk penduduk Madinah adalah AL-ZUHRI; untuk penduduk Mekah adalah AMRU BIN DINAR.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN:

(e)          IBN HIBBAN, HUSAIN AL-KARABISI dan ABU JA’AFAR AL-TABARI kata, dia mudallis.

(f)            AL-ASQALANI kata, dia ikhtilat di akhir umurnya.

(g)          IBN MAIN kata, IBN UYAYNAH dengar hadis darinya selepas dia IKHTILAT.

(h)         ABU ISHAQ AL-JUZAJANI kata, penduduk kufah tidak memuji mazhabnya—iaitu dari sudut TASYAYYU’.

(i)             AL-SAHRANPURI kata, dia meriwayatkan hadis dari kaum yang tidak dikenali. Hadis-hadis yang tersebar itu pula tidak diketahui dari mana-mana ahli ilmu kecuali hanya dari Abu Ishaq sahaja. Justeru, riwayatnya perlu TAWAQQUF.

Wednesday, June 19, 2024

HABIB BIN ZIYAD BIN KHALID

 حَبِيبٍ ((بن زيد بن خلاد)) الْأَنْصَارِيِّ ((المدينة | اصحاب السنن))

 

IBRAHIM BIN ABU DAUD AL-BARLISI kata, ABDULLAH BIN ZAID BIN ‘ASIM adalah atuk kepada HABIB. (Bazl:1/192)

 

KOMENTAR

(a)   Dianggap Siqah oleh AL-NASAIE, IBN HIBBAN, AL-ASQALANI, AL-ZAHABI dan IBN MAIN.

(b)  ABU HATIM kata, dia soleh.

(c)    KITAB SYIAH (AL-SYED MUHSIN AL-AMIN—اعيان الشيعة): HABIB BIN ZAID adalah salah seorang rijal syiah yang ambil hadis dari JAAFAR AL-SODIQ.

Wednesday, July 26, 2023

QABISOH BIN ZUAIB

 

 QABISOH BIN ZUAIB ذؤيب BIN HALHALAH حلحلة @ ABU SAID AL-KHUZAIE AL-DIMASYQI (ada kata: ABU ISHAQ AL-MADANI[1]) (8H[2] - 81H[3])  - TABIIN SYAMI.

 

[] Salah seorang dari kalangan anak sahabat. Dia dilahirkan semasa Fath Mekah (7 hijrah). IBN QANI’ kata, dia pernah tengok Nabi[4].

 

Menurut IBN ABD AL-BAR pula, dia dilahirkan di awal tahun dari Hijrah[5].

 

Menurut IBN MAIN (murid: al-GHILABI), dia dibawa kepada Nabi saw untuk didoakan keberkatan[6].

 

Dengan sebab itu, JA’FAR kata, tidak sahih jika ada dakwaan kata dia dengar hadis dari Nabi[7]. Ekoran itu, kalau ada hadis yang dia riwayatkan dari Nabi, itu adalah riwayat secara mursal[8].

 

[] Dia dilahirkan di Madinah dan tinggal di Damsyiq[9]. Dia meninggal di akhirat pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN.

 

[] Dia adalah orang yang menjaga cincin serta surat menyurat kepada Khalifah ABDUL MALIK BIN MARWAN.

 

[] IBN SYIHAB (daripada Ibn Lahi’ah) kata, dia dari kalangan ulama dalam umat ini[10].

 

Kata MUHAMMAD BIN RASHID, daripada MAKHUL berkata: aku tidak nampak seorang pun yang lebih alik berbandingnya[11].

 

AL-SYA’BI (daripada MUGHIRAH) berkata, dia orang yang paling tahu berkenaan Qadha’ Zaid bin Sabit[12].

 

[] Menurut ABDILLAH BIN ‘AYYASH (Murid: al-haisam), kejadian hari al-Hurrah menyebabkan matanya menjadi buta[13].

 

[] ZAHABI dalam AL-SIYAR menukilkan perkataan AL-BUKHARI yang menyatakan bahawa dia sempat jumpa dengan ABU AL-DARDA’ dan ZAID BIN SABIT.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Kutub sittah[14].

B.                  IBN SAAD kata, dia siqah, ma’mun. dia banyak riwayatkan hadis[15].

C.                  AL-IJLI kata, dia penduduk madinah, tabiin dan siqah[16].

D. IBN HIBBAN sebut dalam Siqat al-Tabiin bahawa dia fuqaha’ Madinah dan orang-orang soleh di situ[17].


[1] Misbah:1/96 | Masyariq:1/265

[2] Al-Zahabi dalam al-Siyar.

[3] Ini menurut pendapat KHALIFAH. Menurut IBN SAAD pula, dia meninggal pada tahun 86 atau 87 hijrah. IBN MAIN kata, 87 hijrah. Ada pula kata, tahun 89, iaitu di era pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (Masyariq:1/266) menurut AL-AMIN AL-HARARI, dia meninggal tahun 83 hijrah (mursyid:1/104)

[4] Masyariq:1/265 | Masyariq:1/266

[5] Masyariq:1/266

[6] Masyariq:1/266

[7] Masyariq:1/266

[8] Masyariq:1/266

[9] Masyariq:1/265

[10] Masyariq:1/265

[11] Masyariq:1/266

[12] Masyariq:1/266

[13] Masyariq:1/266

[14] Masyariq:1/266

[15] Masyariq:1/265

[16] Masyariq:1/266 | Mursyid:1/104

[17] Masyariq:1/266

Friday, July 14, 2023

SALIM BIN ABDILLAH BIN UMAR BIN AL-KHATTAB AL-QURASHI AL-‘ADAWI @ ABU UMAR AL-MADANI (106H )

 

سَالِمٍ

[] SALIM BIN ABDILLAH BIN UMAR BIN AL-KHATTAB AL-QURASHI AL-‘ADAWI @ ABU UMAR AL-MADANI (Ada kata: ABU ABDILLAH AL-MADANI). (106H[1])

 

[] Cucu Umar bin al-Khattab ini dilahirkan di era pemerintahan Osman bin Affan. Ibunya adalah Ummu al-Walad, iaitu hamba yang disetubuhi Ibn Umar.

 

[] Dia meninggal dunia di Madinah. Dia pernah sampai ke Mekah dan Syam.

 

[] menurut ABU NUAIM, dia meninggal pada tahun 106 hijrah. Khalifah pula kata, tahun 107 hijrah. Al-Haisam bin ‘Adi kata, tahun 108 hijrah. Al-Asmu’ie kata, tahun 105 hijrah. Pendapat yang paling sahih adalah 106 hijrah[2].

 

[] ada pendapat kata, dia adalah salah seorang fuqaha’ tujuh[3].

 

IBN MUBARAK ada berkata: Fuqaha’ tujuh itu adalah

(1)               SAID BIN MUSAYYIB,

(2)                SULAIMAN BIN YASAR,

(3)               SALIM BIN ABDILLAH,

(4)               AL-QASIM,

(5)               URWAH,

(6)               UBAIDULLAH BIN ABDILLAH BIN UTBAH,

(7)               KHARIJAH BIN ZAID.

 

Kata IBN AL-MUBARAK lagi, apabila datang sesuatu masalah, fuqaha’ tujuh ini akan duduk bersama dan berbincang dan saling mengeluarkan hujah. Seorang pun tidak akan berhukum kecuali diangkat kepada mereka terlebih dahulu[4].

 

[] Dia dihormati oleh SULAIMAN BIN ABDIL MALIK (khalifah umawi ke-7 : 96H – 99H). al-Zarkali kata, dia masuk berjumpa dengan Sulaiman. Khalifah umawi itu meraikannya dan meminta dia duduk bersamanya di katil takhtanya.

 

[] SAID MUSAYYIB kata, Abdullah lebih iras dengan bapanya, Umar bin al-Khattab. Dan Salim pula lebih iras dengan Abdullah[5].

 

[] MALIK kata, di zaman Salim, tidak ada orang yang menjalani kehidupan zuhud seperti Salim[6]. Dia pakai baju dengan harga dua dirham sahaja.

 

[] dia dikatakan orang yang amat meramahi orang miskin. ALI BIN ZAID BIN JAD’AN kata: aku jumpa dengan Salim. Dia tidak akan makan kecuali bersamanya pasti ada orang miskin.

 

[] Nafi’ kata: Ibn Umar berjumpa dengan anaknya, salim. Lalu, Ibn Umar cium anaknya itu. dia pun kata: syaikh (guru) mencium syaikh (guru)

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Kutub sittah.

B.                  Dianggap siqah oleh IJLI[7].

C.                  IBN SAAD kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis dan amat tinggi dari sudut kerijalannya[8].

D.                 AHMAD dan ISHAQ kata, sanad yang paling sahih adalah AL-ZUHRI, SALIM yang ambil dari bapanya (abdullah bin Umar)[9]

E.                  IBN MAIN kata, salim dan al-Qasim; kedua-dua mereka ini hampir sama. Said bin Musayyib pula hampir dengan kedua-dua mereka[10].

F.                   BUKHARI kata, dia tidak pernah dengar hadis dari AISYAH[11].



[1] masyariq:1/247 | Mursyid:1/98  | Dalam tarikh al-Islam wa wafiyat al-Masyahir wa al-‘Alam, al-Zahabi kata: dia meninggal pada tahun 107.

[2] masyariq:1/247

[3] Masyariq:1/246

[4] Masyariq:1/247

[5] Masyariq:1/246

[6] Masyariq:1/246

[7] Masyariq:1/247

[8] Masyariq:1/247

[9] Masyariq:1/247

[10] Masyariq:1/247

[11] Masyariq:1/247