Wednesday, June 19, 2024

A'BAD BIN TAMIM

 عَبَّادَ بْنَ تَمِيمٍ ((بن غَزِيّة الأنصاري المازني | المدينة | الجماعة))

 

Ibunya adalah hamba. Dia ada dua orang adik beradik sebapa, iaitu MA’MAR dan SABIT; kedua-dua mereka terbunuh dalam PERTEMPURAN AL-HARRAH (63 hijrah – pertempuran tercetus ekoran penduduk Madinah mengugurkan bai’ah terhadap YAZID BIN MUAWIYAH selepas dari PEMBUNUHAN terhadap SAIDINA HUSIN di KARBALA (61 hijrah).

 

AL-WAQIDI ada meriwayatkan bahawa ABBAD pernah berkata bahawa semasa PERANG KHANDAQ (5 Hijrah) umurnya 5 tahun. Dia adalah sahabat. (Ruslan:1/635)

 

KOMENTAR:

(a)   Dianggap siqah oleh al-NASAIE, IBN HIBBAN, AL-ZAHABI, IBN ISHAQ AL-MATLABI dan AL-IJLI.

(b)  AL-IJLI, AL-ASQALANI kata, dia tabiin madani yang siqah.

HABIB BIN ZIYAD BIN KHALID

 حَبِيبٍ ((بن زيد بن خلاد)) الْأَنْصَارِيِّ ((المدينة | اصحاب السنن))

 

IBRAHIM BIN ABU DAUD AL-BARLISI kata, ABDULLAH BIN ZAID BIN ‘ASIM adalah atuk kepada HABIB. (Bazl:1/192)

 

KOMENTAR

(a)   Dianggap Siqah oleh AL-NASAIE, IBN HIBBAN, AL-ASQALANI, AL-ZAHABI dan IBN MAIN.

(b)  ABU HATIM kata, dia soleh.

(c)    KITAB SYIAH (AL-SYED MUHSIN AL-AMIN—اعيان الشيعة): HABIB BIN ZAID adalah salah seorang rijal syiah yang ambil hadis dari JAAFAR AL-SODIQ.

SALIM BIN ABI AL-JA'DI

  سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ ((رافع الأشجعي الكوفي | التابعين | 101ه | الجماعة))

 

Ulama tidak dapat menentukan secara tepat tarikh meninggalnya. Mereka hanya meletakkan tahapan bahawa Tarikh matinya lingkungan dari 97 hijrah sehingga 101 hijrah.

 

KOMENTAR POSITIF

(a)   Dianggap siqah oleh IBN MAIN, ABU ZUR’AH, AL-IJLI dan AL-NASAIE

(b)  IBN SA’AD kata, dia banyak riwayat hadis.

(c)    IBRAHIM AL-HARBI kata, ulama sepakat bahawa dia siqah.

(d)  AL-IJLI kata, dia siqah tabiin.

(e)  IBRAHIM AL-HALBI kata, ulama sepakat atas siqahnya.

 

KOMENTAR NEGATIF:

(f)      AL-SAHRAMPURI kata, dia banyak buat irsal.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN:

(g)     AL-ZAHABI kata, dia siqah tetapi ada buat tadlis dan irsal.

 

Rijal al-kutub al-Sittah.

YAZID BIN ABI ZIYAD AL-HASHIMI

 يَزِيدُ بْنُ أَبِي زِيَادٍ ((الهاشمي | ابو عبدالله | الكوفة |49ه - 137ه = 88 | الجماعة الا البخاري تعليقا))

 

Tabiin ini menyebut bahawa semasa Saidina Husin dibunuh (61H), umurnya 14 hingga 15 tahun.


KOMENTAR POSITIF;

(a)   YAAQUB BIN SUFYAN kata, walaupun ramai kata bahawa dia ikhtilat tetapi dia seorang yang adil dan siqah.

(b)  AHMAD BIN SOLEH kata, dia siqah dan aku tidak hairan orang berkata buruk berkenaannya.

 

KOMENTAR NEGATIF:

(a)   AL-NASAIE, ABU HATIM dan IBN MAIN kata, dia tidak kuat.

(b)   ABU HATIM kata, dia doif dan hadis-hadis riwayatnya seakan-akan palsu. (Aini:1/255)

(c)    AL-DARAQUTNI kata, dia doif dan banyak silap serta talqin.

(d)  AL-MUNZIRI kata, dia tidak boleh dibuat hujah. (Manhal:1/307)

(e)   IBN FUDHAIL kata, dia salah seorang syiah besar. (Bazl:1/193)

(f)      AL-JURJANI kata, dia dari kalangan SYIAH PENDUDUK KUFAH. Walaupun hadisnya ditulis, tetapi dia doif.

(g)    AHMAD kata, dia bukan al-Hafiz.

(h)  AL-IJLI kata, dia جائز الحديث dan di akhir umurnya dia talqin.

(i)        AL-JUZAJANI kata, aku dengar ulama hadis anggap hadis dia doif.

(j)       AL-BADRIJI kata, dia ambil hadis dari MUJAHID. Namun, dakwaan kata dia dengar hadis dari MUJAHID itu perlu diteliti. Dia seorang yang tidak kuat.

(k)   AL-DARAQUTNI kata, dia ada riwayat sahih darinya, dia doif lagi banyak buat silap. Dia talqin akan diminta talqin.

(l)        AL-NASAIE kata, متروك الحديث

(m)        AL-TARMIZI kata, doif pada hadis.

(n)  IBN MAIN kata, ليس بشيء

(o)  AL-NAWAWI kata, dia doif. (Aini:1/256)

(p)  TAQRIB kata, dia doif. Apabila tua, hafalannya berubah.

(q)  ALBANI kata, dia selalu melakukan IDHTIRAB hadis.

(r)      AL-HAKIM kata, dia tidak kuat.

(s)    AL-BAIHAQI kata, dia tidak kuat.

(t)     AL-AWZAIE kata, dia lelaki doif hadis dan hadisnya menyalahi sunnah.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN

(a)   Abu Daud kata, aku tidak tahu seorang pun tinggalkan hadisnya. Namun, orang lain lebih aku suka berbanding dia. (Manhal:1/305)

(b)  ABU ZUR’AH kata, dia لين الحديث, ditulis hadisnya dan tidak dibuat hujah.

(c)    IBN SAAD kata, dia siqah kecuali ikhtilat. Dekat dengan kematiannya, banyak perkara pelik yang dia kemukakan.

(d)  ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia soduq tetapi ketika dia semakin tua, hafalannya memburuk.

(e)  AL-ASQALANI kata, apabila tua, hafalannya berubah. Jumhur ulama kata dia doif

(f)      AL-BUKHARI kata, dia soduq tetapi buat silap.

(g)   IBN HIBBAN kata, dia soduq. Namun, dekat dengan kematian, hafalannya berubah.

(h)  AL-ZAHABI kata, dia seorang syiah, alim, soduq, buruk hafalan, tidak boleh ditinggalkan terus riwayat dia.

 

SOFIYAH BINTI SYAIBAH

 صَفِيَّةَ بِنْتِ شَيْبَةَ ((الحاجب بن عثمان بن ابي طلحة عبد العزيز بن عبد الدار بن قصي القرشي |ابوه: حاجب الكعبة, اسمه عثمان | الجماعة))

 

STATUS SOFIYAH:

(a)    Dalam al-Isobah, AL-HAFIZ kata ulama berbeza pendapat berkenaan status sahabat dia. Al-NAWAWI kata, kebanyakkan kata dia sahabat. (mirqat:88)

(b)  IBN HIBBAN pula letak dia dalam senarai TABIIN yang siqah.

 

AL-SAHRANPURI ada bawakan satu sanad berikut:

قال ابان بن صالح عن الحسن بن مسلم عن صفية بنت شيبة, سمعت رسول الله ---

 

Al-Daraqutni bantah dengan menyatakan bahawa dia tidak pernah melihat Nabi saw. (Bazl:1/191)

 

Bapa dia bernama SYAIBAH dikatakan memeluk islam:

(a)   Pada fath mekkah (ibn hibban)

(b)   Perang Hunain (al-Zubairi)

 

Al-Bukhari riwayatkan hadis ini bahawa QATADAH ambil dari SOFIYYAH secara سماع, tetapi itu dalam TA’LIQ BUKHARI sahaja. (Bazl:1/191)

 

Al-Bukhari dan Muslim sepakat bahawa dia ada ambil hadis dari Aisyah. (manhal:1/303)

 

TSAUR BIN YAZID AL-KALAI ثَوْرٌ بن يزيد الكلاعي

 ثَوْرٌ ((بن يزيد الكلاعي | ابو خالد الحمصي الحافظ | ثبت قدري اخرجوه من حمص واحرقوا داره | مات ببيت المقدس| 153ه | المحدث الفقيه الثتب الحافظ المتقن))

 

Penduduk HIMS bakar rumah dia dan hambat dia keluar dari HIMS kerana kenyataan-kenyataannya yang bersifat qadariyyah.

 

Dia berhijrah ke Madinah. namun, dia meninggal di BAITUL MAQDIS pada tahun 153 Hijrah.

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)               Dianggap Siqah oleh IBN MAIN.

(b)              YAHYA AL-QATTAN kata, aku tidak nampak ada penduduk syam yang lebih siqah berbanding Sur. Aku catat darinya di mekah pada papan.

(c)                ABU HATIM kata, dia soduq.

(d)              AL-ZAHABI kata, dia ahli ibadat, warak.

(e)               AHMAD kata, dia qadariyyah yang ليس به بأس


AHMAD BIN A'LI أَحْمَدُ بْنُ عَلِيٍّ

 أَحْمَدُ بْنُ عَلِيٍّ ((بن الحسين | النميري, قيل: النمري | إمام مسجد سلمية, قيل: سليمة 

 

KOMENTAR ULAMA;

(a)    IBN RUSLAN dan AL-ZAHABI kata, dia جيد الحديث, dia tidak ada sesiapa riwayatkan hadis darinya kecuali MAHMUD BIN KHALID sahaja.

(b)  AL-AZDI kata, dia متروك الحديث(manhal:1/301)

(c)    AL-ASQALANI kata, dia soduq. Dakwaan AL-AZDI itu tidak ada hujah (manhal:1/301)

(d)   ABU HATIM kata, aku nampak hadis-hadisnya mustaqim. Tidak ada orang riwayatkan hadisnya kecuali MAHMUD BIN KHALID sahaja (manhal:1/301)

(e)  Namun, IBN MANDAH kata bahawa ada orang lain yang riwayatkan hadisnya, iaitu YAZID BIN BIN ABD RABBIH dan MUHAMMAD BIN ABI SALAMAH (bazl:1/190)

(f)      ABU HATIM AL-BASTI kata, dia gharib.

MAHMUD BIN KHALID

 مَحْمُودُ بْنُ خَالِدٍ ((بن ابي خالد يزيد السلمي الدمشقي | ابو علي الدمشقي| امام مسجد سلمية | 176ه - 249ه = 73)) السُّلَمِيُّ ((نسبة الى السلمية قرية بحمص في مدينة بالشام | اصحاب السنن الا الترمذي))

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)   Dianggap Siqah oleh IBN HIBBAN dan AL-NASAIE (dia adalah guru kepada Imam al-Nasaie),

(b)  ABU HATIM kata, dia siqah ridha.

(c)    AHMAD BIN ABI AL-HAWARI kata, dia siqah amin.

(d)  AL-ZAHABI kata, dia sabat.