Showing posts sorted by date for query ABDUL RAHMAN BIN MAHDI. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query ABDUL RAHMAN BIN MAHDI. Sort by relevance Show all posts

Monday, July 15, 2024

HAFS BIN GHIYAS BIN TOLQ BIN MUAWIYAH BIN MALIK BIN AL-HARIS

 حَفْصٌ يَعْنِي ابْنَ غِيَاثٍ

[] HAFS BIN GHIYAS BIN TOLQ BIN MUAWIYAH BIN MALIK BIN AL-HARIS[23] AL-NAKHAIE[24] @ ABU AMRU AL-KUFI (117H – 194H[25])

 

[] Dia adalah Qadhi di Baghdad[26] dan meninggal di Kufah. Ada kata, semasa di Baghdad dia dilantik menjadi Gabenor dan semasa di Kufah dia menjadi Qadhi selama 13 tahun.

 

Menurut AL-ZAHABI pula, HARUN RASHID melantik dia menjadi Qadhi di Baghdad, kemudian pindahkan dia menjadi qadhi di Kufah.

 

Menurut ABU AL-HASANAT, dia menjadi qadhi di kufah selama 13 tahun, dan qadhi di Baghdad selama 2 tahun sahaja.

 

[] Dia salah seorang murid Imam Abu Hanifah. Dia mendengar dari ABU YUSUF, al-sauri. Ahmad Bin Hanbal ambil hadis darinya.

 

[] Imam Wakie’ apabila ditanya berkenaan sesuatu hukum, dia selalu berkata: Pergi berjumpa dengan Qadhi kamu. Tanya hukum darinya. Dia adalah seorang syaikh, maruahnya terjaga dan diterima.

 

[] YAHYA AL-QATTAN kata, hafs adalah murid al-A’mash yang paling siqah. ABU DAUD ada kata bahawa, dalam kalangan murid al-A’mash, ABDUL RAHMAN BIN MAHDI tidak akan melebihkan sesiapa pun melebihi HAFS. Hal yang sama dilakukan oleh ISA BIN SYAZAN. Namun, ada sebilangan huffaz melebihkan Abu Muawiyah.

 

[] KOMENTAR

A. Kutub sittah[27].

B.  Dianggap siqah oleh NASAIE, IBN KHIRASH, IJLI, IBN MAIN[28].

C.  IJLI kata, dia siqah, ma’mun, faqih[29].

 

[] PERTENGAHAN;

D. YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah jika diambil hadis dari kitabnya. Beberapa hafalannya perlu berhati-hati[30].

E.  ABU ZUR’AH kata, dia buruk hafalan. Jika ambil hadis darinya secara kitab, maka dia soleh[31].

F.   IBN SAAD kata, dia siqah, makmun. Banyak riwayat hadis. dia tadlis[32].

G.  IBN MAIN kata, semua yang hafs riwayatkan semasa di Baghdad dan di Kufah adalah datang dari hafalannya. Dia tidak riwayatkan secara kitab. Mereka tulis hadis darinya sebanyak 3 hingga 4 ribu hadis yang dia riwayatkan secara hafalan.

 

[] NEGATIF;

H.  DAUD BIN RASHID kata, dia banyak silap[33]

I.      AHMAD kata, dia tadlis[34].

J.     IBN AMMAR kata, dia tidak hafal dengan baik. Dia susah[35].

Thursday, July 27, 2023

AL-HAKAM BIN UTAIBAH AL-KINDI AL-IJLI @ ABU MUHAMMAD (50H – 115H) – TABIIN

الْحَكَمِ

[] AL-HAKAM BIN UTAIBAH AL-KINDI AL-IJLI @ ABU MUHAMMAD (ada kata: ABU ABDILLAH AL-KUFI[1]) (50H[2] – 115H[3]) – TABIIN

 

[]  dia meninggal di Kufah di era pemerintahan HISHAM BIN ABDIL MALIK.

 

[] adapun HAKAM BIN UTAIBAH BIN AL-NAHHAS النهاس, dia adalah orang yang lain[4].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Kutub sittah[5].

B.                  Dianggap siqah oleh NASAIE, IBN MAIN dan ABU HATIM[6].

C.                  IBN SAAD kata, dia siqah, faqih, alim dan banyak riwayatkan hadis.

D.                 AHMAD kata, dia adalah manusia yang paling sabat berkenaan hadis Ibrahim.

E.                  IJLI kata, dia siqah, sabat, faqih, dari kalangan orang yang memahami Ibrahim. Dia orang yang kuat berpegang dengan Sunnah dan Ittiba’.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

F.                   IBN MAHDI kata, dia siqah, sabat tetapi berkhilaf berkenaan makna hadisnya[7].

G.                 AL-IJLI kata, dia siqah, sabat, sohib sunnah dan Ittiba’. Padanya ada TASYAYYU’ tetapi dia tidak zahirnya[8].

H.                 ABDUL RAHMAN BIN MAHDI kata, dia sabat, siqah tetapi ulama ada berselisih berkenaannya.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

IBN HIBBAN kata, dia selalu tadlis[9].



[1] Manhal:2/125

[2] Ada kata, pada 47 hijrah.

[3] Manhal:2/125 | Menurut AL-SAHRAMPURI, dia meninggal pada 113 hijrah. (bazl:2/15)

[4] Bazl:2/15

[5] Manhal:2/125

[6] Manhal:2/125 | Bazl:2/15

[7] Manhal:2/125

[8] Manhal:2/125

[9] Manhal:2/125

Monday, July 10, 2023

MUAWIYAH BIN SOLEH BIN HUDAIR AL-HADHRAMI @ ABU ABD AL-RAHMAN AL-HIMSHI الحمصي (157H ) - ATBA’

 

 مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ

[] MUAWIYAH BIN SOLEH BIN HUDAIR AL-HADHRAMI @ ABU ABD AL-RAHMAN AL-HIMSHI الحمصي (ada kata: ABU AMRU) (157H[1])  - ATBA’

 

[] qadhi di Andalusia[2]. Ramai penduduk iraq berjumpa dengan dia[3].

 

[] dia keluar ke HIMS tahun 124 hijrah. Dan bermusafir ke barat (andalusia) dan menjadi qadhi di sana[4].

 

[] IBN YUNUS kata, dia pergi ke mesir tahun 125, kemudian masuk ANDALUSIA. Apabila ABDUL RAHMAN BIN MUAWIYAH dilantik hadu raja ANDALUSIA, dia dihantar ke SYAM untuk beberapa urusan. Apabila dia pulang ke ANDALUSIA, dia dilantik menjadi QADHI AL-JAMAAH[5].

 

[] Dia dilahirkan di HADHRAMAUT pada era pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN meninggal di Andalusia. Dia pernah sampai di Hims, Hadhramaut, Andalusia, al-Maghrib dan Mesir.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Dianggap siqah oleh AHMAD, IBN MAIN, AL-NASAIE, AL-IJLI[6], ABU ZUR’AH[7], ABDUL RAHMAN BIN MAHDI[8], IBN HIBBAN, AL-JILI,

B.                  IBN KHARRASH kata, dia soduq[9].

C.                  AL-BAZZAR kata, dia ليس به بأس dan siqah.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

D.                 ASQALANI kata, dia soduq, ada banyak waham[10].

E.                  IBN SAAD kata, dia adalah qadhi andalusia, siqah dan banyak riwayatkan hadis[11].

F.                   ALI BIN ADAM kata, dia soduq dan punyai waham[12].

G.                 ABU HATIM AL-RAZI kata, dia soleh al-hadis, hasan al-hadis, hadisnya ditulis, tidak dibuat hujah.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

IBN AMMAR kata, ulama menyangka bahawa dia tidak tahu apa-apa pun berkenaan hadis[13].


[1] Ada orang kata, dia meninggal selepas tahun 170 hijrah. Mursyid:1/84

[2] Masyariq:1/174

[3] Masyariq:1/175

[4] Masyariq:1/175

[5] Masyariq:1/175

[6] Mursyid:1/8| Masyariq:1/175

[7] Mursyid:1/84

[8] Masyariq:1/175

[9] Masyariq:1/175

[10] Mursyid:1/84

[11] Masyariq:1/175

[12] Masyariq:1/174

[13] Masyariq:1/175

Sunday, May 28, 2023

MUHAMMAD BIN JAAFAR AL-HUZALI @ ABU ABDILLAH AL-BASRI @ GHUNDAR (193H)

 

مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ

[] MUHAMMAD BIN JAAFAR AL-HUZALI @ ABU ABDILLAH AL-BASRI @ GHUNDAR (193H[1])

 

[] Dia dipanggil غندر kerana dalam kalangan penduduk HIJAZ, perkataan GHUNDAR memberi maksud الشغب—rusuhan. Hal ini kerana, dia suka merusuh kepada IBN JURAIJ sehingga IBN JURAIJ kata kepadanya: اسكن يا غندر[2]

 

[] IBN MAIN kata, dia amalkan amalan berpuasa Nabi daud selama 50 tahun[3].

 

[] IBN MAIN kata lagi, aku jumpa dengan GHUNDAR. Dia cakap: aku tidak akan meriwayatkan hadis kepada kamu kecuali kamu berjalan di belakang aku. Penduduk Iraq nampak itu, lalu mereka muliakan aku[4].

 

[] AHMAD kata, dia lebih tua berbanding YAHYA BIN SAID AL-QATTAN[5]

 

[] Dia adalah cucu kepada isteri Syu’bah. Dia bermujalasah bersama Syu’bah selama 20 tahun[6]

 

[] Dia belajar hadis dari SYU’BAH selama kurang lebih 20 tahun. Dia kata: aku melazimi SYU’BAH selama 20 tahun. Aku tidak tidak pernah tulis hadis sepertimana aku tulis hadis dari SYU’BAH. Apabila aku tulis hadis darinya, aku akan tunjuk pula apa yang aku tulis itu kepadanya[7].

 

Ahmad kata, dia membentangkan balik kepada gurunya itu, kemungkinan dia seorang yang tidak cerdik. Justeru, dia sahih dari sudut catatan tetapi dia ada ghaflah.

                                                                                                                                       

[] Selain guru kepada BUNDAR, dia juga guru kepada AHMAD BIN HANBAL, ISHAQ, IBN MAIN, IBN AL-MADINI, ABU BAKAR BIN ABI SYAIBAH, OSMAN BIN ABI SYAIBAH dan sebagainya[8].

 

[] KOMENTAR

A.                  Kutub sittah[9].

B.                  Dianggap siqah oleh IBN SA’AD, AL-MUSTAMLI dan AL-IJLI.

C.                  ALI BIN ADAM kata, dia siqah sahih al-kitab kecuali dia ada sedikit lalai[10].

D.                 IBN MAIN kata, dia adalah orang yang paling sahih dari sudut catatan hadis. ada orang nak cari kesalahan, tetapi mereka tidak jumpa[11].

E.                  IBN AL-MADINI kata, selain ABDUL RAHMAN, dia adalah orang yang paling aku suka berkenaan SYU’BAH[12].

F.                   IBN MAHDI kata, kami ambil faedah dari kutub ghundar berkenaan SYU’BAH semasa dia masih hidup lagi[13].

G.                 WAKI’E kata, kitab GHUNDAR adalah yang paling hakam dalam kalangan mereka[14] dan dia adalah الصحيح الكتاب

H.                 ABU HATIM kata, dia soduq, dia muaddib. Hadis syu’bah darinya adalah siqah[15]

I.                    IBN HIBBAN kata, dia orang paling sahih kitab. Cuma ada sedikit ghaflah[16].

J.                    AL-IJLI kata, dia penduduk Basrah yang siqah. Dia adalah orang yang paling sabat hadis Syu’bah[17].

K.                  IBN MUBARAK kata, orang berselisih pendapat berkenaan hadis riwayat dia ambil dari SYU’BAH tetapi sandaran utama adalah catatannya untuk hilangkan kekeliruan itu.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN:

L.                   AMRU BIN AL-ABBAS kata, aku catat semua hadis dari GHUNDAR kecuali hadis yang dia ambil dari IBN ABI ‘ARUBAH kerana ABDUL RAHMAN melarang aku.



[1] Ada ulama kata, dia meninggal tahun 194 hijrah. AL-BUKHARI riwayatkan dari MUHAMMAD BIN AL-MUSANNA bahawa GHUNDAR meninggal pada tahun 192 hijrah. Masyariq:1/115

[2] Manhal:1/308

[3] Masyariq:1/115

[4] Masyariq:1/115

[5] Masyariq:1/115

[6] Ruslan:2/36

[7] Masyariq:1/115 | bazl:1/193

[8] Masyariq:1/115

[9] Masyariq:1/115

[10] Masyariq:1/115

[11] Masyariq:1/115

[12] Masyariq:1/115

[13] Masyariq:1/115

[14] Masyariq:1/115

[15] Masyariq:1/115

[16] Masyariq:1/115

[17] Masyariq:1/115