Friday, August 19, 2022

MUTARRIF BIN ABDULLAH BIN AL-SUKHAIR BIN AUF BIN KA’AB (2H-95H)

 MUTARRIF BIN ABDULLAH BIN AL-SUKHAIR BIN AUF BIN KA’AB (2H-95H)

مُطَرِّفٍ بن عبدالله بن الشخير بن عوف بن كعب

 

Dipanggil dengan ABU ABDILLAH AL-‘AMIRI AL-BASRI. Memandangkan dia dilahirkan pada tahun 2 hijrah, bermakna semasa Nabi saw wafat dia berumur 9 tahun.

 

Memandangkan dia masih kanak-kanak lagi, tidak hairan ulama meletakkan dia dari kalangan TABIIN, bukan sahabat.

 

Dalam pendapat yang popular, dia meninggal dunia tahun 95 hijrah, tetapi ada pendapat lain kata, dia meninggal pada 86 hijrah.

 

Dia terkenal sebagai ahli ibadat dan zuhud di Basrah, malah dikenali sebagai orang yang doanya mustajab. Dikatakan dia mati di era pemerintahan Hajjaj bin Yusuf al-Saqafi.

 

Al-Zahabi ada bawakan satu riwayat daripada Humaid bin Hilal bahawa haruriyah (khawarij) datang berjumpa dengan Mutarrif untuk menyeru agar mengikut pandangan mereka. Dia berkata: kalau aku ada dua diri, salah satu diriku akan berbai’ah dengan kamu dan satu lagi tidak berbai’ah. Jika kamu menyeru kepada hidayah, diri aku yang satu lagi akan ikut kamu. Jika kamu berada dalam kesesatan, binasalah diriku satu, tetapi satu lagi masih berbaki. Namun, apakan daya, aku hanya ada satu diri sahaja.

 

Dalam Tabaqat al-Huffaz, al-Sayuti ada membawakan kenyataan AL-IJLI: tidak berjaya di basrah oleh Fitnah Ibn al-Asy’as kecuali dua lelaki sahaja; iaitu Mutarrif dan ibn Sirin.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, serta dianggap siqah oleh Ibn Sa’ad, al-Ijli bahkan tersenarai dalam al-Siqat.

ABU AL-SUDDIY ABDUL RAHMAN BIN NAHSYAL

 ABU AL-SUDDIY ABDUL RAHMAN BIN NAHSYAL

أَبُو السُّدِّيِّ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بن نهشل

 

Ada kata, nama bapanya adalah ABI KARIM. Dia dipanggil dengan ABU ISMAIL, kerana anaknya bernama ISMAIL. Dia tinggal di Asbahan.

 

Al-‘Uqaili kata, dia majhul yang tidak ada mutaba-ah. Ibn Hajar kata, dia majhul al-Hal. Di tempat lain, Ibn Hajar kata, dia Majhul al-Ain.  Namun, Ibn Hibban anggap dia siqah.

SABIT AL-AHNAF

 SABIT AL-AHNAF

 ثَابِتٌ الْأَحْنَفُ

 

Nama sebenarnya adalah SABIT BIN IYYADH AL-QURASHI AL-‘ADAWI. Dia adalah Tabiin yang sempat berjumpa dengan Ibn Umar, Ibn Amru, Ibn Zubair dan Abu Hurairah.

 

Abu hatim kata, la ba’sa bih; dianggap siqah oleh al-Nasaie dan disenaraikan Ibn Hibban dalam al-Siqat.

ABU RAZIN MAS’UD BIN MALIK AL-KUFI AL-ASADI (85H)

 ABU RAZIN MAS’UD BIN MALIK AL-KUFI AL-ASADI (85H)

 أَبُو رَزِينٍ مسعود بن مالك الكوفي الأسدي

 

Ada orang kata, dia meninggal tahun 91 Hijrah. Namun, pendapat yang paling popular kata, dia meninggal tahun 85 Hijrah.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari tidak meriwayatkan hadisnya.

 

Dia dianggap siqah oleh Abu Zur’ah, al-Ijli dan disenaraikan oleh Ibn Hibban dalam al-Siqat. Kata Abu Hatim, menurut ceritanya dia terlibat dalam perang Siffin dan berpihak kepada Saidina Ali.Imam Bukhari riwayatkan hadisnya secara ta’liq dan dalam al-Adab al-Mufrad sahaja.

Wednesday, August 17, 2022

UBAIDULLAH BIN ABDILLAH BIN UTBAH BIN MAS’UD AL-HAZLI (98H)

 UBAIDULLAH BIN ABDILLAH BIN UTBAH BIN MAS’UD AL-HAZLI (98H)

عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ الهذلي

 

Ulama Madinah ini salah seorang dari kalangan Tabiin dan guru kepada Umar bin Abdul Aziz. Dia adalah adik beradik kepada seorang lagi ulama hadis yang bernama AUN BIN ABDULLAH BIN UTBAH.

 

Atuknya bernama UTBAH BIN MAS’UD adalah sahabat nabi yang merupakan ketua bagi Bani Zahrah. Atuknya ini adalah adik beradik dengan ABDULLAH BIN MAS’UD yang merupakan sahabat Nabi yang terkenal.

 

Dia salah seorang dari kalangan al-Fuqaha’ al-Sab’ah (tujuh orang ahli fiqh Madinah yang menjadi rujukan pada Tabiin).

 

Dia meninggal pada tahun 98 hijrah (ada kata: 99H). Sebelum dia meninggal, dia ditimpa sakit mata sehingga hilang penglihatannya.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.

BISYR BIN MUHAMMAD (224H)

 BISYR BIN MUHAMMAD (224H)

بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ

 

Namanya adalah ABU MUHAMMAD BISYR BIN MUHAMMAD AL-SAKHTIYANI AL-MARUZI.

 

Digelar sebagai SAKHTIYANI kerana kerjanya adalah menjual barang kulit.

 

Abu hatim kata, dia seorang penganut fahaman Murjiah. Al-Asqalani pula kata, dia soduq serta  dituduh sebagai Murjiah.

 

Namanya hanya ada dalam sahih al-Bukhari sahaja. Dalam sunan lain tidak terdapat namanya.

ABDAN ABDULLAH BIN OSMAN AL-MARUZI (145H-221H)

 ABDAN ABDULLAH BIN OSMAN AL-MARUZI (145H-221H)

عَبْدَانُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ الْمَرْوَزِيُّ

 

Nama sebenarnya adalah ABU ABDUL RAHMAN ABDULLAH BIN OSMAN BIN JABLAH BIN ABI RAWWAD AL-AZDI AL-‘ITQI AL-MARUZI. Namun, dia lebih dikenali dengan panggilan ‘ABDAN.

 

Dia pernah menjawat jawatan Qadhi di Jurjan (salah satu tempat di Afghanistan).

 

Dia adalah Rijal al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi dan al-nasaie. Namanya tidak dijumpai dalam riwayat Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

Saturday, August 13, 2022

AL-MU’TAMIR BIN SULAIMAN BIN TURKHON AL-TAIMIY AL-BASARI (106H-187H)

 AL-MU’TAMIR BIN SULAIMAN BIN TURKHON AL-TAIMIY AL-BASARI (106H-187H)

 الْمُعْتَمِرُ ابْنَ سُلَيْمَانَ بن طرخان التيمي البصري

 

Dia dipanggil dengan ABU MUHAMMAD AL-BASRI.

 

Dianggap siqah oleh Ibn Sa’ad, Abu Hatim, Ibn Ma’in dan al-Ijli.

 

Ibn Kharrasy kata, dia soduq yang buat silap, iaitu apabila dia bercerita dengan hafalannya. Namun, jika dia bercerita secara berkitab, maka dia siqah. Dengan sebab itu, Yahya bin Sa’id al-Qattan kata, dia buruk hafalan.

 

Ulama Basrah ini adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, serta perawi siqah.

MUHAMMAD BIN UBAID BIN HASSAN AL-GHUBARI AL-BASRI (238H)

 MUHAMMAD BIN UBAID BIN HASSAN AL-GHUBARI AL-BASRI (238H)

 مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ بن حساب الغبري البصري

 

Dia adalah Guru Muslim dan Abu Daud, dan rijal al-Nasaie.

 

Al-Nasaie kata dia siqah; Abu Daud kata dia hujah; Abu hatim kata dia soduq.

AYYUB BIN ABI TAMIMAH KAISAN AL-SUKHTIYANI (68H-131H)

 AYYUB BIN ABI TAMIMAH KAISAN AL-SUKHTIYANI (68H-131H)

أَيُّوبُ ابن ابي تميمة كيسان

 

Dia dipanggil dengan ABU BAKAR AL-SUKHTIYANI AL-ANZI AL-BASRI. Dia adalah Tabiin, yang sempat melihat Anas bin malik. Syu’bah kata: dia adalah penghulu para fuqaha’. Sufyan bin Uyaynah kata: Aku tidak pernah jumpa tabiin seperti dia.

 

Dia digelar AL-ANZI sebab merujuk kepada kabilah dari keturunan ANZAH BIN RABI’AH.

 

Ulama berbeza pendapat berkenaan tarikh lahirnya, 66H (kata: Ismail bin Ulayyah) atau 68H (kata al-Zahabi). Hujah al-Zahabi, dia dilahirkan di tahun Ibn Abbas meninggal dunia.

 

Digelar dengan السختياني adalah kerana dia bekerja sebagai pembuat kulit buku dari kulit kambing. Perkataan سختيان; ada kata bahasa Farsi, dan ada kata bahasa Yunan.

 

Terkenal dengan merendah diri dengan ilmu. Ibn Syuzab pernah bercerita bahawa apabila ditanya sesuatu yang dia tidak tahu, dia akan kata: Bertanyalah ahli Ilmu.

 

Dia seorang yang zuhud yang dia sembunyikan kezuhudannya. Pernah terjadi bahawa orang datang rumahnya ada karpet mewah, yang dia tidak duduk kecuali ada tetamu sahaja. Ketika tidak ada tetamu, dia duduk atas pelapik yang diperbuat dari guni.

 

Syu’bah bercerita bahawa Ayub amat berjaga-jaga dengan masa. Tidak pernah lewat apabila berjanji, bahkan dia selalu datang awal dari waktu yang dijanjikan.

 

Hammad bin Zaid kata, dia amat tegar dalam mengikut Sunnah. Dia amat anti-khawarij sehingga dia pernah berkata: Khawarij itu hanya berbeza pada nama, tetapi bersepakat dalam hal pedang.

 

Juga amat anti-Bid’ah sehingga dia pernah kata: tidak bertambah ahli bid’ah itu sebarang ijtihad kecuali dia menambahkan dirinya jauh dari Allah.

 

Hammad berkata bahawa Ayyub pernah berkata: kamu tidak akan nampak kesalahan guru kamu kecuali kamu selalu duduk bersamanya.

 

Apabila dapat berita seorang pengamal sunnah yang kuat meninggal dunia, dia selalu cakap: telah hilang satu anggota dari anggota-anggota badanku.

 

Dia mati pada tahun 131 hijrah di Basrah, ketika itu Basrah ditimpa penyakit taun. Namun, tidak dijelaskan apakah dia terjebak dengan penyakit tersebut.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.

HABIB BIN AL-SYAHID AL-AZDI AL-BASRI (79H-145H)

 HABIB BIN AL-SYAHID AL-AZDI AL-BASRI (79H-145H)

حَبِيبُ بْنُ الشَّهِيدِ الأزدي البصري

 

Ulama Basrah ini dipanggil dengan ABU MUHAMMAD AL-AZDI. Ada dakwaan kata, dipanggil dengan ABU SYAHID AL-BASRI.

 

Dianggap siqah oleh Ahmad, al-Nasaie, al-‘Ijli, al-Daraqutni, Ibn Ma’in dan Abu Hatim.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi siqah lagi sahih.

YAHYA BIN SA’ID AL-QATTAN (110H-178H)

 YAHYA BIN SA’ID AL-QATTAN (110H-178H)

يَحْيَى بن سعيد القطان

 

Nama penuhnya adalah YAHYA BIN SA’ID BIN AL-FARUKH AL-QATTAN AL-AHWAL. Dipanggil sebagai ABU SA’ID AL-TAMIMI.

 

Ulama Iraq ini, adalah murid kepada Imam malik dan Abu Hanifah, dan guru kepada Ahmad bin hambal.

 

Dia bukan sekadar imam dalam bidang hadis, malah imam dalam ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil. Mendapat jolokan AMIRUL MU’MININ FI AL-HADIS.

 

Al-Hafiz Ibn Ammar pernah berkata: kalau kamu lihat kepada yahya, dengan pakaian dia sebagai seorang peniaga, kamu tidak akan rasa dia hebat. Apabila dia bercakap, para fuqaha’ akan terdiam.

 

Waraknya, pernah diceritakan oleh cucunya, Ahmad bin Muhammad bin Yahya al-Qattan bahawa atuknya tidak suka bergurau, tidak pernah aku lihat dia ketawa kecuali senyum sahaja, aku tidak nampak dia masuk hammam (bilik mandi orang arab) dan dia memakai inai pada rambutnya.

 

Ibn al-Madini pernah kata, aku tidak dapati orang yang terlebih tahu berkenaan rijal kecuali Yahya. Aku dapati dia amat sabat.

 

Dhobit dan hafazannya diakui hebat oleh Ahmad, al-Nasaie dan Ibn Hibban.

 

Al-Jili kata, dia tidak akan riwayatkan hadis kecuali dia dah pastikan perawi hadis itu siqah. Al-Daraqutni kata, dia amat teliti sehinggakan andai ada sesuatu hadis yang hatinya rasa sangsi, dia pasti tidak akan riwayatkan hadis tersebut.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi yang siqah lagi sahih.

MUHAMMAD BIN ‘AJLAN AL-QURASHI AL-MADANI (148H)

 MUHAMMAD BIN ‘AJLAN AL-QURASHI AL-MADANI (148H)

مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ القرشي المدني

 

Ulama Madinah ini dilahirkan di era pemerintahan Abdul Malik bin Marwan. Dia terkenal dengan ahli ibadat serta faqih. Dia ada halaqah ilmu di Masjid Nabawi, di situ dia menjawab soalan-soalan fiqh umat. Dia selalu inaikan janggutnya.

 

Ibn Uyaynah memuji Ibn ‘Ajlan. Namun, al-Zahabi kata, hadisnya tidak pernah sampai tahap sahih. Habis-habis tinggi pun, setahap hasan.

 

Yahya bin Sa’id kata, dia selalu mudhtarib jika hadis yang dia ambil itu dari NAFI’. Ibn hibban kata, dia seorang mudallis.

 

Dia adalah Rijal Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari tidak riwayatkan hadisnya kecuali secara ta’liq, dan Muslim juga tidak riwayatkan hadisnya kecuali secara secara mutaba-ah

‘AJLAN

 ‘AJLAN

عجلان

 

Dia adalah bapa kepada seorang perawi hadis bernama MUHAMMAD BIN ‘AJLAN.

 

Ibn Hibban meletakkan namanya salam senarai al-Siqat. Dia adalah perawi Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah.

MUHAMMAD BIN SIRIN (33H-110H)

 MUHAMMAD BIN SIRIN (33H-110H)

مُحَمَّدٍ بن سيرين

 

Dia dipanggil dengan ABU BAKAR AL-ANSARI AL-BASRI. Dia salah seorang ulama yang menghafal hadis sehingga digelar sebagai AL-HAFIZ.

 

Sering disebut sebagai orang yang mahir dalam ilmu takwil mimpi, bahkan sebenarnya dia turut mahir dalam ilmu tafsir dan ilmu hadis. Dia adalah tabiin.

 

Dia dilahirkan di era pemerintahan Saidina Osman. Bapanya adalah hamba kepada ANAS BIN MALIK. Bapanya telah dimerdekakan oleh Anas selepas dari PERANG AIN AL-TAMAR (tempat di barat kufah) yang dikepalai oleh Khalid bin al-Walid.

 

Ibunya bernama SOFIYAH yang merupakan hamba kepada ABU BAKAR AL-SIDDIQ, lalu dimerdekakan.

 

Dia terkenal dengan warak, sehinggakan setelah HAJJAJ mati, ada orang kutuk HAJJAJ, dia terus menegur dengan berkata: Hajjaj sudah mati. Tindakan kamu sebegini, dibimbangi berdosa di sisi Allah lebih besar dari dosa yang dilakukan oleh HAJJAJ.

 

Kewarakannya lebih terserlah, apabila diceritakan bahawa semasa dia di pasar, ada orang ternampak dia terus beristighfar dan bertasbih dan tahlil.

 

Dia seorang peniaga di pasar. Apabila dia pulang dari berniaga pada waktu malam, dia akan solat dan membaca al-Quran sehingga menangis.

 

Abu Qilabah ada bercerita bahawa ada seseorang lelaki datang berjumpa dengan Ibn Sirin. Dia kata, dia mimpi kencing berdarah. Ibn Sirin tanya dia: apakah kamu ada setubuhi isteri kamu ketika dia sedang haid? Dijawab: ya. Ibn Sirin pun kata: takutlah kamu kepada Allah dan jangan ulangi lagi.

 

Mahdi bin Maimun ada bercerita bahawa ada suatu hari dia nampak Ibn Sirin sedang berbual dengan beberapa orang temannya. Kelihatan dia ketawa sehingga dia berbongkok. Lalu, ada salah seorang mereka membaca hadis, dia terus terdiam seperti orang yang mati.

 

Asy’as berkata: ibn Sirin apabila ditanya hukum halal – haram, warna mukanya akan berubah.

 

Ibn Syubrumah pernah berkata: aku tidak nampak orang yang amat berani dalam fatwanya.

 

Hisham pernah kata:

ما رأيت أحدًا عند السلطان أصلب من ابن سيرين

Aku tidak nampak seorang pun yang lebih keras terhadap sultan berbanding ibn Sirin.

 

Tidak dinafikan bahawa Ibn Sirin memang mahir dalam takwil mimpi. Namun, kitab ta’bir ru’ya yang disandarkan kepada Ibn Sirin tidak boleh dipertanggungjawabkan.

 

Ada dakwaan mengatakan bahawa kitab tersebut, sebenarnya bukan tulisan Ibn Sirin, tetapi tulisan seorang ulama bermazhab syafie bernama ABDUL MALIK BIN MUHAMMAD AL-KHARKUSHI AL-NAISABURI (407H)

 

Dia adalah pemula kepada penggunaan perkataan AHL AL-SUNNAH. Dalam riwayat ada menyebyt bahawa dia berkata:

 

لم يكونوا يسألون عن الإسناد فلما وقعت الفتنة قالوا سموا لنا رجالكم فينظر إلى أهل السنة فيؤخذ حديثهم وينظر إلى أهل البدع فلا يؤخذ حديثهم

“Dahulu, mereka tidak tanya sanad. Apabila berlaku fitnah, mereka berkata: sebutkan nama-nama rijal kamu kepada kami. Perlu diperhatikan kepada Ahli al-Sunnah, maka diambil hadisnya. Dan dilihat kepada ahli bid’ah, maka hadis mereka tidak boleh diambil”

 

Orang yang kuat berpuasa dengan puasa Nabi Daud. 

 

Dia menolak riwayat secara makna. Ibn Sa’ad kata, dia seorang siqah ma’mun faqih ilmu banyak serta warak.

 

Ahmad, Ibn Main dan ibn Hibban kata, dia seorang siqah. Bakar al-Muzani kata, aku tidak pernah jumpa orang sewarak Ibn Sirin. Bahkan, Ibn Hibban kata, dia orang yang paling warak dalam kalangan penduduk basrah.

 

 Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi yang siqah lagi sahih.

HISHAM BIN HASSAN AL-AZDI AL-QARDUSI (148H)

 HISHAM BIN HASSAN AL-AZDI AL-QARDUSI (148H)

 هِشَامٍ بن حسان الأزدي القردوسي

 

Dia berasal dari basrah dan rata-rata anggap dia siqah kecuali sebilangan kecil anggap dia لا بأس به seperti Ahmad dan Ibn Ma’in.  ataupun, Abu Hatim anggap dia soduq.

 

Maksud HISHAM di sini adalah bukan Hisham bin urwah sepertimana dakwaan AL-AINI (1/206), sebab Hisham bin Urwah tidak pernah belajar dengan Muhammad bin Sirin. Justeru, hisham di sini adalah hisham bin hasan, kerana memang terbukti bahawa hisham murid kepada Ibn Sirin. (al-Tawassut)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi yang siqah lagi sahih, bahkan salah seorang ulama hadis mendapat gelaran AL-HAFIZ.

ZAIDAH BIN QUDAMAH AL-SAQAFI (161H)

 ZAIDAH BIN QUDAMAH AL-SAQAFI (161H)

زَائِدَةُ بن قدامة الثقفي

 

Dia dipanggil Abu al-Solt al-Kufi. Dia antara ulama hadis yang digelar sebagai AL-HAFIZ. dia bukan sekadar terkenal dalam bidang hadis, bahkan amat terkenal juga dalam bidang tafsir al-Quran.

 

Dia meninggal dunia pada tahun 161H, di bumi rom.

 

Dia dianggap SIQAH oleh al-Nasaie, Abu Hatim, Al-Ijli. Ibn Sa’ad kata, dia siqah ma’mun. Ibn Hibban kata, dia seorang huffaz yang mutqin. Al-Daraqutni kata, dia imam yang sabat.

 

Abu Zur’ah pula kata, dia soduq dari kalangan ahli ilmu. Mati di rom tahun perangan AL-HASAN BIN QAHTABAH. (Al-Aini:1/206)

 

Menurut al-Sayuti dalam tabaqat al-Huffaz, dia dikatakan orang yang amat tegas dengan ahli Bid’ah. Andai ada orang datang mahu berbual dengannya, dia akan tanya lebih dahulu, apakah dari ahl al-Sunnah atau tidak. Jika ahli Bid’ah, dia tidak akan berbual dengan orang itu.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi siqah lagi sahih.

AHMAD BIN YUNUS (132H-227H)

 AHMAD BIN YUNUS (132H-227H)

أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ

 

Nama penuhnya adalah AHMAD BIN ABDULLAH BIN YUNUS. Dia dipanggil dengan ABU ABDILLAH AL-YARBU’IE. 

 

KOMEN ULAMA:

(a)                AHMAD ditanya: siapakah orang yang terbaik untuk nak catat ilmu. Jawab AHMAD, pergilah kepada Ahmad bin Yunus kerana dia adalah SYAIKH AL-ISLAM.

(b)               ABU HATIM kata, dia siqah mutqin.

(c)                ABU DAUD tanya AHMAD BIN YUNUS. Dia jawab, jangan kamu solat belakang orang yang kata al-Quran adalah makhluk. Mereka adalah kafir.

(d)               AL-ZAHABI kata, antara kemuliaan AHMAD BIN YUNUS di sisi al-Bukhari adalah, bahawa hadis yang sama dia akan dapati dari YUSUF BUN MUSA.


Dia adalah guru al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud, dan merupakan Rijal al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.


*** 


َحْمَدُ بْنُ يُونُسَ

[] AHMAD BIN ABDILLAH BIN YUNUS AL-YARBU’I AL-HAFIZ (132H – 227H)

 

[] Sering disebut AHMAD BIN YUNUS tanpa disebut nama bapanya.

 

[] Dia dilahirkan, tinggal dan meninggal dunia di Kufah.

 

[] Dalam Siyar, al-Zahabi nukilkan bahawa al-Bukhari kata, dia meninggal pada bulan Rabiul Awal. Perkara yang saya disebut oleh AL-SAYUTI dalam TABAQAT AL-HUFFAZ.

 

[] Dia dengar hadis juga dari atuknya, iaitu YUNUS BIN ABDILLAH BIN QAIS AL-YARBU’IE.

 

[] ABU DAUD menyatakan, AHMAD BIN YUNUS ini amat terkenal bersikap keras terhadap muktazilah yang mengatakan al-Quran makhluk. Bahkan dia pernah berpesan: jangan kamu solat di belakang orang yang mengatakan al-Quran itu makhluk. Mereka ini adalah kafir.

 

[] Dia adalah guru al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Dia rijal Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah.

 

[] Dalam TABAQAT AL-HUFFAZ, al-sayuti kata, dia adalah murid yang ambil hadis dari Sufyan al-Sauri ketika hampir dengan kematian Sufyan.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  ABU HATIM kata, dia siqah Mutqin.

B.                  AHMAD (murid: al-fadhl bin Ziyad) kata, aku bermusafir berjumpa dengan AHMAD BIN YUNUS. Dia adalah syaikh al-Islam.


ABU AL-AHWAS (179H)

 ABU AL-AHWAS (179H)

أَبُو الْأَحْوَصِ

 

Namanya SALLAM BIN SULAIM AL-HANAFI AL-KUFI. Al-Aini kata (1/203), Abu Al-Ahfas adalah AUF BIN MALIK BIN NADHLAH (90H)

 

KHATTAB AL-SUBKI kata, itu dakwaan yang salah. Hujah menolak itu adalah seperti berikut;

 

Satu: dalam kitab TAHZIB AL-TAHZIB dijelaskan bahawa MUSADDAD tidak pernah belajar dengan AUF, tetapi pernah belajar dengan SALLAM BIN SULAIM. Begitujuga, AUF bukan murid kepada SIMAK. Tetapi, murid kepada SALLAM. 

 

Dua: AUF adalah TABIIN meninggal pada tahun 90H, sedangkan MUSADDAD dilahirkan pada 150H. Dalam perkataan lain, Musaddad dilahirkan 60 tahun selepas kematian Auf. justeru, tidak munasabah dikatakan Abu al-Ahwas yang merupakan guru Musaddad adalah AUF BIN MALIK BIN NADHLAH. (al-Manhal:1/241)

 

Justeru, ABU AL-AHWAS adalah SALLAM BIN SULAIM, bukan AUF BIN MALIK BIN NADHLAH.

 

Diceritakan bahawa suatu hari ramai orang belajar hadis di rumahnya. Dia pun memberitahu kepada anaknya, al-ahwas: Wahai Anakku, berdirilah dan sesiapa yang kamu nampak dia hina Sahabat Nabi, maka keluarkan dia dari rumah ini.

 

Dia riwayatkan hadis sebanyak 4 ribu hadis.

 

Al-Ijli kata dia siqah dan صاحب السنة واتباع. Ibn Main kata, dia siqah mutqin. Ibn Hibban, Abu Zur’ah dan al-nasaie kata, dia siqah. Abu Hatim kata, dia Soduq.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, serta perawi yang siqah lagi sahih.

SIMAK BIN HARB (123H)

 SIMAK BIN HARB (123H)

سِمَاكٌ بن حرب

 

Nama penuhnya adalah SIMAK BIN HARB BIN AUS BIN KHALID AL-ZUHLI (Ada kata: AL-HUZALI). Dia dipanggil ABU AL-MUGHIRAH AL-KUFI.

 

Salah seorang tokoh kenamaan dalam kalangan Tabiin. Dia dakwa bahawa dia sempat jumpa seramai 80 orang sahabat.


Dia pernah buta mata. Tetapi, dia berdoa kepada Allah agar dikembalikan penglihatannya, maka dia dapat melihat kembali.

 

Ulama khilaf berkenaan statusnya. Ibn Main dan Abu Hatim anggap dia siqah. Abu hatim tambah, dia soduq. Ibn ‘Adi kata, dia soduq yang la ba’sa bih (pertengahan).  Syu’bah, Ibn al-Mubarak dan al-Sauri pula kata, dia doif. Al-Bazzar kata, aku tidak tahu bahawa orang tinggalkan riwayatnya.

 

Menurut AL-SAHRANPURI, di akhir umurnya, hafalannya berubah sehingga terpaksa diberi ingatan. Kalau dilihat factor ini, tidak hairan ada pihak anggap dia sebagai doif, dan factor itu juga Imam Bukhari tidak mengambil riwayatnya.

 

Apabila dia ambil hadis dari IKRIMAH, perlu diteliti. Hal ini kerana, dia pernah lakukan TALQIN terhadap IKRIMAH. Justeru, riwayat dia dari IKRIMAH tidak boleh diterima kecuali ada penguat yang lain, seperti ada syawahid dan mutaba-ah.

 

Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah. Hanya al-Bukhari sahaja tidak riwayatkan hadisnya.