ABU AL-AHWAS (179H)
أَبُو
الْأَحْوَصِ
Namanya
SALLAM BIN SULAIM AL-HANAFI AL-KUFI. Al-Aini kata (1/203), Abu Al-Ahfas adalah AUF BIN
MALIK BIN NADHLAH (90H)
KHATTAB AL-SUBKI kata, itu dakwaan yang salah. Hujah menolak
itu adalah seperti berikut;
Satu: dalam kitab TAHZIB AL-TAHZIB dijelaskan bahawa
MUSADDAD tidak pernah belajar dengan AUF, tetapi pernah belajar dengan SALLAM
BIN SULAIM. Begitujuga, AUF bukan murid kepada SIMAK. Tetapi, murid kepada
SALLAM.
Dua: AUF adalah TABIIN meninggal pada tahun 90H,
sedangkan MUSADDAD dilahirkan pada 150H. Dalam perkataan lain, Musaddad
dilahirkan 60 tahun selepas kematian Auf. justeru, tidak munasabah dikatakan
Abu al-Ahwas yang merupakan guru Musaddad adalah AUF BIN MALIK BIN NADHLAH. (al-Manhal:1/241)
Justeru,
ABU AL-AHWAS adalah SALLAM BIN SULAIM, bukan AUF BIN MALIK BIN NADHLAH.
Diceritakan bahawa suatu hari ramai orang belajar
hadis di rumahnya. Dia pun memberitahu kepada anaknya, al-ahwas: Wahai Anakku,
berdirilah dan sesiapa yang kamu nampak dia hina Sahabat Nabi, maka keluarkan
dia dari rumah ini.
Dia riwayatkan hadis sebanyak 4 ribu hadis.
Al-Ijli kata dia siqah dan صاحب
السنة واتباع. Ibn Main kata, dia siqah mutqin. Ibn Hibban, Abu Zur’ah dan
al-nasaie kata, dia siqah. Abu Hatim kata, dia Soduq.
No comments:
Post a Comment