IKRIMAH (20H-107H)
عِكْرِمَةَ
Dia dipanggil dengan ABU ABDILLAH AL-QURASHI
AL-HASHIMI AL-MADANI. Ada pula kata, ABU MUJALID.
Dia berasal dari bangsa al-Barbar dalam kalangan
penduduk al-Maghrib. Dia pernah sampai ke afrika, Yaman, Madinah, mesir,
Khurasan, Mekah dan meninggal dunia di Madinah.
Dia dianggap siqah oleh Ahmad, Abu Hatim dan
al-Nasaie. Bahkan, al-Ijli kata, dakwaan orang kononnya dia tidak siqah itu
adalah tidak benar.
Imam al-Bukhari pernah menyatakan bahawa tidak ada
seorang pun ahli hadis yang tidak berhujah dengan riwayat Ikrimah. Bahkan,
al-Maruzi berkata bahawa umum ahli ilmu berhujah dengan hadisnya. Ishaq bin
Rahwiyyah juga menyatakan bahawa Ikrimah adalah Imam Dunia di sisi kamu.
Namun begitu, Ibn Sa’ad kata, dia banyak ilmu, tetapi
tidak boleh dibuat hujah pada hadisnya. Tetapi, Ibn ‘Adi pula kata, apabila
yang meriwayatkan hadis darinya adalah para siqah, maka hadisnya boleh dibuat
hujah.
Al-Sahranpuri kata, ulama khilaf berkenaan dengan Jarh
dia; ada setengah kata dia pendusta seperti Yahya bin Sa’id al-Ansari; ada
kata, dia seorang penganut khawarij seperti Mus’ab bin Abdullah al-Zubairi; dan
ramai pula anggap dia siqah. (al-Bazl:1/152)
Dia adalah rijal al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan
Nasaie. Dia adalah seorang perawi siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment