YAHYA BIN SA’ID AL-QATTAN (110H-178H)
يَحْيَى بن سعيد القطان
Nama penuhnya adalah YAHYA BIN SA’ID BIN AL-FARUKH
AL-QATTAN AL-AHWAL. Dipanggil sebagai ABU SA’ID AL-TAMIMI.
Ulama Iraq ini, adalah murid kepada Imam malik dan Abu
Hanifah, dan guru kepada Ahmad bin hambal.
Dia bukan sekadar imam dalam bidang hadis, malah imam
dalam ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil. Mendapat jolokan AMIRUL MU’MININ FI AL-HADIS.
Al-Hafiz Ibn Ammar pernah berkata: kalau kamu lihat
kepada yahya, dengan pakaian dia sebagai seorang peniaga, kamu tidak akan rasa
dia hebat. Apabila dia bercakap, para fuqaha’ akan terdiam.
Waraknya, pernah diceritakan oleh cucunya, Ahmad bin
Muhammad bin Yahya al-Qattan bahawa atuknya tidak suka bergurau, tidak pernah
aku lihat dia ketawa kecuali senyum sahaja, aku tidak nampak dia masuk hammam
(bilik mandi orang arab) dan dia memakai inai pada rambutnya.
Ibn al-Madini pernah kata, aku tidak dapati orang yang
terlebih tahu berkenaan rijal kecuali Yahya. Aku dapati dia amat sabat.
Dhobit dan hafazannya diakui hebat oleh Ahmad,
al-Nasaie dan Ibn Hibban.
Al-Jili kata, dia tidak akan riwayatkan hadis kecuali
dia dah pastikan perawi hadis itu siqah. Al-Daraqutni kata, dia amat teliti
sehinggakan andai ada sesuatu hadis yang hatinya rasa sangsi, dia pasti tidak
akan riwayatkan hadis tersebut.
Dia adalah
rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi yang siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment