Sunday, February 27, 2022

YAHYA BIN SA’ID BIN QIAS BIN AMRU AL-ANSARI (70H-143H)

 YAHYA BIN SA’ID BIN QIAS BIN AMRU AL-ANSARI (70H-143H)

يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ ابن قيس بن عمرو الانصاري

 

Dilahirkan di Madinah dan meninggal di Baghdad.

 

Dia adalah salah seorang murid kepada tujuh orang fuqaha’ Madinah dari kalangan Tabiin yang dikenali sebagai Fuqaha’ al-Sab’ah.

 

Dikatakan bahawa dia sempat belajar dengan Sa’id bin Musayyib dan Urwah bin Zubair. Juga sempat menjadi mufti di Madinah dan Qadhi di Iraq.

 

Ramai ulama akui dia siqah, seperti al-Nasaie, Ibn al-Madini, al-Asqalani, Abu Zur’ah al-Razi, Ahmad bin Soleh al-Jili, Ibn Sa’ad, Ibn Hibban dan yahya bin Ma’in.

 

Namun begitu, terdapat sedikit kritikan seperti dakwaan al-Dimyati, Ibn al-Madini dan yahya bin Said al-Qattani mengatakan bahawa bahawa dia adalah seorang mudallis.

 

 Walaubagaimana pun, dia adalah rijal kutub al-Sittah.

MALIK BIN ANAS (93H-179H)

 MALIK BIN ANAS (93H-179H)

عَنْ مَالِكٍ بن انس

 

Pengasas Mazhab Maliki. Dilahirkan di Madinah dan mati di tempat yang sama.

 

Atuknya bernama MALIK BIN ABI ‘AMIR AL-ASBUHI AL-HIMYARI; seorang tabiin yang ada meriwayatkan hadis dari Omar bin al-Khattab, Osman bin Affan, Talhah bin Ubaidullah, Aisyah, Abu Hurairah, Hassan bin Sabit, ‘Aqil bin Abi Talib dan sebagainya.

 

Moyangnya bernama ABU ‘AMIR NAFI’ BIN AMRU yang al-Qadhi Bakar bin al-‘Ala’ al-Qusyairi menyatakan bahawa dia salah seorang saahabt Rasulullah saw yang terlibat semua peperangan kecuali perang Badar sahaja.

 

Ada pula dakwaan lain kata, moyangnya bukan sahabat, tetapi MUKHDARAM; dia sampai di Madinah selepas Nabi saw sudah wafat.

 

Imam Malik mempunyai empat orang anak, iaitu Yahya, Muhammad, Hammad dan Fatimah.

 

Imam Malik terkenal sebagai seorang yang terkenal dengan kealiman dalam bidang hadis dan fiqh. Terkenal juga dengan kekuatan hafalan dan kebijaksaaan.

 

Ia adalah pengarang kitab AL-MUWATTA’ yang merupakan kitab hadis yang paling sahih sebelum penulisan kitab hadis.

 

Al-Imam al-Syafie pernah berkata:

 

ما بعد كتاب الله تعالى كتابٌ أكثرُ صواباً من موطأ مالك

“Kitab yang paling benar selepas al-Quran adalah Muwatta’ Malik”

 

Guru hadis yang paling lama dia belajar adalah Nafi’, iaitu bekas hamba kepada Abdullah bin Umar yang sanad Nafi’ adalah dari bekas tuannya itu.

 

Dia mengajar hadis di masjid Nabawi. Bahkan, turut mengeluarkan fatwa-fatwa fiqh di situ.

 

Imam Malik antara ulama yang teramat berhati-hati dalam memberikan fatwa kerana bimbang tersalah dalam fatwa. Ekoran itu, semasa dia memulakan jawapan dari seorang fiqh, dia akan mulakan dengan menyebut:

 

ما شاء الله لا قوة إلا بالله

 

Dan dia sering menjawab: “Aku tidak tahu”, dalam banyak jawapan-jawapan dari persoalan fiqh yang dibangkitkan kepadanya.

 

Dalam periwayatan hadis, dia amat tegas dari perawi ahli Bid’ah. Dengan sebab itu, tidak riwayat dari syiah dari beliau.

 

Sebelum meninggal dunia, dia sakit selama 22 hari. Jenazah dia dikebumikan di Baqi’, dan turut menunaikan solat jenazahnya adalah gabenor Madinah, Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim.

SAHABAT: ABDULLAH BIN UMAR (10SH-73H)

 ABDULLAH BIN UMAR (10SH-73H)

 عبدالله ابْنَ عُمَرَ

 

Dia adalah anak kepada Saidina Umar bin al-Khattab yang terkenal dengan periwayatan hadis serta kafaqihan ilmu. Dilahirkan di Mekah dan mati di Mekah juga. Pernah sampai di beberapa negara, seperti Syam, Iraq, Farsi, Mesir dan Afrika.

 

Adik beradik si ibu sebapa dengan Hafsah (isteri Nabi saw) yang nama ibunya ZAINAB BINTI MAZ’UN.

 

Antara sahabat yang banyak mengeluarkan fatwa dan banyak riwayatkan hadis.

 

Masuk islam semasa di mekah, bersama dengan bapanya, Saidina Umar.

 

Awal terlibat perang adalah perang Khandaq yang ketika itu berumur 15 tahun. Sebelum itu tidak berperang, kerana Nabi tidak izin ekoran umurnya terlalu muda.

 

Dia meninggal pada era Hajjaj Yusuf al-Saqafi yang Hajjaj turut menunaikan solat jenazahnya.

 

Dikatakan badannya agak gemuk dan kepalanya botak. Dia suka pakai wangian. Cincinnya tertulis Namanya “Abdullah bin Umar”.

 

Jawatan-jawatan yang ditawarkan dan dia tolak adalah jawatan qadhi pada era Osman dan jawatan Gabenor di Syam pada era Ali.

 

ABU KHALAF MARWAN AL-ASFAR BIN KHAQAN AL-BASRI

 ABU KHALAF MARWAN AL-ASFAR BIN KHAQAN AL-BASRI

ابو خلف مَرْوَانَ الْأَصْفَرِ بن خاقان البصري

 

Tabiin dari Basrah. Dalam al-Bukhari, dikatakan dia ambil hadis dari Anas bin malik dan Ibn Umar.

 

Dia adalah salah seorang perawi yang disenaraikan oleh Ibn Hibban dalam kitab al-Siqat. Dia juga adalah rijal al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi.

ABU SALAMAH AL-HASAN BIN ZAKWAN AL-BASRI

 ABU SALAMAH AL-HASAN BIN ZAKWAN AL-BASRI

ابو سلمة الْحَسَنِ بْنِ ذَكْوَانَ البصري

 

Yahya pernah kata, dia adalah mungkar al-Hadis. Ahmad bin Hanbal dan Zakaria bin Yahya al-Saji kata, hadis-hadisnya batil. Al-Nasaie, Abu Hatim al-Razi, Abu Zur’ah al-Razi dan al-Daraqutni mengatakan dia Doif. Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia seorang mudallis hadis yang al-Iraqi menyebut bahawa individu yang dia tadliskan itu adalah Amru bin Khalid. Abu Daud menyatakan bahawa dia adalah berfahaman Qadariyyah. Turut mengakui perkara yang sama adalah Ibn Hajar al-Asqalani.

 

Namun begitu, terdapat satu hadis riwayatnya yang diambil oleh al-Bukhari, iaitu dalam kitab al-Riqaq seperti berikut; 

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنِ الحَسَنِ بْنِ ذَكْوَانَ، حَدَّثَنَا أَبُو رَجَاءٍ، حَدَّثَنَا عِمْرَانُ بْنُ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «يَخْرُجُ قَوْمٌ مِنَ النَّارِ بِشَفَاعَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَدْخُلُونَ الجَنَّةَ، يُسَمَّوْنَ الجَهَنَّمِيِّينَ»

“satu kaum akan keluar dari neraka dengan syafaat Nabi Muhammad. Mereka pun masuk ke syurga. Mereka digelar sebagai “al-Jahanamiyyin” (al-Bukhari, hadis no: 6566)

SAFWAN BIN ISA AL-QURASHI AL-ZUHRI AL-BASRI (198H)

 SAFWAN BIN ISA AL-QURASHI AL-ZUHRI AL-BASRI (198H)

صَفْوَانُ بْنُ عِيسَى القرشي الزهري البصري

 

Dilahir di Basrah dan meninggal di tempat yang sama.

 

Menurut al-Zahabi, dia adalah rijal kutub al-Sittah. Namun, didapati al-Bukhari meriwayatkan hadisnya secara ta’liq sahaja.

MUHAMMAD BIN YAHYA ABDULLAH BIN KHALID BIN FARIS BIN ZUAIB AL-ZAHLI (172H-258H)

MUHAMMAD BIN YAHYA ABDULLAH BIN KHALID BIN FARIS BIN ZUAIB AL-ZAHLI (172H-258H)

مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بن عبد الله بن خالد بْنِ فَارِسٍ بن ذؤيب الذهلي

 

Dilahirkan di Naisabur dan meninggal di Khurasan. Dia pernah sampai ke Basrah, Baghdad, Mekah, Yaman, syam dan mesir.

 

Abu Bakar bin Abi daud menggelarkan dia sebagai Amirul Mukminin dalam hadis. Al-Zahabi pula kata, dia adalah imam ahli hadis di Khurasan.

 

Dia tidak pernah berjumpa dengan Yahya bin Sa’id al-Qattan. Dia menyatakan, semasa dia sampai di Basrah, dia dapati orang sedang sebuk mengurus jenazah Yahya untuk dikebumikan.

 

Dia menghimpunkan banyak riwayat-riwayat hadis yang diketahui oleh al-Zuhri sehingga dia ada mengarang kitab bertajuk “Ilal Hadis al-Zuhri”. Kemahiran dia berkenaan al-Zuhri diakui oleh Ahmad bin Hanbal.

 

al-Hakim mengatakan bahawa dia adalah guru Imam al-Bukhari (hadis no: 7155).

 

Disamping Abu Daud, dia juga guru Imam al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah.


Saturday, February 26, 2022

SAHABAT: MA’QIL BIN ABI MA’QIL AL-ASADI

 SAHABAT: MA’QIL BIN ABI MA’QIL AL-ASADI

مَعْقِلِ بْنِ أَبِي مَعْقِلٍ الْأَسَدِيِّ

 

Dikatakan dia mempunyai nama lain, iaitu MA’QIL BIN ABI HAISAM AL-ASADI.

 

Dia turut dipanggil dengan nama MA’QIL BIN UMM AL-MA’QIL AL-ASADI.

 

Dia terlibat dalam perang Uhud bersama dengan bapanya.

ABU ZAID

 ABU ZAID

 

Tidak diketahui nama sebenarnya. Namun, al-Muzi dan ibn kathir menyatakan bahawa Namanya adalah AL-WALID.

 

Abu Daud menyatakan bahawa dia adalah bekas hamba kepada Bani Sa’labah.

 

Ramai ulama menolak riwayatnya, termasuk Ibn Madini, ARNAUT dan ALBANI dengan anggap bahawa dia seorang yang MAJHUL.

ABU OSMAN WUHAIB BIN WARD (153H)

 

ABU OSMAN WUHAIB BIN WARD (153H)

 ابو عثمان وُهَيْبٌ بن الورد

 

Dia adalah tabi’ al-Tabiin. Al-Zahabi pula kata, dia seorang tabiin, kerana dikatakan dia pernah berjumpa dengan Aisyah.

 

Dia tinggal dan meninggal dunia di Mekah. Terkenal sebagai seorang kuat beribadat.

 

Selain ramai ulama mengatakan dia siqah, dia juga salah seorang rijal kutub al-Sittah.

AMRU BIN YAHYA BIN UMARAH AL-MAZINI (140H)

 

AMRU BIN YAHYA BIN UMARAH AL-MAZINI (140H)

 عَمْرُو بْنُ يَحْيَى بن عُمَارَةَ المَازِنِيِّ

 

Dia meninggal dunia di Madinah. Ibn Sa’ad kata, dia tidak banyak riwayatkan hadis.  

 

Ramai ulama menganggap dia sebagai siqah, walaupun ada kesilapan sedikit. Dia juga salah seorang rijal kutub al-Sittah.

Friday, February 25, 2022

ABU SOLEH ZAKWAN AL-SAMMAN (101H)

 

ABU SOLEH ZAKWAN AL-SAMMAN (101H)

أَبو صَالِحٍ ذكوان السمان

 

Tidak diketahui tahun lahirnya secara tepat. Namun, rata-rata ulama hadis menyatakan bahawa dia dilahirkan di era pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab.

 

Beliau adalah tabiin dan merupakan bekas hamba kepada Juwariyyah binti al-haris, salah seorang isteri Nabi saw. Dia juga adalah rijal kutub al-Sittah.

 

Digelar al-Samman yang berasal dari kata السمن iaitu minyak sapi kerana dikatakan dia mengambil minyak dan minyak sapi dan menjual ke Kufah.

SAHABAT: ABU HURAIRAH (21SH-59H)

 SAHABAT: ABU HURAIRAH (21SH-59H)

 أَبِو هُرَيْرَةَ

 

Nama betulnya adalah Abdul Rahman bin Sakhar (ada kata: Abdul Rahman bin Ghanm, ada kata Abdun bin Ghanm dll)

 

Digelarkan sebagai Abu Hurairah, kerana dikatakan bahawa dia simpan kucing dalam lengan jubahnya.

 

Dilahirkan di Yaman, dari etnik Dus Al-Azdiyyah, dan mati di Madinah dan dikebumikan di kubur Baqi’.

 

Dia memeluk islam pada tahun ke-7 hijrah, iaitu setelah mendengar ajaran itu dari seorang sahabat bernama AL-TUFAIL BIN AMRU AL-DUSI.

 

Selepas peluk islam, dia hijrah dari Yaman ke Madinah bersama beberapa orang dari etnik Dusi.

 

Dia sampai di Madinah semasa penduduk Madinah tengah sebuk dengan persiapan perang Khaibar. Dengan sebab itu, ulama Islam khilaf keterlibatannya dengan perang tersebut; ada kata, dia terlibat dalam perang khabar. Ada kata tidak terlibat. Ibn Abdul Bar kata, dia terlibat.

 

Sebelum Nabi wafat, dia tidak berkahwin dan focus untuk belajar dengan Nabi dan berkhidmat dengan baginda dan para baginda. Dia tinggal di beranda masjid Nabi—disebut Ahli Sufah.

 

Di era pemeritnahan Saidina Umar, dia dilantik menjadi gabenor di Bahrain.

 

Sebelum meninggal dunia, dia berpesan agar tidak meratap kematiannya serta segerakan tanam jenazahnya.

 

Setelah kewafatan Nabi, dia ada berkahwin dengan seorang perempuan bernama BUSRAH BINTI GHAZWAN