Monday, July 15, 2024

YAZID BIN ABDIL AZIZ BIN SIYAH

 يَزِيدُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ

[] YAZID BIN ABDIL AZIZ BIN SIYAHسياه  AL-KUFI[26] AL-ASADI AL-HIMANI @ ABU ABDILLAH AL-KUFI[27].

 

[] di gelar dengan AL-HIMANI adalah nisbah kepada BANI HIMAN, Iaitu satu kabilah di Kufah[28].

 

[] KOMENTAR

A. Rijal Bukhari, muslim, Abu daud dan Nasaie[29].

B.  Dianggap siqah oleh AHMAD, IBN MAIN, AL-DARAQUTNI, ABU DAUD[30], YAAQUB BIN SUFYAH & IBN HIBBAN[31].

YAHYA BIN ADAM BIN SULAIMAN AL-UMAWI

 يَحْيَى بْنُ آدَمَ

 

[] YAHYA BIN ADAM BIN SULAIMAN AL-UMAWI @ ABU ZAKARIA AL-UMAWI AL-KUFI AL-QURASHI (140H[25]-203H).

 

 

[] Dia dilahirkan di Kufah, dan tinggal di situ. dia meninggal di Wasit (Iraq).

 

[] Dia terkenal dengan faqih dan alim dalam bidang ilmu qiraat. Sanad qiraatnya adalah, dia ambil dari ABU BAKAR BIN ‘AYYASH, daripada AL-KASAIE yang merupakan imam ke-7 dari kalangan para imam qiraat.

 

[] Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[] KOMENTAR POSITIF.

(a)          Dianggap Siqah oleh AL-NASAIE, IBN MAIN, ABU HATIM, AL-BAZZAR, AL-WAQIDI, IBN SYAHIN dan YAAQUB BIN SYAIBAH.

(b)         YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah yang banyak riwayat hadis.

(c)           AL-IJLI kata, dia siqah aqil sabat dan himpunan segala ilmu.

(d)         AL-JILI kata, dia siqah sabat.

(e)          ASQALANI kata, dia siqah hafiz dan Fadhil.

(f)            YAHYA BIN ABI SYAIBAH kata, dia siqah soduq sabat hujah selama dia tidak berkhilaf orang yang lebih tinggi darinya seperti WAKIE.

(g)          AL-BAIHAQI dan AL-DARAQUTNI kata, orang yang paling hafal berbanding ABI AHMAD AL-ZUBAIRI dan lebih sabat

(h)         ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia mutqin yang faqih.

(i)             AL-SADUSI kata, dia siqah banyak riwayat hadis.


MUHAMMAD BIN RAFI’ BIN ABI YAZID AL-QUSYAIRI

 مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ

 

[] MUHAMMAD BIN RAFI’ BIN ABI YAZID AL-QUSYAIRI @ ABU ABDILLAH AL-NISABURI AL-ZAHID (170H - 245H[12])

 

[] Pada atuknya, Khitab al-Subki baca dengan ABU YAZID[13]. Al-Sahrampuri pula dengan ABU ZAID[14].

 

[] Dia sempat sampai ke Hijaz, Kufah, Yaman, Basrah, Wasit, Madain (Iraq), Baghdad, Khurasan, Nisabur.

 

[] Menurut AL-SAHRAMPURI, nama sebenarnya adalah SABUR AL-QUSYAIRI[15]. Turut mengatakan sebegitu adalah AINI[16].

 

[] JAAFAR BIN AHMAD BIN NASR kata, aku tidak pernah nampak seorang pun dari kalangan ulama hadis yang kehebatannya dalam melebihi MUHAMMAD BIN RAFI’.  Dia bersandar di pokok pinus di rumahnya, lalu ramai ulama duduk kelilingnya secara maratib. Mereka khusyuk mendengar hadis seperti burung berada di atas kepala mereka. Dia ambil kitab dan bacanya sendiri. Tidak ada seorang pun yang bercakap dan tidak ada seorang pun senyum kerana memuliakannya. Apabila ada seorang yang senyum, dia akan berselawat kepada Nabi dan dia ambil kitab dan keluar, tidak ada seorang pun dapat memujuk dia kembali balik duduk mengajar.

 

[] Dia adalah rijal al-Jamaah kecuali Ibn Majah[17].

 

[] KOMENTAR

A.  BUKHARI kata, dia salah seorang dari manusia terpilih[18].

B.  MUSLIM dan NASAIE kata, dia siqah. Ma’mun[19].

C.  MUSLIM kata, dia siqah. Ma’mun. sahih al-kitab[20].

D. MUHAMMAD BIN SYAZAN kata, dia siqah. Sabat. Ma’mun[21].

E.   IBN HIBBAN sebut namanya dalam AL-SIQAT dan kata, dia sabat. fadhil[22].

F.   AL-HAKIM kata, dia adalah guru dalam kebenaran pada zamannya di Khurasan[23].

G. AHMAD BIN SIYAR kata, dia siqah. Husn al-riwayat dari penduduk Yaman. Bukhari ambil 17 hadis darinya. Muslim ambil 362 hadis[24].

 

ABD KHAIR BIN YAZID AL-HAMDANI

 عَبْدِ خَيْرٍ

[] ABD KHAIR BIN YAZID AL-HAMDANI[39]. (81H).

 

[]  Tidak diketahui nama sebenarnya. Ada pihak dakwa, namanya ABDUL RAHMAN BIN YAZID. Ada pula kata, BIN YAHMAD. Ada pula kata, BIN BAJYAD, ABU UMARAH AL-HAMDANI AL-KUFI.

 

[] Dia pernah tinggal Hamzan (iran), Yaman dan Kufah.

 

[] Imam Muslim menyatakan dia adalah TABIIN terawal dari kalangan penduduk KUFAH[40].

 

[] Dia sempat di era jahiliyyah, malah memeluk islam di era Nabi tetapi tidak ada satu bukti sahih bahawa dia berjumpa dengan Nabi. Justeru, dia di bawah ketagori MUKHADRAM[41], bukan sahabat.

 

[] Dalam USUD AL-GHABAH, IBN ATSIR ada membawakan riwayat bahawa ABDUL MALIK BIN SAL’ سلع bertanya kepada ABD KHAIR: apakah masih ingat kejadian di era Jahiliyyah?

 

Dia jawab: ya. Kami berada di YAMAN. Tiba-tiba sampai kepada kami dakwah Rasulullah saw yang menyeru kepada kebaikan yang luas. Bapaku pun keluar yang ketika itu aku kasih kecil lagi. Apabila bapaku pulang, dia memberitahu kepada ibuku: “buangkan makanan dalam periuk kerana ia adalah bangkai. Berikan kepada anjing sahaja. hal ini kerana, aku sudah memeluk islam”

 

[] Dia sempat berjumpa dengan ABU BAKAR AL-SIDDIQ, IBN MAS’UD, AISYAH, ALI dan ZAID BIN AL-ARQAM.

 

[] KOMENTAR POSITIF:

(a)          IBN RUSLAN kata, dia siqah[42]

(b)         IBN AL-ATSIR kata, dia orang yang banyak riwayat hadis dari ALI BIN ABI TALIB.

(c)           Dianggap siqah oleh IBN MAIN, AL-NASAIE, AL-IJLI, AL-ZAHABI dan IBN HIBBAN.

(d)         ABU JAA’FAR MUHAMMAD BIN AL-HUSAIN AL-BAGHDADI kata, aku bertanya AHMAD BIN HANBAL berkenaan orang yang sabat berkenaan ALI BIN ABI TALIB. AHMAD menyebut semua nama-nama mereka, dan salah seorangnya adalah ABD KHAIR[43].

(e)          AL-BAIHAQI kata, bukhari muslim tidak berhujah dengan hadisnya.

(f)            AL-ASQALANI kata, dia siqah mukhadram.

(g)          AHMAD kata, dia sabat.

 

ABU ISHAQ AL-SUBAI’IE AL-KUFI @ AMRU BIN ABDILLAH BIN UBAID AL-HAMDANI

 أَبِي إِسْحَاقَ

[] ABU ISHAQ AL-SUBAI’IE AL-KUFI @ AMRU BIN ABDILLAH BIN UBAID AL-HAMDANI[36] (33H-128H)

 

[] AL-SABI’IE adalah nisbah tempat asal keturunannya, iaitu di satu tempat di HAMDAN (Iran), sedangkan dia dilahirkan di Kufah. AL-SABI’IE adalah gelaran yang merujuk kepada keturunan AL-SABI’E BIN SO’B BIN MUAWIYAH BIN KATHIR[37].

 

[] Dilahirkan di era pemerintahan Osman bin Affan.

 

[32] Salah seorang TABIIN KUFAH. Dia sempat jumpa dengan ALI BIN ABI TALIB, AL-BARRA’ BIN ‘AZIB, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH, ‘ADI BIN HATIM, ZAID BIN ARQAM, IBN ABBAS, ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-AS, OSAMAH BIN ZAID dan sebagainya.

 

[] Dia PERNAH JUMPA Ali bin Abi Talib, Osamah bin Zaid, al-Mughirah bin Syu’bah. Namun, tidak sahih dakwaan bahawa dia pernah DENGAR hadis dari sahabat-sahabat ini[38].

 

[] Terkenal dengan kuat beribadat sehinggakan dikenali umum bahawa setiap tiga hari, dia akan khatam al-Quran.

 

[] Dia belajar Qiraat dari ABU ABDUL RAHMAN AL-SULAMI sehingga dia menjadi salah seorang imam dalam bidang ilmu qiraat.

 

[] Dalam kesebukan ilmu, dia tidak abaikan berjihad; terlibat dalam perang melawan Rum (Byzantium) di era Muawiyah sehingga dia terlibat enam kali perang.

 

[] Sebelum dia meninggal dunia, matanya buta. Sejak itu, dia kerap berpuasa sehingga dia meninggal dunia pada tahun 128 Hijrah.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

(a)          Dianggap siqah oleh ABU HATIM, IBN MAIN, AL-NASAIE, ABU HATIM, AHMAD dan AL-IJLI.

(b)         AL-ZAHABI kata, dia antara ulama yang beramal serta tabiin yang hebat. Walaupun sebelum meninggal, halafannya berubah tetapi dia tidak ikhtilat.

(c)           JARIR BIN ABDUL MAJID kata, sesiapa yang melazimi dengan Abu Ishaq sama seperti melazimi Saidina Ali.

(d)         IBN MADINI kata, penghafal ilmu dalam umat ini ada 6 orang; untuk penduduk Kufah adalah ABU ISHAQ dan AL-A’MASYH; untuk penduduk Basrah adalah QATADAH, YAHYA BIN ABI KATHIR; untuk penduduk Madinah adalah AL-ZUHRI; untuk penduduk Mekah adalah AMRU BIN DINAR.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN:

(e)          IBN HIBBAN, HUSAIN AL-KARABISI dan ABU JA’AFAR AL-TABARI kata, dia mudallis.

(f)            AL-ASQALANI kata, dia ikhtilat di akhir umurnya.

(g)          IBN MAIN kata, IBN UYAYNAH dengar hadis darinya selepas dia IKHTILAT.

(h)         ABU ISHAQ AL-JUZAJANI kata, penduduk kufah tidak memuji mazhabnya—iaitu dari sudut TASYAYYU’.

(i)             AL-SAHRANPURI kata, dia meriwayatkan hadis dari kaum yang tidak dikenali. Hadis-hadis yang tersebar itu pula tidak diketahui dari mana-mana ahli ilmu kecuali hanya dari Abu Ishaq sahaja. Justeru, riwayatnya perlu TAWAQQUF.

HAFS BIN GHIYAS BIN TOLQ BIN MUAWIYAH BIN MALIK BIN AL-HARIS

 حَفْصٌ يَعْنِي ابْنَ غِيَاثٍ

[] HAFS BIN GHIYAS BIN TOLQ BIN MUAWIYAH BIN MALIK BIN AL-HARIS[23] AL-NAKHAIE[24] @ ABU AMRU AL-KUFI (117H – 194H[25])

 

[] Dia adalah Qadhi di Baghdad[26] dan meninggal di Kufah. Ada kata, semasa di Baghdad dia dilantik menjadi Gabenor dan semasa di Kufah dia menjadi Qadhi selama 13 tahun.

 

Menurut AL-ZAHABI pula, HARUN RASHID melantik dia menjadi Qadhi di Baghdad, kemudian pindahkan dia menjadi qadhi di Kufah.

 

Menurut ABU AL-HASANAT, dia menjadi qadhi di kufah selama 13 tahun, dan qadhi di Baghdad selama 2 tahun sahaja.

 

[] Dia salah seorang murid Imam Abu Hanifah. Dia mendengar dari ABU YUSUF, al-sauri. Ahmad Bin Hanbal ambil hadis darinya.

 

[] Imam Wakie’ apabila ditanya berkenaan sesuatu hukum, dia selalu berkata: Pergi berjumpa dengan Qadhi kamu. Tanya hukum darinya. Dia adalah seorang syaikh, maruahnya terjaga dan diterima.

 

[] YAHYA AL-QATTAN kata, hafs adalah murid al-A’mash yang paling siqah. ABU DAUD ada kata bahawa, dalam kalangan murid al-A’mash, ABDUL RAHMAN BIN MAHDI tidak akan melebihkan sesiapa pun melebihi HAFS. Hal yang sama dilakukan oleh ISA BIN SYAZAN. Namun, ada sebilangan huffaz melebihkan Abu Muawiyah.

 

[] KOMENTAR

A. Kutub sittah[27].

B.  Dianggap siqah oleh NASAIE, IBN KHIRASH, IJLI, IBN MAIN[28].

C.  IJLI kata, dia siqah, ma’mun, faqih[29].

 

[] PERTENGAHAN;

D. YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah jika diambil hadis dari kitabnya. Beberapa hafalannya perlu berhati-hati[30].

E.  ABU ZUR’AH kata, dia buruk hafalan. Jika ambil hadis darinya secara kitab, maka dia soleh[31].

F.   IBN SAAD kata, dia siqah, makmun. Banyak riwayat hadis. dia tadlis[32].

G.  IBN MAIN kata, semua yang hafs riwayatkan semasa di Baghdad dan di Kufah adalah datang dari hafalannya. Dia tidak riwayatkan secara kitab. Mereka tulis hadis darinya sebanyak 3 hingga 4 ribu hadis yang dia riwayatkan secara hafalan.

 

[] NEGATIF;

H.  DAUD BIN RASHID kata, dia banyak silap[33]

I.      AHMAD kata, dia tadlis[34].

J.     IBN AMMAR kata, dia tidak hafal dengan baik. Dia susah[35].

ABDULLAH BIN ZAKWAN AL-QURASHI

 ABDULLAH BIN ZAKWAN AL-QURASHI[34] @ ABU ABD AL-RAHMAN (LEBIH POPULAR: ABU AL-ZINAD) (64H – 130H)

 

[] Menurut ZAHABI, dia dilahirkan pada tahun 65 hijrah, iaitu di era Ibn Abbas masih hidup lagi.

 

[] Dia tinggal di Madinah dan pernah sampai ke Iraq.  

 

[] Dia salah seorang faqih di Madinah, serta sohib al-Kitabah dan matematik.

 

[] KHALIFAH BIN KHAYYAT kata, dia pernah jumpa IBN UMAR, ANAS BIN MALIK. AL-JLI kata, dia tabiin siqah yang mendengar hadis dari ANAS.

 

[] menurut ABU DAUD AL-SIJZIE, daripada AHMAD BIN SOLEH, Abu al-Zinad adalah adik beradik kepada ABU LU’LU’AH yang merupakan pembunuh kepada Saidina Umar.  ada pula dakwaan kata, bukan dia, tetapi bapanya, Zakwan.

 

[] Bapanya adalah bekas hamba kepada RAMLAH BINTI SYAIBAH BIN RABI’AH (isteri Saidina Osman semasa beliau menjadi khalifah). Ada kata, bekas hamba kepada Aisyah bin Osman bin Affan. Ada pula kata, ahli keluarga Osman.

 

[] ABU ZINAD kata, para fuqaha’ di madinah datang berjumpa dengan UMAR BIN ABDUL AZIZ. Ketika itu, SAID BIN MUSAYYIB tidak ada. Umar pun bersetuju lantik utusan antara mereka dengan Said sebagai perantara. Makanya, mereka lantik ABU ZINAD sebagai perantara tersebut.

 

[] SULAIMAN BIN ABI SYAIKH kata, UMAR BIN ABDUL ZIZ lantik ABU AL-ZINAD menjadi penjaga Baitul Mal di Kufah.

 

[] dalam AL-SIYAR: IBN AL-QASIM kata: aku tanya Imam Malik berkenaan hadis yang tersebar:

 

إِنَّ اللهَ خَلَقَ آدَمَ عَلَى صُوْرَتِهِ

Allah menciptakan Adam atas gambarannya

 

Imam Malik ingkari sangat-sangat. Imam Malik tegah dari diceritakan hadis ini walaupun seorang.

 

Diberitahu kepada Imam malik bahawa ahli ilmu menceritakan hadis ini. Imam malik tanya: siapa mereka?

 

Diberitahu kepada Imam Malik:

 

"ابْنُ عَجْلاَنَ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ

 

Jwab Imam Malik;

 

فَقَالَ: لَمْ يَكُنْ يَعْرِفُ ابْنُ عَجْلاَنَ هَذِهِ الأَشْيَاءَ وَلَمْ يَكُنْ عَالِماً, وَلَمْ يَزَلْ أبي الزِّنَادِ عَامِلاً لِهَؤُلاَءِ حَتَّى مَاتَ, وَكَانَ صَاحِبَ عُمَّالٍ يَتْبَعُهُم.

Tidak diketahui Ibn ‘Ajlan berkenaan ini. Dia bukan orang alim. Sentiasa Abu al-Zinad beramal bagi mereka ini sehingga dia meninggal dunia. Dia adalah orang yang bekerja dan ikut penguasa.

 

[] Dia mati mengejut, iaitu ketika sedang mandi di bilik air pada malam jumaat pada 17 ramadan 130 hijrah. Ketika itu, umurnya 66 tahun.

 

[] KOMENTAR

A.          Dianggap siqah oleh AHMAD, IBN MAIN.

B.           Harb bin Ismail, ambil dari Ahmad bin Hanbal berkata: Sufyan menggelarkan abu al-Zinad sebagai Amir al-Mukminin dalam al-Hadis.

C.           AHMAD kata, dia lebih alim berbanding Rabi’ah.

D.          IBN MAIN kata, dia siqah, hujah.

E.            ABU HATIM kata, dia siqah, faqih, soleh al-hadis, sohib al-hadis. antara orang yang hujahnya boleh dipegang apabila meriwayatkan siqah darinya.

F.            AL-BUKHARI kata, sanad-sanad yang paling sahih, daripada NAFI’, daripada IBN UMAR. sanad-sanad Abu Hurairah yang paling sahih, ABU AL-ZINAD, daripada AL-A’RAJ daripada ABU HURAIRAH.

G.          IBN SAAD kata, dia siqah, banyak riwayat hadis, fasih, amat pandai bahasa arab, alim dan berakal.

H.          ZAHABI kata, ijmak sepakat bahawa Abu al-Zinad adalah siqah dan redha. Dakwaan kononnya Malik tidak redha dengan ABU AL-ZINAD adalah tidak sahih. Malik banyak riwayatkan dari ABU AL-ZINAD dalam MUWATTA’.

 

[] NEGATIF

I.                AL-LAIS kata, seseorang lelaki datang kepada RABI’AH. Dia kata: aku disuruh agar tanya kamu berkenaan sesuatu masalah. Aku tanya YAHYA BIN SAID, aku tangan ABU AL-ZINAD. Dia jawab: ini adalah Yahya. Adapun Abu al-Zinad, dia tidak siqah.

J.               Kata IBN MAIN bahawa malik kata: Abu al-Zinad adalah penulis untuk Bani Umayyah. Justeru, dia tidak redha dengan sebab kerja buatnya begitu.

 

ABDUL RAHMAN BIN ABI AL-ZINAD BIN ZAKWAN AL-QURASHI AL-MADANI

 عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي الزِّنَادِ

[] ABDUL RAHMAN BIN ABI AL-ZINAD BIN ZAKWAN AL-QURASHI AL-MADANI[13]. (101H - 174H)

 

[] ABU ZIYAD itu, namanya adalah ABDULLAH BIN ZAKWAN[14].

 

[] dia meninggal di Baghdad ketika umurnya 74 tahun[15]. Dia pernah sampai Madinah.

 

[] Imam Syafie pernah kata; dia hampir-hampir sengaja menghina mazhab Malik[16].

 

[] KOMENTAR POSITIF

A.          Rijal Bukhari secara isytisyhad, Abu Daud, Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah[17]. Muslim hanya keluarkan riwayat dia dalam muqaddimah sahaja[18].

B.           Dianggap siqah oleh TARMIZI, IJLI[19].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.          ABU DAUD ambil dari IBN MAIN kata: dia adalah orang yang paling sabat berkenaan HISHAM BIN URWAH[20].

B.           TARMIZI, IJLI kata, dia siqah[21].

C.           TARMIZI mengsahihkan beberapa hadis-hadisnya[22].

D.          IBN ‘ADI kata, dia dari kalangan orang yang hadisnya ditulis[23].

 

[] PERTENGAHAN;

C.           IBN AL-MADINI kata, apa yang dia riwayat di iraq, itu mudhtarib. Apa yang dia riwayatkan di madinah, maka itu sahih[24]. AINI pula kata bahawa IBN MADINI kata, hadisnya di Madinah adalah MUQARIB, dan hadisnya di iraq adalah MUDHTARIB[25].

D.          YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah, soduq, padanya ada doif[26].

 

[] NEGATIF;

E.            ABU HATIM kata, ditulis hadisnya, tidak boleh dibuat hujah[27].

F.            Dianggap doif oleh AHMAD dan AL-SAJI[28].

G.          IBN MAIN kata, dia bukan dari kalangan orang yang dijadikan hujah oleh AHLI HADIS. dia tidak ada apa-apa. Orang daif ambil hadis darinya[29].

E.            SOLEH BIN AHMAD, daripada BAPANYA kata: dia mudhtarib al-Hadis[30].

F.            AL-SAJI dan AMRU BIN ALI kata, padanya ada doif[31].

G.          NASAIE kata, hadisnya tidak boleh dibuat hujah[32].

H.          AL-HAKIM kata, Abu Ahmad ini tidak hafiz[33].

MUHAMMAD BIN AL-SOBBAH AL-BAZZAR

  مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ الْبَزَّازُ

[] MUHAMMAD BIN AL-SOBBAH AL-BAZZAR @ ABU JAAFAR AL-BAGHDADI (150H[12] – 227H)

 

[] Dilahirkan di al-Ray (Iran) di satu kampung bernama DULAB, dan meninggal di al-Kurkh (baghdad barat) dan tinggal di sekitar baghdad.

 

[] Dia adalah guru al-bukhari, Muslim dan Abu Daud. Serta rijal Nasaie dan Ibn majah. Al-Tarmizi ambil hadisnya dari al-Bukhari.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)      AL-SAHRAMPURI, AL-JILI dan IBN HIBBAN kata, dia siqah.

(b)     YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah, sohib al-Sunnah dan orang yang amat tahu berkenaan HUSHAIM.

(c)       AHMAD memandang mulia terhadapnya.

(d)     ABU HATIM AL-RAZI kata, dia siqah dan dari kalangan orang yang dibuat hujah.

(e)      AL-HAKIM AL-NAISABURI kata, dia siqah, ma’mun.

(f)         AHMAD kata, guru kami ini siqah.

(g)      AL-JILI kata, dia siqah.

(h)     ZAHABI dan ASQALANI kata, dia siqah, hafiz.

(i)          MASLAMAH BIN AL-QASIM AL-ANDALUSI kata, dia siqah, masyhur.

(j)          IBN MAIN kata, dia siqah, ma’mun.

(k)       YAAQUB BIN SYAIBAH AL-SADUSI kata, dia siqah, sohib al-hadis. di waktu lain kata, dia amat tahu berkenaan HUSHAIM.

 

[] Namanya disebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-95 dan 161.