Thursday, June 20, 2024

HUDBAH BIN KHALID BIN AL-ASWAD BIN HUDBAH AL-QAISIY

 هُدْبَةُ بْنُ خَالِدٍ

[] HUDBAH BIN KHALID BIN AL-ASWAD BIN HUDBAH AL-QAISIY @ AL-SAUBANI @ ABU KHALID AL-BASARI AL-HAFIZ (ADA ORANG PANGGIL: HADDAB[19]) (141H[20] - 235H[21])

 

[] Dia tinggal di Basrah.

 

[] dia berasal dari BANI QAIS BIN SAUBAN[22].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.        Rijial al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah[23].

B.        Dianggap siqah oleh, MASLAMAH BIN QASIM, AL-ZAHABI, IBN MAIN[24], MASLAMAH BIN AL-QASIM AL-ANDALUSIA & HIBBAN

C.         JURJANI kata, aku tidak tahu dia ada hadis mungkar. Dia soduq, لا بأس به

D.       ABU HATIM AL-RAZI kata, dia soduq.

E.         ABD AL-BAQI BIN QANI’ AL-BAGHDADI kata, dia soleh.

 

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN

F.          NASAIE kata, dia doif. pada waktu lain, anggap dia kuat[25].

G.       ASQALANI kata, NASAIE doifkan dia tanpa hujah.

YUNUS BIN ABI ISHAQ AMRU BIN ABDILLAH AL-HAMDANI

 YUNUS BIN ABI ISHAQ AMRU BIN ABDILLAH AL-HAMDANI[30] AL-SUBAI’IE[31] @ ABU ISRAIEL AL-KUFI (159H[32]) [33] – tabiin

 

[] Dia tinggal di kufah

 

[] Dia adalah anak kepada ulama hadis terkenal, iaitu ABU ISHAQ AL-SUBAI’IE dan bapa kepada ulama hadis yang terkenal, iaitu ISRAEL BIN YUNUS dan adik beradik dengan ulama hadis terkenal, iaitu ISA BIN YUNUS.

 

[] kutub sittah[34].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.        Dianggap siqah oleh IBN MAIN[35], IBN HIBBAN & IBN SYAHIN[36]

B.        IBN ADI kata, baginya ada hadis yang baik-baik[37].

C.         NASAIE kata, ليس به بأس[38]

D.       IBN MAHDI kata, dia لم يكن به بأس

E.         IBN SAAD kata, dia siqah insya Allah. [39] Dia punyai banyak hadis.

F.          SAJI kata, dia soduq[40]

G.       ZAHABI kata, dua anaknya amat itqan dalam hadis. Namun dia, hasan al-Hadis.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN

H.       ABU HATIM kata, dia soduq tetapi tidak boleh dibuat hujah[41].[42]

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

I.              AHMAD kata, hadisnya mudhtarib[43].[44]

J.             QATTAN kata, dia dalam kelalaian yang amat sangat[45]

ISA BIN YUNUS BIN ABI ISHAQ (187H)

 عِيسَى بْنُ يُونُسَ

[] ISA BIN YUNUS BIN ABI ISHAQ (187H).

 

[] Dilahirkan di KUFAH dan meninggal dunia di SYAM.

 

[] Dia adalah abang kepada perawi hadis bernama ISRAEL BIN YUNUS

 

[] Salah seorang ulama terkemuka yang terkenal dengan hafalan dan ahli ibadat[28].

 

[] Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[] nama perawi ini sudah diulang sebut untuk kali ke-7, iaitu hadis ke- 2, 33, 35, 47, 51, 62 & 104, 151.

 

[] terkenal dengan hafalan ilmu serta ahli ibadat[29].

URWAH BIN AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH AL-SAQAFI @ ABU YA’FUR[43] AL-KUFI (90H[44])

 URWAH BIN AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH AL-SAQAFI @ ABU YA’FUR[43] AL-KUFI (90H[44]) – TABIIN.

 

[] Dia adalah anak kepada AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH yang merupakan sahabat Nabi.

 

[] Dia meninggal dunia di Kufah.

 

[] Khalifah bin Khayyat kata, Hajjaj lantik dia jadi gabenor di Kufah. Hal itu disebut oleh IBN HIBBAN dalam AL-SIQAT[45].

 

[] KOMENTAR

A.        Kutub sittah.[46]

B.        Dianggap siqah oleh IBN HIBBAN, ASQALANI dan AL-JILI.

C.         AL-IJLI kata, dia tabiin siqah[47].

SULAIMAN BIN TORKHAN طرخان @ ABU AL-MU’TAMIR AL-BASRI (46H - 143H)

 SULAIMAN BIN TORKHAN طرخان @ ABU AL-MU’TAMIR AL-BASRI (46H - 143H)[25] - Tabiin

 

[] Dia adalah bapa kepada AL-MU’TAMIR BIN SULAIMAN[26]

 

[] Dia meninggal di Basrah ketika umurnya 97 tahun[27].

 

[] Dinisbahkan kepada Bani Taym kerana dia tinggal bersama dengan mereka[28], bukan kerana dia dari Bani Taym[29].

 

[] menurut IBN MANJUWAIH, bapanya, asalnya adalah hamba mukatab kepada Bani Qurrah. Ibunya pula, asalnya hamba mukatab kepada Bani Salim. Ibunya lebih awal dimerdekakan berbanding bapanya. Semasa Sulaiman dilahirkan, ibunya sudah merdeka.

 

[] Dia adalah Imam masjid di Basrah, dan amat benci kepada fahaman Qadariyyah.

 

[] Dia terkenal sebagai ahli ibadat di Basrah dan orang saleh[30].

 

[] ketaqwaannya dapat digambarkan seperti berikut;

a.          menurut anaknya, iaitu MUKTAMIR BIN SULAIMAN: bapaku amalkan puasa Nabi daud selama 40 tahun

b.         MUHAMMAD BIN SAAD AL-BAGHDADI ada bercerita bahawa menjadi kebiasaannya bahawa pada setiap malam dia dan anaknya akan jelajah satu masjid demi satu masjid untuk tunaikan solat tahajud. Hal itu berlaku sehingga ke subuh.

c.           AL-QATTAN kata, aku tidak pernah duduk dengan orang yang amat takut kepada Allah seperti SULAIMAN AL-TAIMIY[31].

d.         Menurut anaknya, Apabila bapanyanya berbual, tiba-tiba orang menyebut nama Nabi Muhammad. Wajah bapanya itu akan berubah.

e.         Semasa hampir dengan kematian, dia berkata kepada anaknya: wahai mu’tamir, sebutkan kepadaku perkara rukhsah dalam agama agar aku berjumpa dengan Allah dalam keadaan aku bersangka baik dengan Allah.

f.             HAMMAD BIN SALAMAH kata, 20 tahun dia tidur dalam keadaan tidak berbaring (tidur sambil duduk).

 

[] IBN AL-MADINI kata, dia mempunyai lebih dua ratus hadis.

 

[] KOMENTAR

A.        Kutub Sittah[32].

B.        Dianggap siqah oleh AHMAD, NASAIE, IJLI, IBN HIBBAN[33], IBN SAAD[34].

C.         IBN HIBBAN kata, dia ahli ibadat di basrah dan orang saleh. Siqah, itqan, hafiz dan kuat amal sunnah[35].

D.       IBN SAAD kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis[36].

E.         IBN MAIN kata, dia selalu tadlis[37].

F.          SYU’BAH kata, aku tidak pernah nampak orang yang amat membenarkan Nabi saw berbanding SULAIMAN AL-TAIMIY. Hal ini kerana, apabila diceritakan hadis dari Nabi, pasti mukanya akan berubah.

Wednesday, June 19, 2024

RABIAH BIN ABI ABD AL-RAHMAN FARRUKH AL-TAIMIY AL-MADANI

 رَبِيعَةُ ((بن ابي عبد الرحمن المدني | ابو عثمان القرشي | المدينة\الأنبار | 136ه | الجماعة))

 

[20] RABIAH BIN ABI ABD AL-RAHMAN FARRUKH AL-TAIMIY AL-MADANI (136H). Tabiin ini meninggal di Madinah. Ada kata, dia meninggal di Anbar (Barat daya Iraq).

 

[21] Menurut AL-ZAHABI dalam SIYAR bahawa dia ke ANBAR (Iraq) berjumpa dengan Khalifah ABU AL-ABBAS AL-SIFAH. Khalifah menyuruh dia menerima satu jawatan, tetapi dia tidak mahu. Diberikan wang 5 dirham, dia tetap tidak mahu terima. Khalifah mahu melantik dia sebagai Qadhi, tetapi dia meninggal dunia di Anbar. Ada dakwaan menyatakan, dia meninggal sejurus sahaja dia sampai di Madinah selepas pulang dari Anbar.

 

[22] Dalam kitab القصص من التاريخ oleh Ali Tantawi, diriwayatkan bahawa bapanya pergi berperang di Khurasan. Dia meninggalkan isterinya, Suhailah dalam keadaan dia tidak tahu bahawa isterinya itu mengandung.

 

Setelah 27 tahun, dia pulang ke Madinah, dia masuk ke Masjid Nabawi, dia dapati ada halakah ilmu yang besar yang guru mengajar itu adalah anaknya.

 

[23] ulama hadis serta faqih ini adalah Tabiin, kerana dia sempat jumpa dengan Anas bin malik. (Aini:1/275)

 

[24] Dia adalah ahli fiqh Madinah dari aliran Ahli al-Ra’y sehingga dia dikenali dengan panggilan RABIAH AL-RA’Y. (Bazl:1/204)

 

[25] Dia adalah guru Imam malik, al-Darimi dan sebagainya. (Ibn Ruslan:1/656)

 

Mutarraf berkata bahawa dia dengar Imam Malik berkata selepas dari kematiannya: “Semenjak kematian Rabi’ah, kita telah kehilangan halawah al-Fiqh (kemanisan Fiqh)” (Bazl:1/204)

 

[26] ABDUL AZIZ BIN ABI SALAMAH berkata: “Wahai penduduk Iraq, kamu dakwa rabiah adalah ahli al-Ra’y, sedangkan aku tidak nampak orang lain selain dia yang paling menjaga sunnah” (Bazl:1/204)

 

[27] ABDUL AZIZ juga pernah bercerita ketika RABIAH dekat dengan saat kematian. Ketika itu, ABDUL AZIZ bagitahu kepadanya: “kami banyak belajar dari kamu. Kadangkala datang kepada kami orang yang bertanya hukum pada perkara yang kami tidak pernah dengar. kami berpendapat, pandangan kami lebih baik dari pandangan dia. Makanya kami memberi jawapan itu berdasarkan kepada apa yang kami rasa baik itu”

 

RABIAH pun berkata: Dudukkan aku. Kemudian dia berkata:

 

يا عبدالعزيز لأن تموت جاهلا خير من أن تقول في شيء بغير علم, لا لا لا

“Wahai Abdul Aziz. Bahawa kamu mati dalam keadaan kamu jahil itu lebih baik berbanding kamu bercakap sesuatu yang kamu tidak tahu. Jangan, jangan, jangan”. (Bazl:1/326)

 

[28] Menurut AL-ZUBAIRI, Rabiah berjumpa dengan beberapa orang sahabat dan beberapa tabiin besar. Dia seorang ahli fatwa di Madinah (Manhal:1/326)

 

[29] dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[30] KOMENTAR POSITIF:

(a)   Dianggap Siqah oleh AHMAD, AL-IJLI, ABU HATIM, IBN ABD AL-BAR dan AL-NASAIE

(b)  ASQALANI kata, dia siqah faqih masyhur. Orang bercakap berkenaannya kerana fatwanya yang berasaskan kepada Ra’y.

(c)    KHATIB AL-BAGHDADI kata, dia faqih, alim, hafiz dalam bidang fiqh dan hadis. Imam malik ambil fiqh darinya.

(d)  AL-HUMAIDI kata, dia hafiz.

(e)  YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah sabat dan salah seorang mufti di Madinah.

(f)      IBN SA’AD kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis.

(g)   KHATIB kata, dia faqih alim dan hafiz bagi fiqh dan hadis. imam malik ambil hadis darinya (manhal:1/325)

(h)  ABU AMRU BIN AL-SOLAH kata, ada orang dakwa bahawa dia ikhtilat. Namun, didapati tidak ada bukti atas dakwaan tersebut.

(i)        AL-ZAHABI kata, dia faqih di Madinah dari Aliran al-Ra’y.

(j)       AL-QATTAN kata, aku tidak nampak orang yang amat cerdik berbanding Rabiah.

(k)   AL-SADUSI kata, dia siqah sabat salah seorang mufti di Madinah.

 

[31] KOMENTAR PERTENGAHAN:

(a)   SUFYAN BIN UYAYNAH dan IMAM SYAFIE kata, banyak perkara yang dia perkatakan menyelahi dengan musnad. Hal ini kerana, dia tidak luas pada perkara ini.