Thursday, August 10, 2023

HUZAIL BIN SYURAHBIL AL-AWDI AL-KUFI AL-A’MA (82H)

 

هُزَيْلِ بْنِ شُرَحْبِيلَ

[] HUZAIL BIN SYURAHBIL AL-AWDI AL-KUFI AL-A’MA (82H)

 

[] Tinggal di Kufah.

 

[] Dia adalah aduk beradik dengan AL-ARQAM BIN SYURAHBIL[1]. Menurut ABU MUSA AL-MADINI, dikatakan bahawa dia sempat era jahiliyyah[2].

 

[] KOMENTAR

A.                  Dia adalah rijal Jamaah kecuali Muslim[3].

B.                  Dianggap siqah oleh IJLI[4], DARAQUTNI[5], IBN SAAD[6], AL-JILI, ASQALANI, AL-ZAHABI, AL-WAQIDI.

C.                  IBN HIBBAN letak dia dalam senarai AL-SIQAT[7].

IBN SAAD kata, dia adalah tabaqah pertama dari kalangan penduduk Kufah. Dia siqah[8].


[1] aini:1/374  | aini:1/374

[2] Bazl:2/22

[3] Manhal:2/134

[4] Manhal:2/137 | Bazl:2/22

[5] Manhal:2/134 | Bazl:2/22

[6] Bazl:2/22

[7] Manhal:2/134 | Bazl:2/22

[8] Manhal:2/134

ABU QAIS AL-AWDIY @ ABDUL RAHMAN BIN SARWAN AL-KUFI (120H)

أَبِي قَيْسٍ الْأَوْدِيِّ هُوَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَرْوَانَ

[] ABU QAIS AL-AWDIY @ ABDUL RAHMAN BIN SARWAN AL-KUFI[1] (120H[2])

 

[] Dia tinggal di kufah.

 

[] AL-AWDIY adalah nisbah kepada AWD BIN SO’B BIN AS’AD[3].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  Dia rijal jamaah kecuali Muslim[4].

B.                  Dianggap siqah oleh DARAQUTNI, IJLI, IBN MAIN[5], IBN NUMAIR[6] & ZAHABI.

C.                  IJLI kata, dia siqah sabat[7].

D.                  NASAIE kata, ليس به بأس.[8] Hal ini disebut oleh IBN HIBBAN dalam AL-SIQAT[9].

E.                  AHMAD BIN ABDILLAH kata, dia siqah sabat[10].

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

F.                   ASQALANI kata, dia soduq dan kadangkala menyalahi.

G.                 DARAQUTNI kata, dia siqah. Di waktu lain kata, dia ليس به بأس

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

H.                 AHMAD kata, dia menyalahi banyak hadis[11]. AL-HAKIM AL-NAISABURI nukilkan dari AHMAD kata: dia tidak boleh dibuat hujah.

I.                    ABU HATIM kata, dia tidak kuat dan sedikit hadis dan tidak hafiz[12]. Apabila ditanya: bagaimana hadisnya. Dia jawab: soleh dan lin al-Hadis[13].

J.                    UQAILI menyebutnya dalam senarai DU’AFA’[14].

K.                  AL-BAZZAR kata, dia tidak kuat. Syu’bah, al-Sauri, al-A’mash ambil hadis darinya.



[1] Bazl:2/22

[2] Manhal:2/134 | Bazl:2/22

[3] Manhal:2/134

[4] Manhal:2/134 | aini:1/374

[5] Manhal:2/134 | Bazl:2/22 | aini:1/373

[6] Bazl:2/22

[7] Manhal:2/137 | Bazl:2/22

[8] Manhal:2/134 | Bazl:2/22

[9] Bazl:2/22

[10] aini:1/374

[11] Manhal:2/134 | Bazl:2/22

[12] Bazl:2/22

[13] Manhal:2/134 | aini:1/373

[14] Manhal:2/134 | Bazl:2/22

Thursday, August 3, 2023

UBAY BIN ‘IMARAH - SAHABAT

أُبَيِّ بْنِ عِمَارَةَ

[] UBAY BIN ‘IMARAH - SAHABAT

 

[] berkenaan bacaan nama ayahnya[1];

a.                  Ibn al-Solah kata, ada baca dengan ‘Umarah. Ini bacaan pilihan AL-SAYUTI[2].

b.                  Ada baca dengan ‘Imarah. Ini yang paling popular

c.                   ada baca dengan ‘Ammarah.

 

Menurut AL-SYAMS AL-ABADI, bacaan yang paling popular dalam kalangan ulama Hadis sepertimana yang disebut oleh AL-MUNZIRI, AL-ZAILAIE dan IBN HAJAR adalah ‘Imarah. ada pendapat pula kata, baca dengan ‘UMARAH[3].

 

[] Ada kata, dia BIN UBADAH عبادة[4]

 

[] Dia adalah sahabat yang masyhur. Dia tinggal Madinah dan berhijrah ke Mesir[5].

 

[] Sunan Abi Daud dalam hadis ke-158 menjelaskan bahawa dia antara sahabat Nabi yang sempat solat dengan dua kiblat, iaitu ketika Nabi saw solat mengadap arah Baitul Maqadis dan Baitullah al-Haram.

 

[] Menurut ABU HATIM, UBAI bukan sahabat, tetapi sahabat itu adalah bapanya, iaitu ABDULLAH BIN AMRU BIN UMMU HARAM[6].

 

[] dia meriwayatkan satu hadis sahaja, iaitu hadis sapu khuf[7]. Namun, hadis tersebut, ASQALANI kata, idhtirab[8]. Menurut AINI pula, dalam sanad hadis tersebut ada doif, jahalah dan idhtirab[9].

 

 

 



[1] Ruslan:2/158

[2] Mirqat:1/138

[3] Aun:1/94

[4] manhal:2/131

[5] manhal:2/131 | Bazl:2/20

[6] manhal:2/131

[7] Bazl:2/20 | Aini:1/370

[8] manhal:2/131

[9] Aini:1/370

AYYUB BIN QATAN AL-KINDI AL-FILASTINI

َيُّوبَ بْنِ قَطَنٍ

[] AYYUB BIN QATAN AL-KINDI[1] AL-FILASTINI[2]

 

[] Dia tinggal di Palestine.

  

[] IBN HIBBAN ada sebut dalam AL-SIQAT: aku sangka dia penduduk basrah[3].

 

[] Rijal Abu Daud[4] dan Ibn Majah[5].  

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  ABU HATIM kata, dia adalah muhaddis.

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

B.                  Dianggap MAJHUL oleh AL-AZDI dan AL-DARAQUTNI[6] dan AL-ZAHABI.

C.                  Selepas riwayatkan hadisnya, ABU DAUD kata, berlaku ikhtilaf pada sanadnya dan ia tidak kuat[7].

D.                 IBN HIBBAN kata, pada sanadnya perlu penelitian lagi. Aku janga dia orang basrah.

E.                  ASQALANI kata, padanya Lin.

 



[1] manhal:2/131

[2] Bazl:2/19

[3] Bazl:2/20

[4] Aini:1/370

[5] ruslan:2/157

[6] manhal:2/131 | Bazl:2/20 | aun:1/94

[7] Bazl:2/20