Monday, May 9, 2022

ABDULLAH BIN AL-ZUBAIR (1H-73H)

 ABDULLAH BIN AL-ZUBAIR (1H-73H)

عبدالله ابْنِ الزُّبَيْرِ

 

Dari kalangan Muhajirin, orang mekah yang berhijrah ke Madinah. Semasa ibunya hijrah ke Madinah, ketika itu ibunya sedang mengandungkannya. Dia dilahirkan di QUBA’ dan dianggap sahabat pertama yang dilahirkan di Madinah di era islam.

 

Dia dilahirkan pada 1 Hijrah. Namun, ada pula kata, dia dilahirkan 20 bulan selepas hijrah.

 

Anak kepada Asma’ dan al-Zubair bin al-Awwam dan cucu Abu Bakar al-Siddiq, dan anak saudara kepada Aisyah.

 

Bapanya adalah AL-ZUBAIR BIN AL-AWWAM BIN AL-KHUWAILID (anak saudara kepada KHADIJAH).

 

Dia ditahnikkan oleh nabi dan namanya diberi oleh Rasulullah saw dengan ABU BAKAR (sempena nama atuknya).

 

Semasa umur 7 hingga 8 tahun, dia datang berjumpa dengan nabi mahu berbai’ah dengan nabi. Nabi saw menerima Bai’ahnya.

 

Dia terlibat sama dalam perang YARMUK (15H), tetapi dia tidak membunuh kerana umurnya masih muda. Dia terlibat dalam merawat orang sakit.

 

Dia menolak berbai’ah kepada Yazid selepas kematian Muawiyah.

 

Selepas kematian Yazid bin Muawiyah, anak Yazid bernama MUAWIYYAH naik, tetapi tidak lama. Selepas MUAWIYYAH turun, maka ABDULLAH BIN ZUBAIR ambil jawatan KHALIFAH dan umumkan MEKAH sebagai pusat pemerintahan.

 

Dia mendapat bai’ah dari banyak wilayah kecuali beberapa negeri di wilayah SYAM.

 

Dia dianggap sebagai KHALIFAH KE-9, iaitu dalam lingkungan tahun 64 atau 65 hijrah.

 

Kerajaannya tidak lama, kerana ada konflik dalaman. Yang paling ketara adalah revolusi MUKHTAR AL-SAQAFI di IRAQ, serta kesepakatan UMAWIYYIN yang dikepalai oleh MARWAN BIN AL-HAKAM dan kemudian anaknya, ABDUL MALIK BIN MARWAN.

 

Cara serangan dilancarkan oleh MARWAN BIN AL-HAKAM adalah bermula dari Damsyiq, kemudian serang mesir dan kuasai mesir. Kemudian Marwan mati. Selepas itu, disambung pula oleh Abdul Malik bin Marwan untuk menyerang Iraq dan membunuh MUS’AB BIN AL-ZUBAIR. Kemudian, Abdul Malik arahkan al-Hajjaj untuk serang mekah. Di situ, al-Hajjaj kepong dan bunuh serta mensalibkan Abdullah bin Zubair, iaitu tahun 73H.


*** 


[] ABDULLAH BIN AL-ZUBAIR (1H-73H)

 

[] dia adalah anak kepada Asma’ binti Abi Bakar al-Siddiq[1].

 

[] Dia dilahirkan pada tahun hijrah. Dia hafaz hadis dari Nabi saw dalam keadaan dia masih kecil lagi[2].

 

[] dia adalah muhajirin yang pertama dilahirkan selepas hijrah. Dia ditahnihkan oleh Nabi dan nabi berikan namanya[3]

 

[] Jumhur ulama kata, dia dibunuh selepas kepungan al-Hajjaj lakukan pada jamadil awal tahun 73 hijrah[4]. Kejadian itu berlaku di Mekah[5].


[1] Masyariq:1/227

[2] Masyariq:1/227

[3] Masyariq:1/227

[4] Masyariq:1/227

[5] mursyid:1/93


No comments:

Post a Comment